Tuesday, October 18, 2011

takziah

 
Segala apa yang ada di langit dan di bumi mahu pun yang ada di antaranya semuanya milik Allah.
Dunia ini hanya sementara dan kepada Allah jugalah tempat kita kembali.

semoga kamu bisa bertemunya kembali di syurga nanti inshaAllah.
Doa tidak putus dari anak yang solehah bisa membawanya ke syurga Allah yang abadi. Tidak kah syurga itu yang terbaik berbanding segala apa yang ada di dunia ini...?

tabahlah sahabatku...
<3 kami di sini bersama kamu <3
al-fatihah buat ayah akhwat kita yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan kasihNya kepada arwah dan keluarga. 
..... innalillahi wa inna ilaihi rajiun .....

Thursday, October 13, 2011

Repost : Meniti Hari Mencari Cinta


Epilog

Semalam hidayahNya pernah menyentuh hatiku. Hingga saat itu tiada lagi air mata yang hendak ditangisi. Getaran dihati hingga menggegarkan seluruh jasad. Membuat langkah penuh himmah. Madah penuh hikmah.

Tapi sungai itu tak selalunya tenang. Saat ini aku diuji. Rintangan yang membuatkan aku jatuh tersungkur. Namun, Perlahan aku mendongak kembali ke langit. Air mataku masih mengalir deras. Longlai seluruh tubuh. Tiada lagi kekuatan yang tinggal. Yang ada hanyalah setitis harapan. Diberi kesudahan yang baik dan pengampunan dari Yang Maha Mengetahui. Dan dengan sedikit kekuatan yang ada. Aku tempuh hari demi hari yang mendatang.

Dan catatan ini adalah sebahagian dari tulisan perjalanan seorang gadis mencari cinta sejati.

Rindu tenangnya semalam

Jauh ku merenung ke langit ilahi. Mengenang indahnya semalam. Tidak semena-mena air jernih membasahi pipi. Ya Allah, sudah jauh aku meninggalkan tenangnya semalam. Iphone milikku pula tidak berhenti berbunyi. Mesej dan panggilan dari akhwat-akhwat tersayang sengaja aku biar tanpa balasan. Aku buntu masa buat ku denganNya. Harap-harap mereka mengerti. Dan aku terus merenung ke langit.

Sekali lagi telefonku berbunyi.
Untuk mengelakkan mereka risau panggilan itu ku terima.

"Assalamualaikum nur!"

"Waalaikumsalam akak. Akak apa khabar?"
Jawabku berbasa basi.

Dan perbualan ku teruskan seperti biasa. Gurau senda ku tetap begitu. Cuma mungkin bunyinya sedikit hambar dari biasa.

Aku pingin jadi mentari yang terus menyinar. Biarlah mentari itu menyinar tanpa siapa tahu gelora didalamnya. Kerna semua gelora itu adalah rahsia antara aku dengan Yang Esa. Kerna Dia Maha Mengetahui tanpa ku menzahirkan segalanya.

Menanti cahaya

Ada kalanya ku rebah dalam menanti cahaya. Cahaya itu seolah-olah tidak kunjung tiba. Sebenarnya aku lupa menggerakkan langkah kaki ini menuju cahaya itu. Pengharapan itu takkan sempurna selagi kaki tidak melangkah. Makanya ku katakan pada diriku,


Nur,
Ayunkan langkah kakimu
Teguhkan tumuhatmu


"... Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya. dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah."

Ar Ra'd,13:11

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahanmu."

Asy Syuura,42:30

Di saat itu aku menadah tangan ke langit ilahi.

"Allah..
Hamba redha atas apa yang telah berlaku. Hamba redha jika begini tulisan hidup hamba. Namun hamba pohon Ya Rabb, ampunkanlah hamba. Berikan hamba kesempatan untuk menunaikan janji-janji hamba pada Mu. Lembutkanlah hati hamba ya Allah. Tunjukkan hamba jalan kembali. Hanya pada Mu hamba meminta. Sungguh hanya Engkau yang Maha Mengetahui, yang memegang seisi langit  dan bumi dan yang berada di antaranya. Hamba pohon dengan sangat Allah. Ampunilah hamba."

