Thursday, March 25, 2010

Nukilan seorang ayah


anakku,
seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.
wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,
tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.
itulah yang terbaik
muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.
muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran

Wednesday, March 17, 2010

special for you


Istimewa buat sahabat yang plg teramat saya sayangi
Dearie amira



Selamat hari ulang tahun kelahiran (walaupon da terlambat skit...)

Sejak perkenalan kita 7 tahun dl
U r my bestiest friend ever
Berkongsi suka dan duka

Suatu masa dulu, kita berkongsi bantal, Berkongsi makanan, berkongsi mimpi. Sama-sama main conteng2 bawah katil. Port baik punyer... Letak makanan kat tengah locker. Tiap2 mlm mesti bli food yg dorg jual. Of coz la u bertambahlah ke 'cubby' an nye... Hehe

Gilir2 bli keropok lekor. Slalu bacakan utk aku buku sejarah dll. Al-maklumla aku kan antara yang paling malas berbanding korg yg lain. Huhuhu
Bila korg sume stdy ak tdur kat katil ko. Ko layan je kawan ko nie. Huhu
Thank you sangat sangat.
For the sweet memory.
For the time that we spent together.
For all the joy.
For everything that u have done to me.
I really love u sooooo much.

Walaupun after form 3 kte da x satu sekolah. Tapi ikatan hati kita x pernah putus. Bila ada kesempatan kita ttp akn keluar bersama. Bila sembang dengan ko senyum tawa x pernah lekang.

I miss those moment with u.
N i really miss u so much.

Semoga ikatan hati kita xkan pernah putus.
Semoga kita akan terus bersama dlm menggapai satu CINTA abadi.
Semoga kita berada bawah naungan kasih Ilahi

Yang bersatu itu hati
Walau x bersua
Sayang itu kekal slamanya

Amira,
Kerana Dia kita bertemu
Dan kerana Nya juga kita berjauhan
Tapi dalam kejauhan itu
Hati ini x pernah henti mendoakan kesejahteraan mu

Jaga diri baik2.. Jangan nakal-nakal...

Ya Allah
Kau rahmati sahabat ku ini
Kau lindungi dia dari sesiapa saja yang ingin menyakitinya
Kau tuntun hatinya kepadaMu
Kau ampuni dirinya

Ya Allah
Kau pimpinlah hati kami ke jalan mu

Thursday, March 11, 2010

Dear myself

Dear atiqah
Hari ini kita jumpa satu cahaya
Cahaya itu indah
Cahaya itu jauh
Tapi 
cahaya itu pasti
Mari bersama
Pegang tangan kami
Kita bangun menggapai cahaya itu

Atiqah,
Mungkin ada masa kamu jatuh tersungkur
Bangunlah dalam jemaah
Mungkin ada masa kamu lelah
Rehatlah dengan solat
Mungkin ada masa hatimu kering
Basahkan dengan ayat-ayat penciptaMu
Kerana Dia Maha Agung
Maha Bijakasana

Teguhkan hatimu kerana Nya

Saturday, March 6, 2010

Hati

Perjalanan ini membawa sekeping hati
Di dalam nya penuh noda dosa
Di dalam nya ada duri-duri jahil
Di dalam nya ada bintik-bintik hitam
Di dalam nya ada api dendam membara

Hati ini berdosa
Hati ini keras
Hati ini menangis
Hati ini terus menerus memohon
Dalam doa nya
Pada pemilik hati
Yang memegang hati semua
Agar dilembutkan hati yang keras
Agar dapat disucikan dari noda dunia
Agar dapat dipimpin menghampiri cinta yang satu

Ya Allah
Hanya Kau mengetahui apa yang ada dalam hati ini
Kau tetapkanlah hati ini dalam jalan Mu
Kau jagalah hati ini dari cinta dunia
Kerana tanpaMu aku lemah
Tanpa Mu aku lelah

Dan di sepanjang perjalanan ini
Air mata itu terus mengalir
Menangisi dosa-dosa silam
Merindui kasih cinta Nya

Wahai hati
Kembalilah........