Friday, November 26, 2010

Wahai pemuda

Kalau kamu mahu melihat dunia pada masa hadapan, pandanglah pada pemuda yg bakal mewarisi dunia ini kerna pemuda adalah tunggak penggerak yang mencorak masa hadapan. 

Wahai pemuda,

Kalau kamu mahu jadi pemuda kamu harus teguh dengan pendirianmu. Jangan layu dengan kritikan. Anggaplah ia teguran dari Tuhanmu. Agar dapat kau betulkan di mana silapnya kamu. Tidak kiralah teguran itu datang dalam bentuk apa sekalipon. Teguh berdiri atas apa yang kamu percaya! Yakin melangkah menjadi apa yang kamu mahu! kerna perlunya pemuda seperti itu. Yang tidak goyah dilanda badai. Tidak hanyut dibawa ombak.

Ikhlaskan hatimu dalam setiap langkah. Kerna sudah fitrahnya jalan ini memang payah. Tidak dihias kapet merah mahupon ditabur bunga-bunga indah. Sebaliknya perjalanan ini penuh duri yang harus dilalui dengan hati-hati. Suluhlah dengan cahaya keimanan dan keyakinan pada Tuhan yang mencipta. Dalam mencari dimana letaknya ikhlas di hatimu, dahulukan dengan niat. Niat yang menentukan langkah. Niat yang menunjuk arah. Layarkan niatmu mencari redha Allah. 

Harus juga disertakan dengan himmah. Himmah yang menggerakkan setiap perbuatan. Himmah itu adalah semangat yang menyala, menyuluh yang lainnya. Tanpa himmah kehidupan tidak bermakna. Himmah yang melahirkan tumuhat. Himmah yang menggerakkan jasad ke arah mimpinya. Orang yang tidak bersemangat tidak akan mampu untuk bermimpi kerna mimpi hanya boleh dicipta oleh orang yang berani merealisasikan mimpinya. 

Dan perjalanan ini menuntut pengorbanan darimu. Berkorban apa sahaja yang ada padamu hatta jiwa dan ragamu. Dan berkorban itu tidak susah. Jika kamu punya cinta dan keyakinan dengan apa yang kemu percaya. Berkorban itu mudah jika hati kamu ikhlas dan kamu jelas dengan dengan hala tujumu. Mengapa kamu disini. Untuk apa kamu disini. Ikhlas melangkah semata-mata mengharapkan redha Allah. Ya! berkorban itu tidah susah jika jiwamu dibakar dengan tumuhat yang menjulang ke langit. 

Dan jadilah pemuda yang dapat mendukung apa yang dia percaya. Kerna jalan yang benar itu hanya ada satu. Kerna tiada kelabu.

Yakinlah
Janji Allah itu pasti

Allah
Halakan hati ini padaMu
ikhlaskan hati ini untukMu
.....Allah....

P/s: i'm in love

p/s lagi : melihat pemuda hari ini, bagaimana dunia pada masa hadapan. melihat aku hari ini, bagaimana bisa ku corakkan dunia di hari muka.

p/s lagi lagi: melihat kamu hari ini, aku pasti kamu pasti dapat menggegar dunia masa hadapan. membawa sinar baru di bumi sakura ini. mode kandou melihat akhawat nihon yg sungguh ada sesuatu pada mereka. mode rindu pada semua. mode KT.

Monday, November 22, 2010

Life is too short. To wake up in the morning with regret. So, love the people who treat you right, forgive the one who dont and believe that everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes you life, let it. Nobody said it would be easy, they just promised it would be worth.