Dalam sendu itu segera kucapai ipod milikku. Sejurus butang play itu ku pasang, lagu "Jika terakhir buatku" nyanyian kumpulan Saujana itu berkumandang. 

Setiap bait-bait liriknya menusuk ke  kalbuku. Subhanallah. Betapa cantiknya susunan Allah itu.
"Cahaya itu takkan datang pada hati yang tidak mencarinya. Makanya jangan berhenti sayang."

Dengan izin Allah, hati ini masih dahagakan kebenaran. Alhamdulillah..

".. Barang siapa yang menghendaki kebaikan bagi dirinyatentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. Tetapi kamu tidak mampu menempuhi jalan itu kecuali apabila dikehendaki Allah.Sungguh Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana. Dia memasukkan siapa pun yang Dia kehendaki ke dalam rahmatNya. Adapun bagi orang yang zalim disediakanNya azab yang pedih."

Al-Insan, 76:29~30

Hikmah sebuah pertemuan

Setelah sekian lama kami tidak bersua, akhirnya hari itu Allah telah mengatur pertemuan antara kami semua. Pertemuan yang hambar bagiku. Bukan kerana kasih itu sudah tiada buat mereka. Dan bukan juga kerana aku tak sayang. Cuma aku buntu waktu. Waktu buatku menilai kembali hitamnya semalam agar aku dapat bangkit membina esok yang ceria. 

Tapi sungguh Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Dan disepanjang pertemuan itu sedayaku aku cuba mengukirkan sekilas senyuman. Walau aku sedar hambarnya dapat dihidu sebahagian antara mereka, tetapi aku tetap diam membisu. Kerna aku kira itu yang terbaik saat itu. Andai aku bersuara, sudah pasti air mata itu akan berjujuran lagi. Aku tak mahu sesiapa risau akan keadaanku. Makanya aku tetap diam. 

Pertanyaan demi pertanyaan datang menerpa. Semuanya ku balas dengan senyuman. Dengan harapan senyuman itu sedikit sebanyak dapat meredakan kebimbangan di hati mereka. 

"kakak, maafkan saya...."

Bisik hati kecilku.

Bila saat perpisahan tiba, aku dapat merasai dakapan erat mereka yang aku rindui. Hampir saja getaran di dalam hati itu mengalirkan titis jernih dimata. Cepat air mata itu aku seka. Sengaja tak mahu aku tonjolkan kesedihan itu pada sesiapa. Biarlah hanya hati ini yang menangis sendiri. Dakapan erat mereka x mampu ku balas. Sekali lagi hati kecilku berbisik. 

"kakak, maafkan saya...."

Melihat himmah sahabat lain yang membara mendukung perjalanan dakwah di sini. Sungguh aku cemburu. Namun aku redha dengan ketentuanNya. Kerna aku percaya dan aku pasti ada hikmah disebalik yang terjadi. Dan aku masih mencari dimana hikmahnya. 

Ternyata aturan Allah itu adalah yang terbaik. Walau hambarnya pertemuan yang aku rasai, tetapi ada semangat mereka yang sempat aku curi dan ku bawa pulang. Agar aku dapat terus meneruskan perjalananku mencari cinta, dan mengharap maghfirah dari Murabbi Teragung.

"..... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah Maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Al-baqarah,2:216

Mencari hati yang hilang

Hari demi hari terus berlalu dalam kegelapan. Namun sedikit demi sedikit cahaya itu semakin bersinar. Hampir saban malam aku teresak-esak menangisi semalam. Bukan tidak redha dengan apa yang telah berlaku cuma menyesali kelalaian diri sendiri. Tidur bersama linangan air mata dosa silam, tenggelam dalam mimpi mencari cinta Sang Pencipta, dan bangun dengan seribu pengharapan agar ditemukan kembali sumbu pembakar semangat bagi menemani disepanjang liku perjalanan masa hadapan. 

