Thursday, March 31, 2011

Charging

Orang berlumba-lumba nak pakai iPhone
Semua nak dapatkan yang paling latest
Memori paling besar
tapi ramai yang lupa untuk dapatkan iMan
memori pon kosong jer


hurm..

jadi apa lagi
cek balik iman kita
sebelum bateri kong!

eh da merah da tue. cepat charge!!!

selagi hayat dikandung badan.

BEWARE!!

Sunday, March 27, 2011

1 ummah 1 aqidah



Ya Allah
Pinjamkan kami keberanian Umar Al-Khatab
Ketangkasan Khalid al-Walid
Kecekalan Tariq bin Ziyad
Kekentalan Salahuddin al-Ayubi
dan ketajaman Sultan Muhammad al-Fateh
satukanlah hati kami sebagai ummah yang bersatu
ya Allah

Tiap inchi tanah ini milik Allah. Tiada sempadan negara yang jadi pemisah melainkan semua milik Allah.

1 ummah 1 aqidah
 
 

apa yang mampu saya lakukan


作曲:KOKIA
作詞:KOKIA
遠く離れてても あなたを想ってる
そんな私の気持ちが届いたらいいなぁ

ふとした偶然で 今交わった人生
だから私にも何か できることあるかなぁ

支えてくれたのはいつだって誰かの言葉
優しい励ましが 心にすっとしみ込んだ

だから今私からもこの言葉を送りたい

1人じゃないよ 何もできないけど 辛い時こそ心に 歌をかかげて
がんばってほしい 乗り越えてほしい 届いてほしいこの気持ち
あなたに贈る歌 私にできること

どんな励ましなら あなたに届くだろう?
思い浮かばないままに 時間が過ぎてゆく

支えてくれたのは あの時のあなたの言葉
優しい励ましが 心にすっとしみ込んだ

だから今度は私からも この言葉を送りたい

1人じゃないよ 何もできないけど 辛い時こそ 誰かと支えあって
がんばってほしい 乗り越えてほしい 届いてほしいこの気持ち あなたに贈る歌
困った時にはかわりばんこに 励まし助けあいたい だから今歌うよ 私にできること

watashini dekiru koto

apa yang mampu saya lakukan

saya?

Saya percaya tiada kebetulan yang membuta tuli. Saya percaya tulisan Allah itu Maha Sempurna. Plat itu tidak bergerak dengan tidak sengaja. Ombak tidak menghempas tanpa izinNya. Pasti ada sebabnya. Mengapa bumi bergegar. Mengapa badai menghempas. Dan mengapa itu bukan urusan kita. Dan yang pasti itu penuh hikmahnya tulisannya.

Allah,
Limpahkan bumi itu dengan rahmatMu. Kuatkan kudrat kami menegakkan kalimahMu.

Apa yang saya mampu lakukan? Saya akan sampaikan. Dan terus bekerja. Untuk Mu. Dengan izinMu.

Ya. Bukti sudah di depan mata. Panggilan untuk terus bekerja. Kerja! Kerja!

"Bumi Allah itu luas. Tiap inchi tanah ini milik Allah. Tiada sempadan negara yang jadi pemisah melainkan semua milik Allah"

p/s: sy rindu tanah itu.

Thursday, March 24, 2011

akhawati

Sepi tanpa bicara. Hanya mengirimkan doa rindu buat akhawat yang jauh di mata.

Sungguh hanya Allah yang tahu betapa hati ini amat merindui mereka. Setiap saat memikirkan bagaimana keadaan mereka. Namun yakinku pada sesuatu yang membuatkan aku tenang. Mereka pasti selamat dalam lindungan kasih Dia yang Maha Pengasih. Lants kutitipkan sekalung doa buat mereka dalam kesepian. Dipermudahkan ditenangkan dan dipelihara iman.

akhawatku
sepiku tak pernah melupakanmu
doaku
agar kasih ini dapat menyelimuti memanaskanmu dalam kesejukan
agar rindu ini membaluti menenteramkan hati yang gundah
agar ukhuwah ini terus mengalir dalam bai-bait doaku untuk kamu semua
walau di luar pengetahuan antunna
kerana biarlah cinta ini sepi
di sini

akhawati
kasihku rinduku
ku biar sepi
kerna tak bisa ku luah dengan kata
semoga kalian diletakkan dalam jagaan Yang Maha Hebat
Dan hatiku biarlah di sini
Kerna hanya Dia yang mengerti betapa aku kasihkan kalian
Kalian yang berjuang di barisan depan
demi menjunjung perintah Tuhan mu, Tuhan Ku
dan aku amat mencintai kalian
keranaNya
untukNya

Sunday, March 20, 2011

Tsunami

Tsunami satu tregedi seribu satu spekulasi

Kita adalah siapa yang kita fikirkan!! 