Sunday, November 21, 2010

cukuplah Allah bagiku


Dalam sujud ini
Aku mencari kerehatan dalam hiduku
Allah
putuskan aku dengan dunia
hadirkan hati ini 
dalam sujudku padaMu

Cukup Allah bagiku. Kerna aku yakin Allah sentiasa ada mendengar permintaan hambaNya. Andai hendak ku harap pada manusia hayat manusia tak kekal lama. Nak ku harap pada bulan bintang kala mendung ia hilang. Nak ku harap pada mentari hari tak selalunya cerah. Hanya ada Allah yang Maha Kekal, Maha Memiliki segala yang ada di langit, di bumi dan diantaranya, Yang mengatur alam semesta, yang berhak menjadi sandaran sekalian alam. Dan bagiku. Cukuplah Allah.

 "Barangsiapa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala disisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
Al-Baqarah, 2:112

Ayat inilah yang sering mengubat hati ini. Benar! Segala yang terjadi hatta sehelai daun yang gugur dari pokoknya juga adalah aturan Allah. Tulisan yang penuh hikmah. Perancangan yang Maha Sempurna. Mengapa perlu sedih andai masalah menerpa. Bangun dan hadapinya dengan berani. Kerana Allah kan ada. (^_^)

"........Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya....."
Athh-Thalaq, 65:3

kecukupan. Kecukupan yang sering disalah erti. Bukan bilangan yang menetukan kecukupan itu. Bukan juga kejayaan yang menentukan kebahagiaan. Apatah lagi harta yang sering dibanggakan. Sebaliknya semuanya berbalik kepada Tuhan yang menciptakan. Barakah. Keredhaan. Kecukupan. Percayalah hidup kita ini sentiasa cukup. Dan letakkan pergantungan penuh pada Allah dalam apa jua keadaan sekali pon.

Tawakal itu ibadah hati, tidak terkait oleh anggota. Hati yang benar-benar punya rasa tawakal akan mengatur perjalanan anggotanya sebaiknya kerana tanpa usaha sunnatullah tetap sama. Allah tak mahu kita duduk diam sahaja, Allah mahu kita melakukan sesuatu! Melakukan sesuatu untuk diri kita, kerana Allah. Dan beranilah bila melangkah kerna Allah kan ada. (^_^)

Sekali Atiqah melangkah dia pasti tidak akan berundur!
Kerna dia tahu apa yang dia lakukan
dan 
dia pasti!
"Ya Allah berilah aku cintaMu, dan cinta orang yang cintanya memberi kebaikan padaku disisiMu. Ya Allah, apa yang Kau berikan padaku dan aku senangi, maka jadikanlah itu kekuatan bagiku untuk melakukan apa yang Kau sukai. Ya Allah apa yang kau jauhkan dariku dari apa yang aku senangi, maka jadikanlah itu kelapangan dari apa yang Kau sukai."
 Kerna cukuplah bagiku ALLAH

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha

Kalau dulu pada tarikh ini Ibrahim mengorbankan anak kesayangannya demi membuktikan keimananan dan keyakinannya pada Allah.

Kalau dulu pada tarikh ini pengorbanan Siti Hajar terlakar dari safa ke marwah berlari anak sehingga pecah kaki demi seteguk air untuk anaknya.

Tetapi hari ini pada tarikh ini aku tekad memutuskan SESUATU demi satu cinta yang abadi


Sesuatu yang belum layak pon dipanggil pengorbanan. Kerna nilainya terlalu kecil nak dibandingkan dengan nikmat yang aku peroleh dariNya. Terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan nikmat ISLAM yang aku peroleh sekarang. Nikmat berada bersama yang lain dalam jalan ini. 


Aidil Adha kali ini sangat bermakna buatku.
salam aidil adha semua! Moga aidil adha kali ini memberi sinar baru untuk anda semua juga. Menelusuri seerah mentafsirkan aidil adha bukan sekadar pengorbanan yang biasa. Tetapi dimana letakknya pergantungan seorang hamba pada Tuannya. 

Dan untukku, cukup bagiku Allah.