Semakin aku melangkah dalam kegelapan itu, tiba-tiba aku berjumpa kembali satu hati yang membawa dua cahaya cinta yang terang-benderang. Satu cinta yang aku cari dalam setiap jagaku dari tidur, dan satu lagi cinta tulus yang datang dari sanubari sang pemberi. Pemberian itu ku sambut dengan gembiranya. Menerima cinta dari murabbi yang membawa kepada cinta yang kekal abadi. 

Esok sudah tidak lagi sunyi. Kerna cahaya itu cukup terang menerangi jalan yang dulunya gelita. Sumbu semangat sudah mula menyala. Namun aku masih berharap yang sumbu itu akan terus menyala dan membara. Kerna aku khuatir andai sumbu itu terpadam, mungkinkah ia akan menyala lagi seperti sebelumnya. Segera ku memujuk diriku dengan husnuzon. Aku percaya Allah akan memberikan aku jalan selagi mana hati ini ikhlas mencari cintaNya. Persoalannya ikhlas aku dalam menuju jalan itu. 

Segera mata itu aku pejamkan. Perlahan-lahan aku menarik nafas. Didalam hati aku beristighfar panjang.

"Nur, renungkan kembali niat asalmu sayang. Ikhlaskan hatimu. Katakan hidupmu matimu hanya untuk Allah!!"

Aku mendongak ke langit. Melihat indahnya langit ciptaan Tuhan. Biru luas terbentang. Entah bagaimana kebiruan itu merawat hati ini yang rawan. Subhanallah. Sehingga saat ini kasih Allah itu tidak pernah putus buatku. Aku masih bernafas. Dan masih diberi ruang untuk bertaubat, makanya kenapa perlu aku gundah. Campakkan saja segala kegundahan itu. Serahkan seluruhnya pada Yang Esa. Kerna Dia yang Maha Tahu.

"Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

Al-Baqarah,2:112
 
Lantas aku bangun, dan meneruskan langkahku. Berbekalkan semangat dan cinta yang baru.

Sinaran cinta

Pagi ini saat mataku buka, sinarnya ternyata berbeza. Hati ini semakin tenang meniti hari. Sungguh pon hakikatnya terlalu banyak masalah yang masih membelenggu diri ini. Tetapi aku mampu untuk memisahkan diri ini dari dunia buat seketika. Tenang dalam sujudku padaNya. Selesai sahaja salam, perlahan mata ku pejamkan. Mengasingkan diri dari dunia. Mengembara dalam dunia yang ku cipta sendiri. Terasa mahu selamanya dalam duniaku sendiri. 

Namun hakikatnya aku masih berpijak dibumi nyata. Yang mana disini masih berbakul-bakul amanah yang perlu ku pikul. Makanya mata itu kemballi ku buka. Satu per satu setiap tugasan itu aku susunkan. Aku harus bisa mengatur hidupku. Kerna seorang daie itu harus bisa mengatur setiap urusannya. Agar tiada langkah yang sumbang dimana-mana. 

Meskipon aku merasai kesibukan hari-hari, namun cahaya cinta itu buat aku tambah ceria. Sungguh aku tidak pernah menduga akan dihadiahi cinta ini dari seorang murabbi. 

"Terima kasih kakak!"

Sesungguhnya susunan Allah itu Maha sempurna. Disaat aku terkapai-kapai meninggalkan cinta, Allah menghadiahkan aku dengan satu cinta yang sangat sempurna. Cinta yang mendorong hati ini sentiasa mengingati Mu. Cinta yang membawa hati ini kepada Mu. Dan apa yang mampu ku katakan kini hanyalah, alhamdulillah. Aku bersyukur atas cinta ini. Dan aku akan terus berlari mengejar cinta ulung yang Maha Menyintai.

