Thursday, July 14, 2011

Penawar

Riak mentari ceria hari ini. Terang memancarkan sinarnya. Alhamdulillah. Sedikit panas tapi cukup buat memperingatkan kita kehangatan ini tiada taranya dengan kepanasan di mahsyar nanti. Andai di dunia kita lupa. Dan terus lupa. Atas amanah yang telah diberi. Kepanasan ini cukup buat muhasabah diri. Jauh lagi diri ini dari syurga itu. Lantas harus bangun dan terus berlari ke syurga! Kepanasan ini bukan untuk jadi rungutan, tapi buat pedoman setiap antara kita akan azab siksaan Allah yang lebih dahsyat dari panas dunia. Kalau ini pon kita tak daya menahan, masih mahukah kita melakukan dosa. Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa kami.

Panas cuaca hari ini, tidak kurangnya panas membara semangat kami disini. Musim peperiksaan dan peperangan. 

Hari ini ramai yang melangkah ke sekolah dengan pelbagai reaksi. Ada yang terlambat lantas memecut kalah mat rempit. Ada yang mengayuh tenang, sambil menikmati alam. Ada pula yang mengayuh masam, memikirkan masa depan yang kian kelam. Err.. Tak la sampai macam tu kot eEk. Hihi. Begitulah suasana minggu peperiksaan. Pulangnya pula bergantung kepada bagaimana prestasi hari itu. Agak-agak boleh jawab, laju melangkah pulang ke rumah. Tapi kalau x boleh jawab, kayuhnya perlahan. 

Begitulah resmi dunia.

Tapi, percaya atau tidak ada orang yang sentiasa tenang dalam hidupnya. Senyum x pernah lekang dari bibirnya. Air mukanya bercahaya. Melihat susuk kelibatnya sejuk mata memandang. Itulah dia susuk insan yang hatinya dekat dengan Tuhannya. Walau musim apa pon, musim exam, musim durian, musim bunga, wajahnya tetap tenang ceria. Tampak muda dari usianya. 

Nak tahu apa rahsianya?

“..Barangsiapa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala disisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”

Tawakal adalah PENAWAR kepada seluruh kesedihan dunia.

Kesedihan. Kegembiraan. Ketakutan. Kemarahan. Adalah perasaan yang abstrak. 

Ali mungkin marah kalau kamu habiskan ais krim miliknya, tapi abu mungkin tak kisah.

Fatimah mungkin suka kalau kamu berikan bunga kepadanya, tapi zahara mungkin tidak.

Abstrak bukan.

Begitulah Allah ciptakan manusia. Setiap antara kita punya kayu ukur yang kita letakkan pada diri kita. Yang melahirkan perasaan bila kita lihat sesuatu begitu. Dan kayu ukur itu pilihan kita. 

Ada orang meletakkan kayu ukur hidupnya sangat rendah pada dunia. Apabila sesuatu menimpanya akan diniliainya dalam setiap aspek keduniaan. Apa yang orang akan kata. Bagaimana kedudukannya dalam masyarakat. Adakah orang lain akan menerima apa yang berlaku. Dan akhirnya dia kecewa. Kerna sebagaimanapon usahanya, dia pasti tidak mahu memenuhi kehendak manusia. 

Dan ada orang meletakkan kayu ukurnya tinggi. menjadikan pandangannya luas merentas petala langit dan bumi. Meletakkan kayu ukur kesukaannya pada kemahuan Allah, keinginannya pada perintah Allah. Menjadikan kalam Allah sebagai panduan. Melihat dunia dari sisi berbeza dari yang lain. dan kehidupannya tenang. Cukuplah Allah redha. Biarlah seluruh dunia mengata, andai ia benar disisi Allah, pasti itu akan ditegakkan.

Yang mana pilihan anda?

Musim peperiksaan. Ramai yang kecewa. Berwajah sugul dan angin tak semena. Mahukah kalian jika saya tawarkan penawarnya?
TAWAKAL

itulah ubatnya. Meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Yang maha Esa. Menyerahkan seluruh hidup padaNya dan sentiasa percaya, Allah akan menulis yang terbaik untuk kita. Ya! Dia tidak selau memberikan apa yang kita mahu. Tetapi percaya atau tidak, Dia pasti memberi setiap satu yang kita perlu. I believe! Do u believe?

ecece.. nyanyi skit..

Ayuh!
Letakkan pergantungan penuh itu hanya pada Allah
Kerna tawakal adalah penawar
Kepada seluruh kesedihan dunia

Percayalah
Allah telah menulis yang terbaik untukmu
Dan kayu ukur kebaikan itu tidak pada mata manusia biasa
Sebaliknya kebaikan itu pada hati yang sentiasa bertaut pada Tuhannya

Kegagalan
Ada orang rugi
Kerana kecewa dengan kegagalan mereka
Dan beruntunglah mereka yang tetap sabar dan berserah diri atas kegagalan dunia

Kejayaan
Ada yang rugi
Kerana menganggap kejayaan hasil usaha dan titik peluhnya
Dan beruntunglah mereka yang membalikkan kejayaannya pada Tuhannya dan tetap syukur

Sesungguhnya hanya ada satu kebaikan yang pasti
Iaitu syurga
Dan beruntunglah mereka yang mengejar syurga
Dan Sesungguhnya hanya ada satu keburukan yang pasti
Iaitu neraka
Tempat balik orang-orang yang rugi

Alamak.. Err.. terpanjang plak.. Almaklumlah da lama tak menulis. Pena pon dah tumpul.
Yang penting teruskan usaha dan doa. Sebelum exam, semasa exam dan selepas exam. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua! Dan yang TERBAIK itu sudah pastinya SYURGA.

p/s:menghitung detik RAMADHAN..