Ibnu Abbas berkata, "Ketika aku masih kecil, Nabi S.A.W. berkata padaku, "Wahai ghulam, aku akan mengajarkan padamu beberapa kata: Jagalah Allah, maka dia akn menjagamu; jagalah Allah, maka kau akan dapatkan Dia dihadapanmu; jika kau meminta,mintalah kepada Allah; jika kau minta pertolongan, mintalah pertolongan pada Allah.Ketahuilah sekiranya satu ummat berkumpul ingin memberi manfaat, mereka tidak akan memberi manfaat kecuali telah Allah tulis untukmu. Demikian pula sekiranya mereka berkumpul ingin mencelakakanmu, mereka tidak akan mencelakakanmukecuali dengan apa yang telah Allah tulis untukmu. Pena telah terangkat dan kertas telah kering."

HR. At-Turmudzi dan Imam Ahmad



selamat hari raya aidil adha!!
(^_^)

Sunday, November 14, 2010

uhibbuki fillah


Kerna kasih kerana Allah itu indah 
makanya saya menyayangi mereka. 

Kerna jalan menuju Allah itu payah 
makanya saya bersama mereka. 

Dan
Kerna nikmat syurga itu pasti 
makanya saya mahu berkongsi dengan semua





Dicelah hangat nafas yang terhela, ada dingin saat menyebut namamu. 
Terarah segala rinta rasa dalam dakapanMu Tuhanku.

Wednesday, November 10, 2010

Hari sang puteri

Bismillah~

Assalamualaikum puteri,
Hari ini puteri bgn dgn senyuman tanpa dia tahu hari ini dia akan diuji. 

Bangun sang puteri menuju mejanya menyiapkan tugasan yg masih bersisa. Sehingga tugasan itu sempurna dia duduk di situ. Setelah selesai urusannya dimeja barulah puteri berangkat mengurus diri. Masih dalam senyuman kerna entah mengapa puteri merasakan hari ini manis skali. 

Selesai mengurus diri, kembali puteri ke mejanya untuk mencetak hasil kerja yang "dikerjakannya" sejak malam tadi. 

Dan tanpa di duga oleh sang puteri tiba-tiba mac book miliknya mengalami komplikasi dalaman menyebabkan program yg berlari (running) menghentikan lariannya. Terkebil-kebil sang puteri kerna belum sempat hasil kerjanya itu di simpan walau sedikit pon. Hasil kerja sejak semalam itu hilang dalam sekelip mata. 

1 jam sebelum kelas bermula. Nampaknya TERPAKSAlah sang puteri PONTENG klas hari ni. Hihihi

Dan dari A dia memulakan kembali kerjanya. 

Duduk khusyuk di meja sambil muhasabah diri. Tarbiyah dari Allah itu sentiasa berlaku. Ini adalah kifarah dosa silam puteri. Harus lebih banyak muhasabah lagi. Dan saat itu puteri kembali memperbaharui niatnya, mencari ikhlas di dalam hati. Ajaibnya walau dia tahu dia sedang diuji puteri masih tersenyum sendiri. 

Puteri berbisik dalam hatinya,

"sayang, 
Kesukaran 
Kesenangan
Semuanya dikirimkan oleh Tuhan yang mencipta
Dia campakkan keresahan dalam hatimu
Agar kamu kembali padaNya
Dia berikan kamu ujian
Agar kamu mengembalikan pergantungan itu padaNya
Namun
Dalam lelah itu
Dia telah titipkan padamu kekuatan buat menghadapinya. 
Telah Dia katakan dalam kalam ulungnya
Sandarkan segalanya pada Allah. Nescaya kamu tidak akan takut. Tidak pula bersedih hati. 
Makanya sayang
Bersyukurlah atas ingatan ini
Dan sujudlah hanya padaNya"

Allah
Terasa manisnya ujian ini. Bertemankan lagu indah itu. 
Wah!



Segalanya milikMu

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan


Dan alhamdulillah sempat puteri menyiapkan tugasan itu sebelum klas berikutnya. 