Cinta

Pernah aku ditanya apa itu cinta buatku. Dan apa yang aku harapkan dari cinta itu. Dan jawabku apa yang ku harap dari Cinta adalah maghfirah. Sebuah pengampunan. Diampunkan masa laluku. Kerna waktu itu terlalu pahit untuk aku telan, terlalu berat untuk aku pikul. Makanya aku mengharap cinta bisa buat aku bahagia. Sungguh aku tak tahu bagaimana untuk aku tahu sama ada dosa-dosa itu telah diampun atau sebaliknya. Dan untuk ku, aku redha dengan tulisan hidupku. Kerna gelap itu aku kenal cahaya. Kerna waktu itu aku disini hari ini, dan dengan itu aku masih teguh berdiri. Melihat hikmah semalam aku jadi kuat. Walau kadang kala aku malu untuk menghadap Dia dalam sujudku. Malu untuk mengangkat telunjuk janjiku. Malu untuk seiring dengan mereka dijalan ini.

Tapi lekas aku pujuk diriku, kerna aku tahu kalau bukan pada Dia pada siapa lagi harus ku adu resah yang bersarang dihati. Kalau bukan jalan ini jalan mana lagi yang mahu aku tempuhi. Kerna ini jalanku. Jalan yang aku pilih. Dan aku yakin dengan apa yang aku percaya.

Perjalanan cintaku panjang. Dipenuhi duri, dibanjiri air mata. Makanya tak mahu ku persiakan langkah ini. Hingga aku berdiri saat ini disini, sudah terlalu banyak tarbiyah dari Allah untukku. Aku kembali berbisik pada diriku,

"Nur, kamu harus kuat!"

Ya aku harus kuat. Harus terus tabah dalam menempuh jalan cinta ini. Kerna aku pasti selain onak dan duri, jalan ini juga menyajikan manisnya buah ukhuwah. Ukhuwah yang dipayungi lembayung cinta. Diulit tenangnya angin. Dibalut kehangatan kebersamaan dalam satu ikatan aqidah. Dan bersama mereka aku kuat.

Dan jika ditanya bagiku apa itu cinta,

"Cinta bagiku ibarat cahaya
Yang menyuluh tatkala aku meraba dalam gelap
Yang menyinar tatkala aku disapa duka
Cinta yang sentiasa memujuk ku dengan Ayat-Ayat CintaMu

Cinta bagiku umpama semilir pagi
Yang manyapa penuh lembut
Mambawa ketenangan hingga malam menjelma
Hembusan semilir pagi
Sejuknya menyegarkan

Cinta bagiku terlalu indah
Hingga walaupun sakit aku bahagia

Makanya biarkan aku terus mencari cintaku
Meskipon sakit biarkan kesakitan itu sampai kebal dariku
Meskipon menuntut pengorbanan biar aku berkorban sampai terkorban

Kerna percaya aku pada janjiNya
Cukuplah Allah bagiku
Akan Dia hiasi jalan cintaku dengan bintang hatiku"

Khatimah Cinta

Setelah semalam aku lalui, Allah hadiahkan aku dengan sesuatu yang sangat berharga. Allah hadiahkan aku dengan bintang-bintang yang menghiasi langit cintaku. Dengan mereka jalan ini terasa sangat indah. 

Bersama mereka aku meniti hari meneruskan pengembaraan dalam mencari cinta. Perjalanan itu takkan tamat disini kerna rencana Allah itu pasti telah tersusun indah. Cumanya cukuplah sampai disini dicoretkan perjalanan cinta ini. Bukan bermakna perjalanan ini sudah terhenti, kerna kini aku punya mimpi. Dan dengan mimpi itu aku meneruskan melangkah. Aku punya impian dan dengan impian itu aku bina hari esok. Bermula dengan mimpi aku terus meniti hari, mencari dan menanti menuju obsesi yang pasti.

Kerna ku percaya akulah yusuf yang bisa mentafsir mimpiku menjadi realiti!