(haA.. Cbe cari apa kaitam statement di atas dengan tajuk post ni..?? :p)

Ada orang melihat tsunami ini sebagai bencana alam. Lantas cuba menerangkannya kepada DUNIA agar semua orang faham. Plat bergerak kesana kemari laut bergelora itu dan ini. 

Ada orang melihat tsunami sebagai bencana kemanusiaan. Lantas mereka bertindak kesana kemari menghebah berita agar semua bangkit memberi sumbangan. 

Ada juga yang melihat tsunami sebagai akibat dari kelalaian. Lantas merombak semula dasar. Merancang semula strategi. Tak jadi membina loji nuklear dsb. 

Ada orang melihat tsunami sebagai ketakutan. Lantas ia bertindak untuk lari darinya kerna kerdilnya dia tak berdaya. 

Ada orang melihat tsunami sebagai isu mereka. Lantas dia duduk menonton di depan tv tanpa membuat apa-apa. 

Sikit orang melihat tsunami sebagai tanda kebesaran Tuhan. Allah Yang Maha Kuasa mampu menggulingkan apa sahaja sekelip mata. 

Sikit orang melihat tsunami sebagai satu peringatan. Peringatan dari Tuhan supaya berhenti berbuat dosa dan kerosakan. Peringatan dari Tuhan yang bumi ini sudah cukup tua. Peringatan dari Tuhan untuk seluruh dunia buka mata. 

Allah Maha Besar!

Allah Maha Hebat! 

Disebalik tsunami ada seribu satu tanda kekuasaannya. 

Dan dimana kita..? 

Kerana langkah kita akan mencerminkan siapa kita. 

Dan kita adalah apa yang kita fikirkan. 

Berjalan

Aku berjalan 
Aku melihat 
Dan aku mentafsir

Lantas aku lihat banyak benda pelik. Yang gerakannya tidak selari dengan alam yang tunduk dan patuh pada Allah. 

Aku berjalan 
Aku melihat 
Dan aku mentafsir

Lantas aku kagum melihat sempurnanya ciptaan Allah. Setiap satu tersusun rapi. Subhanallah. Disitu ada bulan dan bintang. Disana ada laut dan pantai. Juga disini ada kau dan dia. (ecece.. Mood kenduri kawin..) (AMARAN:Hanya hubungan yang halal dibenarkan oleh Allah) Tiap satunya dijadikan bersama pasangannya. Sehinggakan kerna adanya kawanlah munculnya lawan. Tiada yang bersendirian termasuk KAMU. Kerna Dia sentiasa ada disitu (ketuk dada ala-ala tarzan ok.. Emmm.. Tp x perlu over) untuk KAMU. 

Dan aku terus memerhati. Dan aku jumpa sesuatu! Ting! (bersinar-sinar...) 

ISLAMIK

Dan aku keliru. Dari mana asalnya. Lantas aku memikirkan di mana pasangannya. 

Andai kawan ada lawan. Siang punya malam. Manakan bisa ia berdiri sendiri. 

Dan aku ketemu jawapannya di dalam al-quran. 

Firman allah

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semuanya kedalam Islam secara kaffah, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya dia itu musuh yang nyata bagimu."
( al-Baqarah 2:208)


Ya! Kerna hanya ada putih dan hitam. 
Jalan Allah atau Jejak langkah syaitan. 

Dan aku kembali memerhati melihat dunia. 

Jika ini lagu ISLAMIK, itu lagu apa..?? 

Jika ini pakaian ISLAMIK, itu pakaian apa...??

Jika ini sekolah ISLAMIK, itu sekolah apa...?? 

Ketuk hati di dalam dada. Lantas nilai kembali diri kita. Sudah cukup ISLAMIK kah diri kita. 

