Sunday, June 27, 2010

malam ini



okey malam nie sangat2 sedih
why my dear
mengapakah wahai hati

xpe la kay
bertahan kay


Friday, June 25, 2010

Minggu ujian yang getir



Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Setinggi2 kesyukuran ku panjatkan pada Yang Maha Esa
Hanya dia yang tahu betapa hati ini berkali-kali diuji
MasyaAllah
Tatkala hanya air mata menemani

teringat firman Allah,

"Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung
yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah
jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal" 9:51


hanya inilah kekuatan ku utk meneruskan perjalanan hari demi hari.

Balik dari program SOS yang lepas,
Tiba-tiba teringat perlu menggunakan menginstal windows dlm mac book tersayang. Agknye mamai2 kot tersalah tekan di mana, mac book tersayang sedikit nazak. So, terpaksalah memformatkan balik lap top tue. Subhanallah.. teringat 3 data projek utk bentang diz week semua hilang. Ketika itu, menggeletar seluruh tubuh nie. Bukan sedikit kerja yang perlu disiapkan. Memandangkan waktu dah jauh malam (ke da cerah da on kat luar tue..) ku pujuk diriku untuk bersabar dan cbe utk melelapkan mata.

Keesokan hari nya bangun dari tidur badan terasa sangat lemah. Penat kot. Memujuk diri sendiri. Ku gagahkan juga untuk bangun, nak masak la cdg nya. Tapi hampir saja aku membakar rumahku sendiri. Subhanallah.. Sekali lagi diri teruji. Sekali lagi menggeletar seluruh tubuh. Saat itu terasa sangat mahu pulang ke MALAYSIA. Ibu!!! Teriak ku sendiri. MySpaceApabila sedikit demi sedikit ku pujuk diriku, ku gagahkan kaki mengayuh basikal makan kat luar la. fobia nk bukak dapor hari tu. Huhu

Rabu ada presentation programing. Nak x nak kne la jgk stat dr zero. sepanjang hari selasa tue zutto mengadap lap mempulun programing. Fuh.. Semput berlari mempulun hw. Tatkala itu hanya AYAT ITU yang mengubat jiwa ini. Yang menjadikan Atiqah terus bertahan.MySpace

Jadual waktu tidur pon da x bape btol. Sebenarnya memang jarang stay up smpi lwt mlm. So bile terpaksa stay rs sgt shindoi. Huhu.. Board, plan, semua kne stat balik nie. Model x siap lagi. Klau nak iktkan nie, kalau Atiqah yang dulu da lembik da nangis nie. MySpaceAl-maklum la budak malas blaja bile kne wat keje lbih skit mula laA die. Tapi Atiqah yang sekarang lebih tenang. MySpaceEntah kenapa walau pon badan da ketar2 menahan ketensionan, da smpi nak terbakar rumah sendiri (cuak woO tgk api menjulang) tapi alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Mungkin susah itu tetap ada tapi the power of the AYAT, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku ucapkan.

Sudah tamat mggu ujian getir itu. Harap2 mggu depan tidak segetir ini. Huhu.. Terima Kasih Allah atas ketenangan itu.

Walaupon air mata itu tetap mengalir, tetapi menangis bukan bererti lemah. Sekadar berhenti seketika melepaskan lelah, merenung jauh kedalam diri, dulu sahabat2 diuji lebih teruk dari diri ini, xkan da nak mengalah. Oh tidak! Atiqah perlu kuat.

Sudah lah membebel utk hari ni.. (^_^)// Esok cuti ok.. Rehatkan kepala otak jap, penuhi hak2 rohani la plak. Sensei cukup2 la tue dera saya ok. :p

Akhir kata, tarbiyah itu satu proses pembersihan hati. Setiap yang berlaku pasti Allah nak ajar kita sesuatu. Ok moral of the story utk mggu nie setiap kali wat keje mesti kne ade back up file!! Harus!! T(~_~)T

Sekadar berkongsi salah satu gambar projek ini dengan semua.
WeE~
MySpace



Okey, selamat malam Atiqah.MySpace
..Semoga esok berlalu tenang..

Tuesday, June 22, 2010

NiAt



Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.


Monday, June 14, 2010

CERMIN AJAIB


Assalamualaikum wahai hati..
Sudah terubatkah rindumu?

Hari ini sudah mampu tersenyum lebar.. Alhamdulillah.. terima kasih kepada mereka yang buatkan atiqah tersenyum hari ini.. miss them so much!

.
.
.
.

Semalam dimulakan denga melakukan jikken (experiment) 鏡映描与の実験 .
Experiment apa la agknya nie kan.



Nie laA alatan yang kitorg gnekan.

Setelah mendengar setsumei(penerangan) dari sensei, saya pon memulakan jikken bersama partner saya tu. Dalam jikken tue kitorg kne lukis garisan diantara dua garisan yang bentuk bintang tue tanpa melihat imej asal. just berpandukan imej dari cermin je.

Arahan mcm simple. tapi skali buat.. fuh.. first time sampai 58 saat untuk completekan task nie. ada kawan saya tue sampai 1min setengah sebab rupenye sangat susah nak lukis imej tue kalai x tengok imej asal nya.

.
.
.

Wahai hati,

Begitu jugalah dengan realiti umat islam hari ini. Sebagaimana sonsangnya pandangan pada imej cermin itu, begitulah sonsangnya imej islam pada hari ini. Kerana apa? Kerana mereka melihat imej islam pada orang islam dan bukannya islam itu sendiri. Kita x mahu jadi imej yg sonsang buat islam. Biar kita pantulkan imej islam dalam diri kita supaya orang lain tidak salah faham terhadap islam. kerana itulah juga mereka terlalu susah menerima islam.

Di sana masih ada tangisan menanti bila semangat umat islam dapat disatukan. Tapi bagaimana mahu membina imej yang tidak sonsang itu? Mungkin ini dapat membantu. Dengan 10 muwasafat ini akan terbentuk individu muslim sejati.


10 muwasafat tarbiyah


marilah menjadi cermin tanpa pantulan sonsang agar imej islam dapat dijaga.

Orang-orang Arab Badui itu berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah: “Kamu belum beriman, tapi katakanlah ‘kami telah tunduk’, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS 49:14)

jom cek balik iman. Adakah benar-benar iman itu telah masuk ke dalam hati.
Oh hati!


Sunday, June 13, 2010

homesick mode

oh mengapakah
terlalu amat rindu pada malaysia

huhu
kat malaysia ada mak abah adk2 yg sygkan saya
kat sini sunyi sorg2
nak balik msia!!!

x pernah rs sehomesick nie lagi sejak datang nihon
perasaan apakah ini..

huhu


p/s: tue pon x bli2 lagi tiket.. hua.. tiket mahal laA.. MAS kasik la mura skit.. pliz...

p/s lagi: atiqah.. kuat la sikit.. nak jadi daei mane boleh manje2..

p/s lagi-lagi: dekatkan diri padanya spy x sunyi ok.. behave!!