Kecintaan pada Allah itu terwujud pada seorang hamba yg meninggalkan hawa nafsu, ia berhubungan dgn zikir pada Tuhannya, ia memandang Allah dgn hatinya. Apabila ia berbicara, maka ia berbicara dgn Allah. Apabila ia berbincang, ia berbincang tentang Allah. Apabila ia bergerak, maka ia bergerak kerana perintah Allah. Apabila ia diam, maka ia diam bersama Allah. Jadi, dia DENGAN ALLAH, UNTUK ALLAH dan BERSAMA ALLAH.”
-al-Junaid al-Baghdadi-

Ibnu Abbas berkata, "Ketika aku masih kecil, Nabi S.A.W. berkata padaku, "Wahai ghulam, aku akan mengajarkan padamu beberapa kata: Jagalah Allah, maka dia akn menjagamu; jagalah Allah, maka kau akan dapatkan Dia dihadapanmu; jika kau meminta,mintalah kepada Allah; jika kau minta pertolongan, mintalah pertolongan pada Allah.Ketahuilah sekiranya satu ummat berkumpul ingin memberi manfaat, mereka tidak akan memberi manfaat kecuali telah Allah tulis untukmu. Demikian pula sekiranya mereka berkumpul ingin mencelakakanmu, mereka tidak akan mencelakakanmu kecuali dengan apa yang telah Allah tulis untukmu. Pena telah terangkat dan kertas telah kering."

HR. At-Turmudzi dan Imam Ahmad
"Ya Allah berilah aku cintaMu, dan cinta orang yang cintanya memberi kebaikan padaku disisiMu. Ya Allah, apa yang Kau berikan padaku dan aku senangi, maka jadikanlah itu kekuatan bagiku untuk melakukan apa yang Kau sukai. Ya Allah apa yang kau jauhkan dariku dari apa yang aku senangi, maka jadikanlah itu kelapangan dari apa yang Kau sukai."


Kerna cukuplah bagiku ALLAH



Allah redhakanlah perjalanan ku dalam mencari cintaMu




TAMAT

Wednesday, October 12, 2011

pantai itu tempatku

Saat nafas tidak mampu lagi dihela...
Saat seluruh tubuh longlai...
Lemah tidak bermaya...

Atiqah bangkit dan terus melangkah menuju pantai itu. (tipu!! naik basikal okey!) Pantai di mana dulu dia ketemu dengan ketenangan. Dan sekali lagi dia melangkah ke daerah itu mencari ketenangan.



***************************
"sayang, 
  hidup ini tidak mudah
  今まで色々なことを乗り越えたから、
  ここまで頑張っていたから、
  あきらめないで、
  頑張って!!
  前を進みましょう。。"

***************************

Melangkah menuju pantai itu dengan penuh debaran dan harapan. Dan apabila Atiqah bertemu pantai, sesak didada serta merta hilang. Senyum mula terukir. Senyumnya pada pantai yang menyambut mesra. 

Duduk termenung merenung pantai. Muhasabah diri atas apa yang telah terjadi.

Ya,
Ada kalanya hidup ini tidak seindah yang digambarkan.
Yang manis tidak selalunya akan manis. 
Yang pahit takkan kekal pahit.

Kapal tidak selamanya belayar pada laut tenang.
Adakalanya gelora turut melanda.

Hari tidak selalunya cerah.
Adakalanya hujan datang menimpa bumi.

Aku. Kamu. Kita semua pasti akan diuji. Kesusuhan itu ujian. Kesenangan juga ujian. Dan dugaan itulah pemanis dalam kehidupan.

Deru ombak memukul pantai terus-terusan.
Memerhati pada mentari yang semakin tenggelam.
Menikmati bayu yang menyapa mesra.
Indahnya alam.

Oo Allah.
ini sangat indah!

Kesedihan datang bila kita ditimpa masalah. Dan adakalanya masalah itu bukan masalah. Apabila kita memandangnya dari sudut yang berbeza. Ambil masa. Lihat alam. Dan saat itu titik pandanganmu akan berubah. Betapa kecilnya ujian. Betapa besarnya nikmat. Bersyukurlah!

***************************



dussh... dussh... dussh... (bunyi ombak... =p)

Tak puas hati melihat puing-puing buih kecil bermain di persisir pantai, Atiqah juga mahu turut sama bermain.

