Tuesday, February 22, 2011

Dia

Dia 
Seorang murabbi
Kasihnya telus buat semua
Memberi walau menyedari seribu satu kekurangan diri
Memberi walau adakalanya dia disakiti
Memberi dan terus memberi
Tanpa mengharapkan apa-apa
Kerna dia sangat menyayangi
sangat mengasihi

Walau dia tidak pernah melafazkan dengan mulut
Tapi terpancar jelas kasih itu pada tindak tanduknya

Senyumnya paling manis tatkala menerima msj dari mereka
Raut wajahnya berubah tatkala ada yang menyakiti mereka
Sentiasa mahu bersua muka dengan mereka
Merindui mereka tatkala berjauhan
Dan dibibirnya
Hanya nama mereka yang jadi bualan

Sentiasa cuba memberi yang terbaik
Menjadi kekuatan untuk semua

Dia 
Terus mendidik
Walau dengan seribu satu kekurangan yang ada padanya

dialah bintang
yang menyinar menerangi anak-anaknya
dialah mentari
yang menceriakan anak-anaknya
dialah bulan
yang menenangkan mereka yang bersamanya

Allah
Kasihilah dia
Sayangilah dia
Sebagaimana dia menyayangi kami

Terima kasih
untuk setiap satu
.........dan segalanya.......

Tuesday, February 15, 2011

roses are red

 bunga itu

 cantik

 dan hari ini
medan yang telah lama sepi
 kembali ku buka
dan aku terus menulis
dan mencoret
(dan merepek, dan membebel)

 bunga itu
 istimewa

 dari insan yang istimewa


katanya..
"Atie... cita ini biarkan jadi darah..
Cita ini biarkan jadi nadi,
Cita ini biar mekar merah,
Cita ini biar tetap dihati...

Cita ini adalah cinta..
biarlah ia mekar..
Mekar mewangi hiasi nuur alam
dan cinta itu adalah satu kata
kata d.a.k.w.a.h"

 salji

 di bulan

 februari

p/s: biarkan atiqah melayan perasaan.. sebab esok happyou last!! yosh!!

inshaAllah

Di antara ini


dan ini


apa kata anda...?

Duduk bersama akhwat tersayang dan tiba-tiba lagu ini berkumandang dari list playlist dan sudah tentu playlist itu playlist sy. Hihi. Kerna saya memang gemar mendengar. Kerna itu saya memang pendengar yang setia (ops! haha). Oh bukan di situ point nya. Balik kepada hanashi lagu tadi. Ramai yang meluahkan rasa kurang enak dengan lagu versi melayu. Aku? Hanya senyum tanpa kata. Kerna bagiku lagu itu sangat amat terasa dekat dihati ku. kerna ia mengingatkan aku pada saat itu. Saat aku terkapai-kapai melepaskan cinta. Saat aku terkapai-kapai mencari CINTA. 

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Setiap antara kita punya tulisan cinta yang berbeza. Dan begitu juga aku.

Semalam ku dipenuhi air mata. Mencari jalan keluar dari jahiliyah yang membelenggu hati. Melepaskan diri dari rantai yang menghalang aku untuk terus berlari. Dan aku tersungkur disitu dalam perjalananku mencari cinta yang abadi. Menangis ku sendiri. Dan doaku hanya satu,

"Hamba tak tahu pada siapa harus hamba luahkan. Tapi hamba percaya. Kau akan datangkan pertolongan itu dari jalan yang tak hamba duga. Hanya Allah sebaik-baik penjaga, sebaik baik pelindung."

Kerna dosa itu terlalu berat untuk ku pikul. Namun aku yakin. Telah disediakan jalan untukku. Andai bukan sekarang suatu hari nanti. Pasti ada. Dan aku akan terus melangkah mencari dimana jalannya.