Lagu yang kita dengar, bicara yang kita lafaz, kaki yang melangkah. Adakah kita melakukannya atas jalan Allah...? Atau kita memilih untuk kekal dalam lencongan meninggalkan syurga semakin jauh....? 

Aku berjalan 
Aku melihat 
Dan aku mentafsir

Lantas aku melihat diriku sendiri. Kotor dengan lumpur jahiliyah. Dan aku melangkah ke perigi untuk menyucikan diri. Kalau kamu tanyakan padaku adakah aku sudah suci. Aku tidak bisa menjawab. Tetapi yang pasti aku telah melangkah untuk membersihkan diri dari kejahilan. Anda bila lagi? Ayuh!!

bintang hati


....dia bintang hatiku....

Friday, March 4, 2011

Kicau Burung

Kicau burung memecah sunyi riak pagi. Kicauannya ceria. Zikir mereka kepada Rabbul Jalil yang Maha Mencipta. Mengintai ke jendela melihat aksi comel burung-burung kecil berterbangan. Subhanallah. Maha suci Allah. Yang memegang tiap burung yang terbang tinggi di angkasa raya.

Teringat hadis burung favorite sy tu!
Dari Abu Hurairah radiyallahu’anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Akan masuk syurga suatu kaum, hati mereka seperti hati burung” 
(HR. Muslim)
Lantas seperti apa hati burung itu? Hal ini dijelaskan oleh hadits dari sahabat Umar bin khatab radiyallahu’anhu, bahwasannya beliau mendengar Rosulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang pada waktu petang dengan perut kenyang
Teringat peristiwa kelmarin (banyak nye la teringat atiqah nie.. haih), sedang duduk lepak-lepak sambil minum petang tiba-tiba ayah saya panggil.

"Along! Kamu ada rasa peri kemanusiaan tak?"

(Dalam hati ku menjawab, apasal la plak tiba-tiba je bapak aku ni.. huhuhu.. shhhh.. ni rasia tau..)

Saya pon menjawab,

"Kenapa abah?"

Rupa-rupanya ada seekor burung yang tersangkut pada jaring ikan. Moral of the story, jangan main dekat jaring ikan kay. Hihihi. Bukan berhenti disitu saja. Saya pon (dengan muka konfiden dan selamba) menghampiri burung itu.

Di sana saya perhatikan Si Murai yang meronta-ronta ingin melepaskan diri. Di hujung sana ada seekor kucing yang memandang tajam ke arah Si Murai yang terperangkap. Pandangannya jelas mahu menjadikan Si Murai sebagai santapan makan malamnya. Memegang watak hero, saya pun halau lah kucing itu jauh dari Si Murai. Agar hilang kegundahan yang bersarang dalam hati Si Kecil itu. (Ecece.. bajet hero.. Sila baca sampai habis.. haha)

Kembali menghampiri Si Murai. Kecipan nya tak henti-henti. Seolah-olah meminta bantuan burung-burung lain. Dan sekelip mata ku lihat pelbagai jenis burung terbang berhampiran dengan tempat kejadian. Wah! Subhanallah! (Cuak jugak la. Huhuhu) Seperti hero-hero lain, saya megambil posisi berdiri berhampiran dengan tempat kejadian dengan gaya kakkoi.

"Saya bukan nak bunuh kawan awak!" 
(Baca dengan sedikit menjerit kay. hihi)

Lama ku perhatikan Si Murai di situ. 

(Muka ku da bertukar biruMySpace)

"Abah macam mne nak pegang ni?"

"Pegang je la. Tak de pape"

"Tapi die gerak-gerak. Takut la nak pegang"

(Adegan ini berterusan agak panjang okey. Saya rase dalam hati burung tu mesti dia cakap bila la orang ni nak tolong aku.. huhuhu)

Lantas ayah saya pula menghampiri tempat kejadian mengambil alih watak hero. Dan saya? Tinggal watak heroin je. AlaA.. Boleh la jugak kan. Dan Ayah pon melepaskan burung yang terbelit dengan jaring itu. Saya tolong potong jaring tu je. Huhuhu. Takut punye pasal.

Dan ayah pon melepaskan burung itu terbang. Laju dia mengibaskan sayapnya. Ternyata dia benar-benar ketakutan.

WaA.. Peristiwa yang simple dan penuh makna untuk saya.