Berjalan menulisuri pantai. Membiarkan kaki dibasahi ombak lalu. Dan adakalanya dia berlari mengejar puing-puing kecil itu.

Melompat gembira!

Oh indahnya!

Setelah penat berlari ke sana ke mari, dia duduk sebentar disisi pantai.

Memejamkan mata menghayati deru ombak.

***************************

tiba-tiba...

"alamak!!!!"

Atiqah bingkas bangun. Ombak mahu turut sama menyapa. Nasib baik tak basah kuyup. hoho

Bangun dan ketawa.
Dan terus berlari di persisir pantai itu. 


Terus berlari hingga penat. Dan basah. =p
Lalu duduk di kerusi. Memerhati dan menilai ibrah disebalik kehidupan bersama pantai.

Hidup ini ibarat meniti pesisir pantai. Semakin waktu menghampiri malam, deru ombak makin kuat menghempas pantai.  Semakin usia kita dimamah waktu, semakin besar ujian yang kita terima. Deru ombak hingga adakalanya air naik hingga paras yang tidak kita duga. Hingga kita sendiri basah dengar air mata. Lantas kita berlari menjauhi pantai. Agar tidak terus basah. Saat itu bayu pula datang menyapa hingga kita kesejukan.

Namun,

Tanpa kita sedar, kebasahan itulah yang mencuci kotor pada kaki kita. Dan bayu itu bertandang untuk lebih cepat mengeringkan basah kita. Ujian itu datang untuk membersihkan kesalahan waktu silam kita. Dan adakalanya ujian datang bertimpa, supaya kita lebih cepat dewasa melewati ujian yang dilewati. 

Begitulah. Apabila kanak-kanak riang bertemu pantai.




indahnya pantai itu.

-hikari-

Thursday, July 14, 2011

Penawar

Riak mentari ceria hari ini. Terang memancarkan sinarnya. Alhamdulillah. Sedikit panas tapi cukup buat memperingatkan kita kehangatan ini tiada taranya dengan kepanasan di mahsyar nanti. Andai di dunia kita lupa. Dan terus lupa. Atas amanah yang telah diberi. Kepanasan ini cukup buat muhasabah diri. Jauh lagi diri ini dari syurga itu. Lantas harus bangun dan terus berlari ke syurga! Kepanasan ini bukan untuk jadi rungutan, tapi buat pedoman setiap antara kita akan azab siksaan Allah yang lebih dahsyat dari panas dunia. Kalau ini pon kita tak daya menahan, masih mahukah kita melakukan dosa. Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa kami.

Panas cuaca hari ini, tidak kurangnya panas membara semangat kami disini. Musim peperiksaan dan peperangan. 

Hari ini ramai yang melangkah ke sekolah dengan pelbagai reaksi. Ada yang terlambat lantas memecut kalah mat rempit. Ada yang mengayuh tenang, sambil menikmati alam. Ada pula yang mengayuh masam, memikirkan masa depan yang kian kelam. Err.. Tak la sampai macam tu kot eEk. Hihi. Begitulah suasana minggu peperiksaan. Pulangnya pula bergantung kepada bagaimana prestasi hari itu. Agak-agak boleh jawab, laju melangkah pulang ke rumah. Tapi kalau x boleh jawab, kayuhnya perlahan. 

Begitulah resmi dunia.

Tapi, percaya atau tidak ada orang yang sentiasa tenang dalam hidupnya. Senyum x pernah lekang dari bibirnya. Air mukanya bercahaya. Melihat susuk kelibatnya sejuk mata memandang. Itulah dia susuk insan yang hatinya dekat dengan Tuhannya. Walau musim apa pon, musim exam, musim durian, musim bunga, wajahnya tetap tenang ceria. Tampak muda dari usianya. 

Nak tahu apa rahsianya?

“..Barangsiapa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala disisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”

Tawakal adalah PENAWAR kepada seluruh kesedihan dunia.

Kesedihan. Kegembiraan. Ketakutan. Kemarahan. Adalah perasaan yang abstrak. 