Dan disini aku coretkan sebuah coretan ku diruang peribadi ku. Bukan mahu membuka pekung didada, hanya berharap agar ini bisa menunjukkan jalan pada si dia yang mencari jalan seperti ku dulu. 

aidil adha

Kalau dulu pada tarikh ini Ibrahim mengorbankan anak kesayangannya demi membuktikan keimananan dan keyakinannya pada Allah.
Kalau dulu pada tarikh ini pengorbanan Siti Hajar terlakar dari safa ke marwah berlari anak sehingga pecah kaki demi seteguk air untuk anaknya.
Dan hari ini pada tarikh ini aku memutuskan untuk meninggalkan cinta itu demi satu cinta yang abadi

Aku mungkin tidak setegar Ismail menerima arahan dari Tuhannya tanpa sebarang keraguan. Aku juga tidak sekuat Ibrahim mengorbankan anaknya yang dikasihi. Juga tidak semulia Siti Hajar menyerahkan pergantungan tanpa belah bagi pada Allah.

Aku hanya Atiqah yang tenggelam dalam dosa. Aku hanya Atiqah yang mencari keampunan dari Penciptanya. Aku hanya Atiqah yang kembara ku terus mencari cinta. 

Kerna hidup ini butuhkan pengorbanan. Dan kerna pengorbanan itulah manifestasi ketaqwaan. Makanya aku korbankan rasa yang satu itu dan meletakkan sandaran penuhku pada Tuhanku. 

Aku yakin semua ini takkan sia-sia. Aku pon tak pasti sama ada semua ini layak untuk digelar pengorbanan atau pon tidak. Kerna nilainya terlalu kecil nak dibandingkan dengan nikmat yang aku peroleh dariNya. Terlalu kecil nilainya kalau nak dibandingkan dengan nikmat kefahaman yang aku peroleh sekarang. Nikmat berada bersama yang lain dalam jalan dakwah ini. Nikmat kehidupan di dunia. 

Makanya hari ini aku korbankan tinggalkan cinta itu. Demi cinta yang lebih BESAR harganya. 

Untuk hari-hari yang telah berlalu, aku redha dengan tulisan hidupku. Kerna dosa itu aku kenal cahaya. Walaupon terlalu pahit untuk ditelan tapi aku percaya jika tidak kerana hitamnya semalam aku tak mungkin mampu berdiri disini. 

Kerna bagiku cukuplah Allah. Kerna aku yakin Allah sentiasa ada mendengar permintaan hambaNya. Andai hendak ku harap pada manusia hayat manusia tak kekal lama. Nak ku harap pada bulan bintang kala mendung ia hilang. Nak ku harap pada mentari hari tak selalunya cerah. Hanya ada Allah yang Maha Kekal, Maha Memiliki segala yang ada di langit, di bumi dan diantaranya, Yang mengatur alam semesta, yang berhak menjadi sandaran sekalian alam. Cukuplah Allah bagiku.

Hidup ini adalah untuk Allah. Langkah ini demi jalan juang agama Allah. Dan semoga mati nanti aku berada dalam redha Allah.

Allah
Aku berdosa menzalimi diriku sendiri dengan tanganku
Ampunilah aku ya Allah
kerna andai Kau tak ampuni tiada lagi tempat buatku
Dunia ini milikMu
Yang setiap inchinya segalanya milikMu
Semoga aku termasuk dalam hambaMu yang bertaubat
kerna dosa ini terlalu berat untuk dipikul hingga saat bertemu Mu
Allah
Ampunkanlah hambamu ini
Kerna Aku lemah tanpaMu
Pimpinlah aku dalam jalan juang menegakkan agamaMu
Dan matikanlah aku pada syahid dijalanMu
Esok belum tentu milikku
Andai esok bukan milikku lagi
Hingga saat itu tiba
Izinkan aku merasai setiap helaan nafas ini hanya untukMu
 Ini kisah hidupku. Aku dan kamu. Kisah kita mungkin berbeza. Tapi matlamat kita tetap sama. 

Semoga yang terbaik untukmu. 

kamu pasti tahu siapa kamu
(^_^)//

Apabila susu dibalas tuba


Assalamualaikum wbt..

Dari tingkap jendela, jelas terpancar satu cahaya. Indah. Terang. Bintang itu istimewa. Bayu sejuk terus menyapa. Dalam kegelapan malam. Bintang itu terus berseri. Subhanallah. Cantiknya malam lukisan Allah. Dan hamba kerdil ini masih disini. Duduk merenung bintang. 

Lama hamba biarkan medan ini kaku disini. Mungkin kerana sibuk dengan urusan itu dan ini. Atau itu  dan ini itu mungkin hanya alasan ketiadaan hamba disini. Dan yang benarnya hamba sengaja membisu kaku. Melayan perasaan melayang-layang.