Melihat burung yang kesusahan, dan burung lain hanya memerhatikan dari jauh. Megingatkan saya pada saudara-saudara yang ditindas di SANA. Bagaimana keadaan mereka. Kita semua pernah mendengar jeritan mereka. Namun adakah kita seperti burung tadi yang hanya memerhati. Sedangkan orangg Kafir dari jauh memerhati dan menanti masa untuk menerkam. Dimanakah kita?

Muhasabah...

Burung itu meronta-ronta minta dilepaskan. Dan apabila dilepaskan dia terbang laju tanpa sedikit pon dia menoleh ke belakang. Dia terbang dan terus terbang ke daerah yang dirasakan paling selamat olehnya.

Dan begitulah seharusnya kita. Saya, kamu, kita punya sejarah kita. Cerita kita mungkin berbeza. Namun lihat semula dimana kita berdiri pada waktu ini. Allah mengeluarkan kita dari kegelapan dengan cahaya. Lantas dia bawa kita ke satu daerah yang begitu aman dan tenteram. Dan jangan pernah pergi lagi kepada kegelapan itu. Dan biarkan yang telah berlaku itu berlalu. Mulakan hari esok dengan mimpi baru. Melangkahlah menuju Allah.

Tarbiyah Dia buat kita, caranya berbeza tapi tulisannya sempurna. Diuji kita supaya kita kenal apa itu kegelapan dan mula melangkah pada cahaya. Supaya kita kenal kepada jahiliyah dan tidak kekal jahil.

Begitulah cantiknya Dia susun hidupku. Dan kamu, susunannya mungkin berbeda tapi percayalah Allah sentiasa memanggil-manggil kamu menujunya. Makanya sambutlah panggilan itu.

Terima kasih burung.

Alhamdulillah. Peristiwa kecil yang penuh makna. (Walaupon hanya watak heroin...huhu)

Dan burung itu terus terbang dengan hati burung yang sentiasa bertawakal hanya kepada Dia. Dan alunan zikirnya tak pernah henti memuji Yang Maha Esa.

p/s: next time nak try watak hero plak.. yosh! hihihiMySpace

Thursday, March 3, 2011

beri yang TERBAIK

Hari-hari terus berlalu sepi. Tidak semeriah sahabat yang ke jaulah mungkin. Tapi disitulah saya belajar menghargai suasana tarbiyah yang dihangatkan dalam biah solehah. Namun tidak pernah kesepian itu melemahkan langkah saya dalam terus berjuang di jalan ini.

Hari-hari sepi itu saya isi dengan menulusuri perjalanan sirah suci yang penuh dengan pengorbanan. Hari-hari sepi itu saya isi dengan ayat-ayat suci. Agar hati tidak terus mati diulit duniawi. Agar hari sepi itu tidak kekal sepi.

Dan adakalanya saya menonton televisyen. Menonton karenah manusia yang terus mahu itu dan ini tanpa pernah memberi. Tapi lama-kelamaan saya bosan dengan karenah manusia yang ceritanya hampir sama sahaja. Lantas saya beralih melihat harmoninya alam. (channel 5** .. hihi)(oh masih didalam televisyen) Dan disitu saya lihat setiap satu begitu sempurna ciptaannya. Allah hiasi laut dengan binatang yang indah. Allah hidupkan bumi dengan tumbuhan yang subur. Dan Allah aturkan awan begitu sempurna. Subhanallah. Pada setiap inchi bumi ini tergambar jelas kebesaran Allah yang maha Kuasa (nyanyi lagu maher zain skit.. open your eyes.. :p)

Saya menonton rancangan haiwan pemangsa dan disitu saya lihat setiap binatang punya keistimewaannya. Dan keistimewaan itu mereka gelarkan sebagai SIXTH SENSE. (saya pon ada sixth sense tau..hihi).Yu misalnya (ikan yu dengan jerung tu sama x? alaA da x igt ikan mane satu.. laayaaaan je la yer.. huhuhu) punya keupayaan untuk mengesan gelombang elektrik. Sotong kurita boleh meng"hypnosis" minda mangsanya. Dan mereka(bolehkan gune mereka walaupon untuk binatang..hihi) menggunakan seluruh potensi diri mereka untuk mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan makanan. Menggunakan setiap kelebihan yang ada pada mereka untuk menguasai musuh!

Ya, begitulah seharusnya kita. Menggunakan seluruh potensi diri dan memberi yang terbaik untuk islam!