Ali mungkin marah kalau kamu habiskan ais krim miliknya, tapi abu mungkin tak kisah.

Fatimah mungkin suka kalau kamu berikan bunga kepadanya, tapi zahara mungkin tidak.

Abstrak bukan.

Begitulah Allah ciptakan manusia. Setiap antara kita punya kayu ukur yang kita letakkan pada diri kita. Yang melahirkan perasaan bila kita lihat sesuatu begitu. Dan kayu ukur itu pilihan kita. 

Ada orang meletakkan kayu ukur hidupnya sangat rendah pada dunia. Apabila sesuatu menimpanya akan diniliainya dalam setiap aspek keduniaan. Apa yang orang akan kata. Bagaimana kedudukannya dalam masyarakat. Adakah orang lain akan menerima apa yang berlaku. Dan akhirnya dia kecewa. Kerna sebagaimanapon usahanya, dia pasti tidak mahu memenuhi kehendak manusia. 

Dan ada orang meletakkan kayu ukurnya tinggi. menjadikan pandangannya luas merentas petala langit dan bumi. Meletakkan kayu ukur kesukaannya pada kemahuan Allah, keinginannya pada perintah Allah. Menjadikan kalam Allah sebagai panduan. Melihat dunia dari sisi berbeza dari yang lain. dan kehidupannya tenang. Cukuplah Allah redha. Biarlah seluruh dunia mengata, andai ia benar disisi Allah, pasti itu akan ditegakkan.

Yang mana pilihan anda?

Musim peperiksaan. Ramai yang kecewa. Berwajah sugul dan angin tak semena. Mahukah kalian jika saya tawarkan penawarnya?
TAWAKAL

itulah ubatnya. Meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Yang maha Esa. Menyerahkan seluruh hidup padaNya dan sentiasa percaya, Allah akan menulis yang terbaik untuk kita. Ya! Dia tidak selau memberikan apa yang kita mahu. Tetapi percaya atau tidak, Dia pasti memberi setiap satu yang kita perlu. I believe! Do u believe?

ecece.. nyanyi skit..

Ayuh!
Letakkan pergantungan penuh itu hanya pada Allah
Kerna tawakal adalah penawar
Kepada seluruh kesedihan dunia

Percayalah
Allah telah menulis yang terbaik untukmu
Dan kayu ukur kebaikan itu tidak pada mata manusia biasa
Sebaliknya kebaikan itu pada hati yang sentiasa bertaut pada Tuhannya

Kegagalan
Ada orang rugi
Kerana kecewa dengan kegagalan mereka
Dan beruntunglah mereka yang tetap sabar dan berserah diri atas kegagalan dunia

Kejayaan
Ada yang rugi
Kerana menganggap kejayaan hasil usaha dan titik peluhnya
Dan beruntunglah mereka yang membalikkan kejayaannya pada Tuhannya dan tetap syukur

Sesungguhnya hanya ada satu kebaikan yang pasti
Iaitu syurga
Dan beruntunglah mereka yang mengejar syurga
Dan Sesungguhnya hanya ada satu keburukan yang pasti
Iaitu neraka
Tempat balik orang-orang yang rugi

Alamak.. Err.. terpanjang plak.. Almaklumlah da lama tak menulis. Pena pon dah tumpul.
Yang penting teruskan usaha dan doa. Sebelum exam, semasa exam dan selepas exam. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua! Dan yang TERBAIK itu sudah pastinya SYURGA.

p/s:menghitung detik RAMADHAN..

Monday, June 27, 2011

再開しました

Assalamualaikum wbt

Sudah lama Hikari tidak menulis. Penanya seakan bisu. Tetapi langkah tidak pernah surut.Adakalanya komitmen terpaksa diberikan pada ruang yang lain kerana disana lebih butuhkan tenaga ini. Hingga Hikari tidak punya masa mengasah penanya.

(^_^)//

Tetapi,

Sepi disini kian mula berlagu.

salam sayang,
Hikari