Ya. Semenjak dua ini terlalu banyak yang telah berlaku. Tarbiyah dari Allah yang tak pernah henti. Banyak yang Dia ajarkan pada hamba. Untuk lebih sabar sabar dan sabar.Untuk lebih kuat kuat dan kuat.

Subhanallah..

Cantikknya susunan Allah. Seindah taburan bintang di angkasa, sebegitulah aturanNya pada hidup hamba. 

Mencari hikmah disebalik perjalanan. Menyingkap erti memberi pada kehidupan. 

Ya. Erti hidup itu pada memberi. Namun adakalanya susu itu dibalas tuba. Dan disitu, pahit yang disangka tuba bukan lah tuba. Sebaliknya ia adalah penawar kepada segala kesakitan. Tuba pada pandangan mata manusia biasa. Subhanallah. Sangat pahit untuk ditelan, tetapi tulisan Allah itu, itulah yang terbaik. 

Dan yang pahit itu bukan TUBA. Tetapi itulah penawar kiriman Yang Esa untukmu. Jangan memandang TUBA pada kelemahan manusia, sebaliknya nilaikan PENAWAR itu sebagai ANUGERAH yang Esa. Disitu ada tarbiyah dariNya untuk mu. Disitu ada nilai kesabaran yang Dia kira. Disitu ada peluang menggugurkan dosa. Makanya bersabarlah dengan kesabaran yang baik. Dan SABAR itu lebih baik bagimu jika kamu mengerti. 

Dan pokoknya, hubungan antara kamu dan DIA. Jagalah! Jagalah! Jagalah! 

Ya muqallibal qulub. thabbit qulubana 'ala dinik.
 
Tiada TUBA bagi hamba. Yang ada hanyalah PENAWAR yang membuatkan hidupku lebih matang menilai dunia. Dan di situlah DIA ajarkan hamba betapa "Erti hidup itu pada memberi".

Tuesday, February 1, 2011

Mimpi

Percaya atau tidak, semua manusia punya mimpi dan impian. Kerna manusia itu diciptakan bersama seribu keinginan. Keinginan yang membuatkan manusia itu sering memasang angan-angan BESAR. Mahukan itu dan ini. Dan itulah manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang ada. 

Ya! Apa yang ada di dunia ini tak pernah cukup. Makanya kita mahu sesuatu yang lebih BESAR. Kerna itu kita mahu ke syurga. Syurga Allah yang Maha Sempurna. 

Namun,

Percaya atau tidak, hanya sebahagian manusia yang melangkah kearah mimpinya. Bukan kerana manusia itu lemah. Tetapi yang lemah itu hatinya. Tidak cukup kuat untuk mempertahankan mimpi hingga kekal di takuk lama sebagai orang yang sama. Mana mungkin bisa begitu. Bukankah seorang muslim itu harusnya hari yang dilaluinya lebih baik dari yang telah berlalu? Dan hari yang akan datang itu lebih baik dari hari ini? Ya! Kerana kita sentiasa perlu menilai kesilapan lalu dalam menganyam mimpi masa hadapan. 

Dan mimpi apa yang lebih BESAR selain syurga Allah itu? Tempat rehat yang abadi. Yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Dan penghuninya saling menyebarkan salam dan hidup sejahtera. Oh! Syurga.... 

Mimpi. Atas dasar apa mimpi itu kita bina? Mimpi seorang pelajar mahukan kejayaan yang cemerlang. Mimpi seorang nelayan mahukan kapal besar agar dapat terus belayar. Sang petani mahukan ladang yang luas supaya bisa terus menuai hasil. Mimpi disulam berdasarkan siapa diri kita dalam fikiran kita. Dan beruntunglah bagi mereka yang menilai diri mereka bukan manusia biasa. Yang semisal dengan pencinta syurga, yang mimpinya syurga Allah yang abadi. Semisal dengan pemburu syahid, yang setiap langkahnya memperjuangkan agama Tuhannya. Dan dimana kita meletakkan diri kita? 

(^_^)//

Ayuhlah bermimpi bersamaku. Mimpi yang besar-besar. 
Mengharap redha Allah dan rasulNya. 

Berubah untuk mencipta perubahan 
Berlari mengejar mimpi
Melompat menjadi bintang