Sunday, June 10, 2012

dakwah itu cinta

dakwah itu cinta

kerana cinta yang membangunkan dakwah

tapi

entah mengapa..

aku merasakan cinta semakin hilang dari dakwah

kita....

sering sibuk berdakwah

hingga lupa menyubur cinta


Tuesday, March 27, 2012

titian harapan

Mencari titik untuk berdiri
Pada garis titian harapan
Saat aku merasakan
Bernafas dalam lumpur sepi itu terasa payah
mendongak ke langit
Mengharap ada tangan yang menghulur
Saat itu Allah ajarkan pada ku
Untuk kesekelian kalinya
Dia ingatkan aku
Berharap hanya pada Allah
Berserah hanya pada Allah
Perlahan
Aku terus cuba bernafas dalam lumpur sepi
Cuba untuk melangkah
Perlahan
Sepi meniti hari
Terus bernafas penuh harapan
Mengharapkan keajaiban dunia
Aku memandang pada hak yang tak tertunai
Lantas aku jatuh lagi
Meronta mahu pergi jauh
Memujuk untuk teru kembali
Perjalanan sepi panjang
Perlu inspirasi
Satu per satu Allah uji
kehilangan yang menyakitkan
Kegagalan yang menakutkan
tapi
itulah
Kemanisan dalam pencarian
Hakikat hamba
Yang sentiasa dahagakan hidayah

Allah
Aku hina dalam lumpur noda dan dosa
Aku pingin terus berharap keampunan Mu
Timpakanlah apa sahaja untukku
Asal aku bisa terus tenang
Dalam sujudku pada Mu
hanya itu pintaku
Redhakanlah aku

Monday, December 12, 2011

rindu

Adakalanya rindu itu tidak dapat ku luah dengan kata

sahabat
maafkan aku andai baitku telah melukakanmu
sesungguhnya andai saja kau tahu
apa yang terbuku di hati kecilku
aku mahu kita kembali bersama
seperti dahulu
kerana sayangnya aku padamu

Thursday, October 20, 2011

Ujian ukhuwah

Uhibbukifillah~

Sebuah ungkapan yang mudah. Namun untuk benar-benar merasainya tak semudah mengungkapkannya. Ungkapan yang indah. Tetapi rasanya lebih indah dari cinta biasa.  Apabila semuanya kerana Allah dan hanya untuk Allah, auranya berbeza. Walaupun jasad tidak bertemu, tapi hati yang bersatu dalam sujud itu. Subhanallah.
Ukhuwah. Ukhuwah itu indah. Dan ukhuwah kerana Allah itu lebih indah. Bekerja untuk Allah, bersama kerana Allah, bertemu atas jalan Allah, dan berpisah juga demi Allah. Manisnya sehingga menutup rasa masam yang kadang kala datang menerpa.
Setiap antara kita yang berada atas jalan ini pasti akan menghadapi ujian ukhuwah ini. Tak kiralah bentuk apa pon ujian nya kita pasti akan diuji dan akan terus diuji hingga kita benar-benar mengatasinya. Apabila diuji balikkanlah segalanya pada Dia. Kerna tiap satu yang ada di dunia ini bukan milik kita meskipon benda yang kita sangka kita punya. Semuanya adalah milik ALLAH. Dia Pemilik dan Dia Pemelihara. Yang memegang langit, menungi bumi, dan yang memegang yang ada diantaranya. Maha suci Allah.

Bila ukhuwah kamu dan dia diuji, bertahanlah. Ya sebagai manusia kadang kala kita terasa hati, tapi awas! Saat itu syaitan punya ruang untuk mencucuk kamu disana dan sini. Makanya setiap emosi-emosi yang kecil itu atasi dengan bijak. Sabar dengan kesabaran yang baik, abaikan benda-benda kecil kerna kita punya benda lebih BESAR untuk difikirkan. Abaikan pertelingkahan kecil dan berlapang dada lah. Kerna kita punya perkara yang lebih BESAR untuk kita bawa, mimpi lebih BESAR untuk kita bersama realisasikan, dan destinasi lebih BESAR untuk kita tuju. Mardhotillah. Bersabarlah kerna Allah akan cukupkan setiap satu untuk orang yang bersabar. Bertahanlah kerana disana ada kemanisan yang kekal. Dan berlapang dadalah kerna itu tanda kita redha atas tulisan hidup kita. Percayalah tiada benda yang mungkin yang lebih baik dari apa yang TELAH berlaku. Kerna Allah Maha Tahu, setiap satu itu disusun begitu. 
(^_^)//

p/s: ini adalah post yang pernah di post tetapi diedit semula.

p/s lagi: agak2 kenapa saya repost post ini ye...? jenjenjeng

.......mengharap hanya pada Dia tiada yang lainnya............



Wednesday, October 19, 2011

Berlapanglah!

Alangkah indahnya berlapang dada. Berlapang dada terhadap apa yang berlaku atas kita. Berlapang dada sesama manusia. Berlapang dada sesama alam dan seluruh isinya.