Kerna manusia diciptakan dengan begitu sempurna. Diangkat dengan ruh yang datang dariNya. Makanya kita harus menggunakan seluruh potensi diri yang ada untuk jadi yang TERBAIK.

Adakalanya kita terlalu negatif pada diri sendiri hingga kita takut untuk mencipta perubahan. Mencuba di luar kebiasaan untuk mencungkil segala potensi yang ada adalah sangat penting untuk menjadi individu yang TERBAIK. Adakalanya kita TAKUT untuk mencuba kerna kita takut pada KEGAGALAN. Kegagalan dunia yang dibesar-besarkan oleh mereka yang tak mengenal erti sebenar kegagalan. Kerna kegagalan yang sebenar adalah apabila kita dicampakkan ke neraka jahannam atas segala kelalaian kita pada dunia hingga terlupa pada matlamat penciptaan manusia di muka bumi ini. Tidak mengapa gagal di dunia. Kerna kegagalan itu adalah langkah pertama untuk kita menuju kejayaan yang sebenar. Dan kejayaan apa yang lebih besar selain melihat kalimah Allah tertegak di muka bumi ini? Tidak mahukan kita menjadi batu kukuh yang menyumbang kepada tertegaknya islam? Atau cukupkan sekadar menjadi picisan kecil yang sekadar memberi sumbangan?

Tidak! Kita mahu jadi batu kukuh itu. Tapi bagaimana? Dan disitulah pentingnya usrah dan tarbiyah. Medium bagi mencungkil seluruh potensi diri menjadi logam-logam kukuh bagi menegakkan islam. Kerna kita mehu jadi yang TERBAIK maka kita harus beri yang TERBAIK. Manusia sering lupa. Terlalu mahu untuk menerima hingga terlupa pada undang-undang dunia. Untuk mendapatkan sesuatu kita harus memberi sesuatu. 

Jika kita mahu disayangi kita harus terlebih dahulu menyayangi. Jika kita mahukan harta kita harus melaburkan sebahagiannya. Begitulah juga jika kita mahu manisnya iman kita harus bersedia untuk berkorban. Jika kita mahu punya usrah yang baik kita harus terlebih dahulu menjadi ahli usrah yang baik (err... ibu.. ampunkan anak nakal mu ini...)(da TERtulis.. pas ni kne jadi ank yang baik la nmpknya.. huhu). Kerana what goes around comes around. Kitaran dunia mengikut sunnatullah ketetapan yang Maha Esa. Dan tulisan Allah itu maha Sempurna.

Dan dalam menggunakan potensi diri kurniaan ilahi itu kamu pasti akan diuji. Saat itu balikkan segalanya kembali padaNya. Kerna tidak satu pon yang kamu miliki kerana segala yang kamu sangka kamu punya juga bukan milik kamu sebenarnya. Tetapi segalanya adalah milik Pemilik kepada segala yang ada dilangit di bumi dan seisinya. Apabila dipuji istighfar. Apabila dikeji istighfar. Istighfar lagi dan terus berdoa agar Dia hindarkan kamu dari segala penyakit hati. Kerna kamu, kita hanyalah pemberi peringatan. Dan peringatan yang paling dekat adalah bagi jasad  ini yang memiliki tiap jemari yang dari tadi asyik menekan butang pada papan kekunci ini. (haayoook!! :p)

Akhir kata, gunakan segala potensi diri untuk menjadi yang TERBAIK, untuk memberi yang TERBAIK, lantas layak untuk mendapatkan yang TERBAIK. 

Dan apakah yang lebih baik dari seluruh syurga dan seisinya? Yang keindahannya takkan mampu di gambarkan pada kata-kata.

Ayuh! selongkar seluruh potensi diri kerana tiap antara kita punya SIXTH SENSE dan disitulah terletaknya titik istimewa kita. Geledah! Selongkar! Terjah! Hingga kamu jumpa apa yang kamu suka dan jadikan kesukaan kamu itu sesuatu yang baik untuk kamu persembahkan sebagai amalan kamu yang paling sempurna pada hari kamu dibangkitkan semula. Pada hari kamu bertemu denganNya. 

Kerna mati itu PASTI.

p/s: terima kasih kepada yang sudi melayan sampai habis sy bebel.. hihihi