Saturday, June 12, 2010

Erti hidup pada memberi

Assalamualaikum..

Buat hati yang ada di dalam dada..

Sungguh aku tak ingin sekali menzalimi mu dengan mengisi mu dengan apa yang bukan dari fitrah mu.
Kerna aku tahu benda yang bukan dari fitrah mu itu akan membunuh mu..

Wahai hati,
Renungkanlah
Sejauh mana keikhlasan mu..

::muhasabah mode::

erti hidup itu pada memberi

kerana setiap nilai yang kita terima adalah amanah
dalam setiap nikmat yang kita terima ada hak mereka

kalau hari ini kita diberi nikmat kesenangan
dalam setiap nilai kesenangan itu ada hak mereka yang memerlukan
kerana Adilnya Allah
Kebaikan buat mereka yang kaya apabila mereka bersyukur dan memberi
Kebaikan buat mereka yang miskin adalah ketika mereka bersabar dengan dugaan itu

ingatlah nanti
di satu masa
tatkala mulut itu dikunci
kita akan ditanya tentang setiap $$$ yang kita gunakan

mungkin ada orang yang high-maintenance
Barang perlu ada brand
X main la cap ayam
Baju perlu cantik
X pakai la baju-baju lama
sehingga dia lupa setiap satunya itu akan disoal di akhirat nanti

tatkala itu
mungkin beg LV nya itu yang akan memberatkan neraca kirinya
Disebabkan bongkaknya hati
mungkin baju beribu-ribu nya itu yang akan membakar jasadnya
Disebabkan x cukup syarat utk menutup hijab

kerana erti hidup itu pada memberi

tunaikan hak mereka yang berada dalam setiap nikmat yang kamu terima
kerana itu adalah amanah.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
al-kahfi:46

Nanti pada satu masa
Masa yang pasti akan tiba
tatkala itu semua harta dan kesenangan itu akan ditinggalkan
sekujur tubuh akan menghadap Yang Esa
tatkala itu
Apa Nak Jawab pada Allah??

Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Sekiranya anak cucu Adam memiliki dua lembah emas nescaya dia tetap masih menginginkan lembah emas yang ketiga, dan sekali-kali tidak akan penuh mulut anak cucu Adam kecuali tanah,dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat”.

(Hadis Riwayat: .Bukhari-Muslim)

Tepuk dada
Tanyalah hati

Wednesday, June 9, 2010

Marah itu api

Ada org cakap
Kalau marah lepaskan semuanya
Jangan pendam dalam hati
Bahaya

Tapi,
Apa yg kita dapat kalau luahkan
X membaiki keadaan pon malah mungkin menambah kebencian
Marah tue kn pnt..


Firman Allah S.W.T:
"…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

Sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)


Bila marah, diam..
kalau kita bercakap, kata-kata yang keluar itu kata-kata dari bisikan syaitan..
xkn nak jadi macam tue kan..

HaA...
Masih mau marah??

"Dunia ini umpama lautan yg luas... Kita adalah kapal yg belayar dilautan... telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

Tuesday, June 8, 2010

Tolong sampaikan pada si dia



Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong ingatkan si dia, tiada cinta yang lebih agung menandingi cintaNya..

Tolong ingatkan si dia, kita punya janji dan tanggungjawab pada Rab kita..

Tolong ingatkan si dia, dia masih punya saya untuk meluahkan rasa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintai dunia lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingati dunia lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakan saya lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong sampaikan pada si dia, kasihku ikhlas keranaNya..

Tolong sampaikan pada si dia, aku titipkan semangat bekal buatnya meniti hari-hari duka..

Tolong sampaikan pada si dia, dalam manis IMAN ada bahagia..


Apabila ukhwah itu indah keranaNya


Salam rindu,

AtiE

Thursday, June 3, 2010

Hadiah dari kakak

"Dasar keimanan itu adalah naluri yang menyala,
Dasar keikhlasan itu adalah hati yang bertaqwa
Dasar semangat itu adalah perasaan yang bergelora,
dan
Dasar amal itu adalah kemahuan yang kuat."

Terima kasih kakak!!
(^_^)

Tuesday, June 1, 2010

jangan cepat melatah

Atiqah,
jgn terlalu cepat melatah. Uruskan perasaan mu dengan betul

terima kasih akak atas igt itu.
Kakak kater,

doakan mereka atie...
mereka x menuntut apa2 pon dr kita..
apa yg mereka nak hanya kita tolong mereka dengan bekalkan insan insan rabbani yg tahu tanggungjawab dan amanah...
setiap kita ni ada bahagian2 dia atie...
saudara2 kita disana Allah beri nikmat jihad...
kita2 disini Allah bg nikmat berdakwah...
sbb tu kite kene berdakwah atie...
utk tolong saudara2 kita juga...

Kakak kater lagi,

kalau Allah nk menangkan agama Allah...
sekarang juga Dia leh watkan...
tp Dia masih menunggu...
mesti ada sebabnya yg org islam kene cari dan betolkan...

kakak jugak kater,

Tak adik.kita mampu juga berbuat sesuatu di sini
.tanamkan islam dlm dirimu.
keluarlah menyeru manusia kpd Islam.
jika mrk mmpu syahid di sana,kita juga mampu syahid di sini!
Krn kite semua drg berada dlm rangka menyeru islam di jlnNya..

Terima kasih kakak.

Sehari bertapa muhasabah diri.. (^_^)

p/s: bnyk nye keje. Mls nk wat pas tu tdur. Atiqah, tdur x slsaikn mslh. Bangun lah! Cari kmbli smgt mu. Sensei.. Jgn la bg keje bnyk sgt. Sy da pnt dgn dunia. Huhu.. Atiqah, 頑張らないとできないでしょう。。。頑張って!!!

sekian.