Friday, April 30, 2010

Dearie,

Atiqah,
Ingat tau,

"sesungguhnya engkau akn mendapati rasa berat hati dalam ketaatan kepada Allah pada pertama kalinya. maka pikullah beban berat ini, dan bersabarlah padanya. sampai ketaatan tersebut engkau rasakan menjadi rutin yang dapat dijinakkan. Kerana dalam ketaatan kepada Allah itu ada kelazatan dan kebahagiaan."

MySpace

Saturday, April 17, 2010

Rindu Bersama


Ku rindukan kasihmu kekanda
Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh pun terasa pilu
Tiupan angin kedengaran
Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mempu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari
Kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda
Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agaman setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu
Akanku turuti nasihatmu
Inginku contohi dirimu oh kekanda Pasti kau kecapi bahagia di hari muka
Jasamu kekanda mustahil kulupakan
Dulu, kini hingga ke akhirnya
Dirimu bertakhta di kalbu

kakak....
(T_T)
Doakan adikmu kuat di sini
いろいろありがとう!
Ya Allah..
Aku bersyukur
Mereka adalah hadiah istimewa dariMu
dan keranaMu
Aku sayangkan mereka!


Wednesday, April 14, 2010

Adikku sayang

Adik,
Kakak tahu kamu rindu
Sebab kakak rasa apa yang kamu rasa
Senyuman dia
Telatah dia
Kenakalan dia
Tapi ingatlah sayang,
Kamu perlu kuat
Sbb yg pergi xkn kembali
Dia pergi tglkn seribu pengajaran buat kita yg msih didunia ini
Bahawasanya maut itu x mengenal usia
Jadikanlah setiap detik itu lebih bermakna
Sbg bekal buat kita disana nanti
Setiap kali rindu itu datang
Titipkanlah doa buatnya sayang
Semoga dia tenang
Semoga dia bahagia
Di alam sana
Kerana kita juga bakal menyusulinya
Hanya x tau bila masa nya akan tiba

Adik,
Bersama-sama ini kakak titipkan kekuatan buatmu
Jaga adk2 yg lain

Ya Allah
Berikan kekuatan padaNya
Jagalah mereka
Pegang hati mereka
Agar mereka sentiasa dekat padamu
Sayangi mereka
Kerana hanya Kau sebaik-baik penjaga.

Friday, April 9, 2010

Bersangka baik itu lebih baik

Atiqah,

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu)
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…



(^_^)