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Setinggi-tinggi pujian hanya buat Allah
Yang menjaga seluruh isi bumi, memegang segala apa yang ada dilangit, dan yang ada diantara keduanya. 

Subhanallah

Dan puteri pon berangkat ke klas berikutnya. 

Kayuh puteri dalam senyuman. Ujian itu datang untuk memanggilmu kembali sayang. 

Alhamdulillah~

Tuesday, November 9, 2010

Semilir pagi

Semilir angin pagi ini
Membuai lena sang puteri
Merasai tenangnya bayu
Menikmati segarnya semilir pagi
Oh angin
Andai saja kau bisa
Khabarkan padanya
Aku baik-baik sahaja disini
Khabarkan padanya
Aku akan tetap baik sahaja
Jangan pernah bimbang
Usah gusar
Kerana sang puteri kian dewasa menilai dunia
Bangkit dari kejatuhan
Mengesat air mata
Mengukir senyuman
(^_^)

Sunday, November 7, 2010

(-_-)

 
Disaat mereka telah jauh melangkah

Hamba masih terkapai-kapai

Mencari sebuah ketaatan

Berbekal secangkir doa
 
setitis harapan

Dan 

penantian

Menanti cinta ulung Penciptanya


Meniti hari mencari cinta (BAB 4)

Mencari hati yang hilang


Hari demi hari terus berlalu dalam kegelapan. Namun sedikit demi sedikit cahaya itu semakin bersinar. Hampir saban malam aku teresak-esak menangisi semalam. Bukan tidak redha dengan apa yang telah berlaku cuma menyesali kelalaian diri sendiri. Tidur bersama linangan air mata dosa silam, tenggelam dalam mimpi mencari cinta Sang Pencipta, dan bangun dengan seribu pengharapan agar ditemukan kembali sumbu pembakar semangat bagi menemani disepanjang liku perjalanan masa hadapan. 

Semakin aku melangkah dalam kegelapan itu, tiba-tiba aku berjumpa kembali satu hati yang membawa dua cahaya cinta yang terang-benderang. Satu cinta yang aku cari dalam setiap jagaku dari tidur, dan satu lagi cinta tulus yang datang dari sanubari sang pemberi. Pemberian itu ku sambut dengan gembiranya. Menerima cinta dari murabbi yang membawa kepada cinta yang kekal abadi. 

Esok sudah tidak lagi sunyi. Kerna cahaya itu cukup terang menerangi jalan yang dulunya gelita. Sumbu semangat sudah mula menyala. Namun aku masih berharap yang sumbu itu akan terus menyala dan membara. Kerna aku khuatir andai sumbu itu terpadam, mungkinkah ia akan menyala lagi seperti sebelumnya. Segera ku memujuk diriku dengan husnuzon. Aku percaya Allah akan memberikan aku jalan selagi mana hati ini ikhlas mencari cintaNya. Persoalannya ikhlas aku dalam menuju jalan itu. 

Segera mata itu aku pejamkan. Perlahan-lahan aku menarik nafas. Didalam hati aku beristighfar panjang.

"Nur, renungkan kembali niat asalmu sayang. Ikhlaskan hatimu. Katakan hidupmu matimu hanya untuk Allah!!"

Aku mendongak ke langit. Melihat indahnya langit ciptaan Tuhan. Biru luas terbentang. Entah bagaimana kebiruan itu merawat hati ini yang rawan. Subhanallah. Sehingga saat ini kasih Allah itu tidak pernah putus buatku. Aku masih bernafas. Dan masih diberi ruang untuk bertaubat, makanya kenapa perlu aku gundah. Campakkan saja segala kegundahan itu. Serahkan seluruhnya pada Yang Esa. Kerna Dia yang Maha Tahu.

"Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

Al-Baqarah,2:112
 
Lantas aku bangun, dan meneruskan langkahku. Berbekalkan semangat dan cinta yang baru.