Wednesday, January 20, 2010

(^_~)/

Bila teringat hari esok~
MasyaAllah.. banyak nyer bende nak kne setlekan.

Klas 1gen. Bley bangun ke x cuaca begini. Naek densya g skola sbb basikal tinggal kat sekola tadik. Pas tu nak g bayar duet houken rumah kat yuubin, anta borang houken kat office, print barang2 junbi utk presentation jumaat nie, print shukudai, n ad klas デザイン科学, then beli barang untuk design (huhu.. またお金かよ!) , nak stdy senkei sbb hari khamis nak exam n x stdy lgsg lagi, sambil tue kne sambung junbi presentation hari jumaat.

Ya Allah,
Ku pohon kekuatan dariMu~
Permudahkan segalanya.
Walaupon dalam kekalutan ini, ringankan hati ku mengingati Mu.
Kerana REDHA Mu yang ku danba~

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

Apa-apa pon..
Tidur dulu kay Atiqah.
Esk hisashiburi no klas 1gen (^_~)/

Oyasumi..MySpace

Tuesday, January 19, 2010

Istimewa buat ayahanda tersayang


Selamat Hari Lahir abah~
Terima Kasih kerana membesarkan anak mu ini dengan penuh kasih sayang. Terima Kasih atas didikan mu selama ini. Banyak yang abah korbankan untuk membesarkan kami adik-beradik. InsyaAllah satu hari nanti ingin benar kubalas jasa baik Abah. Walaupon anak mu ini tahu takkan terbalas jasa-jasamu membesarkan kami, setidak-tidaknya anakmu ini mau mencuba yang terbaik menjadi anak yang solehah untuk mu.

Abah,
Maafkan lah anakmu ini atas segala kesalahan dan ketelanjuran anakmu ini. Maafkan anakmu ini atas segala dosa-dosa nya selama ini.

Ya Allah,
Kau panjangkan umur Ayahku,
Kau murahkan rezekinya,
Kau permudahkan urusannya,
Sayangi die sebagaimana die menyayangi kami~
Ya Allah jadikan kami anak-anak yang soleh,
supaya mereka tenang memiliki kami.

Friday, January 15, 2010

DI MANA AKU?



Hari ini ada orang sibuk menyebut tentang agenda yahudi, israel. Boikot sana sini. Bakar sana sini. Menunding jari ke sana sini. Itu x kena. Ini salah.


Tapi x ramai yang melihat pada diri sendiri....

Apa salah nya kita berhenti sejenak menilai orang lain. Lihat pada diri kita. Apa yang telah kita sumbangkan untuk ISLAM. Adakah hanya sekadar nama.
Sebelum pergi lebih jauh. Lihat dalam diri kita. Tegak kah KALIMAH ISLAM itu dalam diri kita.

Pakaian kita. Bahasa kita. Akhlak kita. ISLAM kah kita?

Kalau benar kita mahu menghapuskan agenda mereka menjatuhkan ISLAM, tegakkan ISLAM itu dalam diri kita dahulu. Bermula dengan diri sendiri.

Memetik kata-Kata seorang missionari dalam perhimpunan Missionaris Sedunia, 'Kerja kita hari ini bukan mengkristiankan umat Islam, tetapi jauhkan mereka dari Al-Quran dan Sunnah. Jadikan mereka tidak bangga dengan Nabi Muhammad. Dan jauhkan mereka dari sejarah Islam, jadikan mereka malu mengakui keIslamannya, buatlah mereka jauh dari ulama-ulama mereka.'

Andai mereka sedar di mana kekuatan kita kenapa kita masih lagi belum sedar.

Semak balik diri kita:
-Berapa helai helaian AL-QURAN yang kita baca sepanjang kita hidup?
-Berapa jam masa yang kita luangkan untuk majlis ilmu?
-Berapa ringgit yang kita belanjakan untuk jalan dakwah?
-Berapa lama masa yang kita luangkan untuk mengingati ALLAH?

Ya Allah,
Betapa aku malu,
Sungguh aku ini terlalu banyak leka dengan dunia nie,
Tunjukkan aku jalan Ya Allah,
Tunjukkan aku jalan untuk keluar dari kehitaman ini,
Ringankan hatiku menunaikan solat mengingatiMu,
Ringankan lidahku membaca kalimah-kalimah agung Mu,
Ringankan langkahku menuju jalan Mu,
Kerana bukan syurga yang aku harapkan,
Hanya redha Mu yang ku danba~

~ini harta kita~

Wahai saudaraku semua~
Bersatu lah tegakkan ISLAM dalam diri.
Dekatkan diri kita dengan AL-QURAN.
Didalam dunia ini hanya ada dua jalan. Jalan hitam dan putih.
Pilihlah arah mana yang kalian tuju. Kerna tiada yang diantara kedua nya.

hikari004

Tuesday, January 12, 2010

fuyu part3


Pengembaraan diteruskan
Destinasi berikutnya~


Langkah bermula kosong. Ntah kenapa dari awal hingga akhirnya hati itu tetap kosong. MasyaAllah~ bergenang air mata sepanjang program kali ini. Iri melihat teman2 yang sangat bersemangat. Dalam hati kecilku meronta, "Atiqah!! kamu di mana?".
Hati itu menggelatar bila dapat lagu tema utk FG kali ini. Ntah kenapa x terlafaz oleh lidah. Mungkin dek terlalu dalam nya maksud lagu itu..

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

subhanallah.. subhanallah.. subhanallah..
Air mata itu bergenang lagi. Lemahnya diriku ini pada saat itu. Hati ini terus-terusan berdoa minta kekuatan dariNYA.

Kisah ghulam pon bermula. Kita lah ghulam itu. Tapi, hati ini masih lagi kosong. MasyaAllah..


Dalam perjalanan pulang, akhirnya aku tekad meluahkan rase hati pada seorg kakak yang amat penyayang. Kata-katanya menenangkan hatiku. Aku tau langkah itu harus ku mulakan.

Mungkin untuk pertemuan kali ini, Allah tangguhkan satu nikmat untuk ku supaya aku mencari siapa diri ku sendiri. Terima kasih ya Allah. Satu persatu ujian Mu menjadikan aku lebih kuat dan bersedia menempuhi rintangan di masa hadapan.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 2:214

Atiqah, apa yang kamu lalui ini terlalu kecil. Kalau nak dibandingkan dengan sahabat2 terdahulu. Kuatlah! Tabahlah!

Tiada kompromi utk membuang jahiliyah dalam diri. Kerna ku yakin jalan ini pasti. Ku percaya CINTA itu indah.
Lantas ku kuatkan tekad. Menuju satu cinta yang hakiki.
Aku percaya aku mampu mengharunginya~
Akhir kata,
Alhamdulillah~Alhamdulillah~Alhamdulillah

Ya Allah,
Kuatkan tekadku dalam mencari redha MU

♥ ♥


~Mengorbankan cinta itu demi CINTA NYA~