Manusia itu tidak penah lepas dari ujian. Tidak kiralah apa jua bentuk ujian yang Allah hadirkan buat kita. 

Boleh tak kalau saya kata tiada istilah berat atau ringan pada setiap ujian! Eeerr...

Ya! Kerana setiap satu ujian itu disusun oleh Allah kena pada saat dan ketikanya. Bersesuaian dengan kemampuan mereka yang menerimanya. 

Kalau kamu tidak bersetuju, jadi atas timbangan apakah kamu katakan ujian itu berat dan ringan.

Kalau ujian kemiskinan itu kecil, jika ianya menimpamu sejauh mana kecilnya ujian itu.
Jika ujian gagal itu mudah, jika ianya menimpamu sejauh mana kamu gagah untuk bangkit kembali.
Andai ujian kaya itu senang, jika ianya menimpamu sejauh mana kamu bisa bersyukur.

Tiada kayu ukur yang bisa kita letakkan. Hanya Allah Maha Tahu, Maha Adil. Allah timpakan setiap satunya itu kepada kita agar kita bisa terus mengambil langkah untuk mendekatiNya. Mengadu padaNya. Berlari mengejar syurgaNya. 

Tetapi, 
Ayuh kita nilai kembali. 
Apabila diuji kemana kamu melangkah? 
Apakah lafaz pertama madah bicaramu? 
Bagaimana pula dengan detik hatimu?

Saat Allah uji kita dengan kegagalan. Adakah kita mengambil langkah mendekatkan diri kepada Allah. Atau kita semakin menjauh dariNya? Tanya diri kita. Adakah kita menyalahkan itu ini atas kegagalan kita. Atau kita terus berlapang dada dengan rezeki yang TELAH Allah tetapkan untuk kita? Tanya diri kita. Adakah kita terus berputus asa. Sedang usaha kita masih belum semaksimumnya? Tanya diri kita.

Saat Allah uji kita dengan kesusahan. Adakah kita mengambil langkah mendekatkan diri kepada Allah. Atau kita semakin menjauh dariNya? Tanya diri kita. Adakah kita menyalahkan itu ini atas kesusahan yang menimpa kita. Atau kita terus berlapang dada dengan ketentuan yang TELAH Allah tetapkan untuk kita? Tanya diri kita. Adakah kita terus meminta itu ini dari manusia. Sedang kita belum pon sujud mengadu pada Yang Satu? Tanya diri kita.

Saat Allah uji kita dengan ukhuwah. Adakah kita mengambil langkah mendekatkan diri kepada Allah. Atau kita semakin menjauh dariNya? Tanya diri kita. Adakah kita menyalahkan orang lain kerana tidak memahami kita. Atau kita terus berlapang dada dengan sahabat kita? Tanya diri kita. Adakah kita terus membenci. Atau memberi maaf atas apa yang terjadi? Tanya diri kita.

Saat Allah uji kita dengan kebakaran. Adakah kita mengambil langkah mendekatkan diri kepada Allah. Atau kita semakin menjauh dariNya? Tanya diri kita. Adakah kita menyalahkan sifulan atau sifulan. Atau kita terus berlapang dada atas apa yang telah terjadi? Tanya diri kita. Adakah kita bersedih memikirkan nasib diri. Atau kita bersyukur kerana masih diuji? Tanya diri kita.

Saat Allah uji kita dengan kucing yang makan sampah kita letak kat luar rumah sampai bersepah busuk satu rumah. Adakah kita mengambil langkah mendekatkan diri kepada Allah. Atau kita semakin menjauh dariNya? Tanya diri kita. Adakah kita menyalahkan kucing itu kerana memakan sampah kita. Atau kita senyum dan membersihkan sampah itu? Tanya diri kita.

Saat Allah uji kita dengan kesenangan kebahagiaan dan kecukupan. Adakah kita mengambil langkah mendekatkan diri kepada Allah. Atau kita semakin menjauh dariNya? Tanya diri kita. Adakah kita terus bersyukur dengan nikmat yang kita punya. Atau kita bongkak dan bangga dengan dunia? Tanya diri kita. Adakah kita bersedia untuk memberi pada yang meminta. Atau kita terus mengherdik dan menghina mereka yang tidak berdaya? Tanya diri kita.

Dimana kita apabila diuji.

Bagaimana kita bila diuji.

Itulah yang membezakan antara kita. 

Detik hati pertama itulah yang membezakan antara kita. 

Ada yang terus menyumpah seranah itu dan ini hingga puas.

Ada yang marah tapi setelah itu beristighfar kembali pada Tuhannya.

Ada yang terus tersenyum dan berlapang dada.

Dan itulah yang sebaiknya.

fa sabrun jamil~

Jadi,
Berlapang dada kah kita bila diuji?

Ayuh!
husnuzonlah..
positif dengan hidupmu...
kamu pasti akan senang dan tenang..

(^_^)//

nyanyi skit...
hihi




Berlapang dadalah!
Husnuzonlah!
Nescaya kamu akan boleh terus tersenyum
Walau apa sahaja menimpamu!
lalala~