Thursday, July 30, 2009

kiSah kuPu-kuPu~

SahabAt..
iGt x ms kat SurAu duLu..
pNah ak kOngsikaN kiSah ini bERsamA kamu sEmua..
tAtkaLa kiTer suMer tGh puLun uTk EJU

Meh kiTA uLang baLik..

kiSah kupu-kupU~







Ada Seseorang telah menemukan kepompong seekor kupu kupu.... suatu hari kelihatan sebuah lubang kecil muncul. lalu, dia duduk mengamati dalam beberapa jam menunggu calon kupu kupu itu.

beberapa ketika selepas itu kelihatan kupu kupu itu sedang berjuang dengan memaksakan dirinya melepasi lubang kecil itu.. kemudian kupu kupu itu berhenti daripada meneruskannya.. kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak boleh lebih jauh lagi.. akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya..

dia mengambil sebuah gunting dan memotong sedikit lubang dari kepompong itu.
Kupu kupu tersebut keluar dengan mudahnya..namun dia mempunyai tubuh yang kembung dan kecil, sayap sayapnya berkerut..orang tersebut terus mangamatinya kerana dia mengharap bahawa pada suatu saat sayap sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan terus berkembang seiring dengan berjalannya waktu.

namun.... semuanya tak terjadi.
Kenyataannya.. kupu kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak disekitarnya dengan tubuh yang kembung dan sayap sayapnya yang berkerut.. dia tidak boleh terbang. Sifat baik yang tergesa gesa orang itu menyebabkan dia tidak memahami bahawa kepompong itu merupakan halangan dan perjuangan yang perlu ditempuhi oleh kupu kupu tersebut. lubang kecil kepompong tersebut adalah cara dan jalan tuhan untuk memaksa cecair dalam tubuh kupu kupu tersebut mengalir ke sayap sayapnya. maka dengan cara itulah kupu kupu boleh terbang dan bebas dari kepompong tersebut.

Sebenarnya......
perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.. jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa halangan perjuangan.. itu mungkin akan melumpuhkan kita.. kita mungkin tidak semampu dan sekuat yang sepatutnya yang diperlukan untuk merealisasikan
cita cita dan harapan yang kita impikan.


Tanpa halangan dalam perjuangan Kita mungkin tidak dapat 'terbang'. sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang...



Kita memohon kekuatan dan Tuhan memberi kita kesulitan demi kesulitan untuk membuat kita tegar.

Kita memohon kebijaksanaan dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.

Kita memohon kemakmuran dan Tuhan memberi kita otak dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.


Kita memohon keteguhan hati dan Tuhan memberi bencana dan bahaya untuk diatasi.

Kita memohon cinta dan Tuhan memberi kita orang orang bermasaalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan dan kebaikan hati dan Tuhan memberi kita kesempatan kesempatan yang silih berganti..

begitulah cara Tuhan membimbing kita.
Apakah jika saya tidak memperolehi apa yang saya inginkan.. bererti saya tidak mendapatkan segala yang saya perlukan?..

Kadang Tuhan tidak memberi yang kita minta.. tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.. kebanyakan kita tidak mengerti dan mengenal..
bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan..
padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita..



Sesungguhnya segala yang tersembunyi yang kita tidak tahu...sebaliknya sangat diketahui oleh ALLAH..

"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

hAnAbi taikAi



ku mErindui cAhaYa RabBani Mu~

Sunday, July 26, 2009

Saat-sAaT tErAkHiR Rasulullah S.A.W.



by:Nadzirah Syahirah Johari

Upload vidEo niE daRi faCeboOk... sANgAT mEnyeNtuh haTi...
bEtapa Rasulullah S.A.W. saYaNg kan kiTa semUa...
tApi seJauh maNe kasih SayAng kiTa paDa RAsulullah pulaK?
keTuk hAti tAnyA imAn~


Ya Rasulullah

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu


~Ya Allah.. DorOngLah cinTa kAmi kE jAlan mu~

_____________________________________________________

RaMa-rAmA


__________________________________________________________


Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat beluncas.Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya. Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas satu tempoh,lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya.Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik,dan daripada ulat beluncas yang terselindung,telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

Cara Allah sentiasanya cara terbaik,walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah,percayalah! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan.Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan anda,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.




Duri hari ini…adalah bunga hari esok !
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.








Saturday, July 25, 2009

TeRusLah bErjuANg!!

Bismillah~

Alhamdulillah... bErLalu suDah hAri2 yAng mEndeBarkan... waLaupun pErjuANgan bElom lagi seleSai sbNrnya.. mgGu depAn perjuAngan tTp akN diTeruskAn... eXam kaLi niE rasEnye sGt bErbeZa dGn exAm2 sebElum nie...

paDa hAri kEjadiaN... di sAat haTi dihiMpit keresaHan... tiBa2 "u got mail!" bunyi dari hanseT ku.. dEngan x bRape bErseMangAt mail itu ku baca...

".............. Have faith in urself. When u have faith, confidence will come. Try not to be perfect but to be the best that u can be..............."

waA.. mail tue sampai choudo tyme pas hbs eXAm senKei.. Try not to be perfect but to be the best.. yEs.. i've try my best.. dan walau ap pon kputusannYa nnT.. insyaAllah itu adlh yANg terBaik uTk sayA.. Dia yang Maha mengetahui..

bila hAbis jEr papEr terakhir hari tue.. Raser cAm legA btoL.. tgh2 kayuh2 bAsikAl tetibE teriNgat soAlan daLam kElas tadi.. huih... Nak puJuk diri sEndiri pNy paSaL.. tetiba teriNgat tafsir ayT seribu diNar.. berulang kaLi ayT itu ku baca...

"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
insyaAllah.. ad hikmah di sebalik ap yang berlaku... sePAnjang jAlan daripada dai ke umah ak terfikir... hidup ini jgk satu ujian... kalau nak dibandingkan dgn exam tue apalah sangat... x boleyh jawab exam dengan terlepas solat subuh... (masa tyme summer yang sangat bahaya) そうですよね!apaLah sAngAT x boLayh jaWaB exaM... (daLam nAda memujuk diri sEndiri...)
Alhamdulillah... semakin difikirkan semakin tenang terasa...
iNdaHnyA tawakaL kePaDa mu Ya Allah...
kan Allah ad berfirman
[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
94:1~8
dAn lagi...
[29]
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
[30]
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
[31]
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
76:29~31
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah

Atiqah...
Be sTrong!!
Try not to be perfect but to be the best!!
yeAh!!



Wednesday, July 22, 2009

SeMoGa hAri eSok aKn bErLaLu TeNanG~

BismilLah...

WaA.. nAmpAknyE esOK aDa jAmuaN bEsAr.. hEhe.. 4 pAper sTraight dAri pkL 8:50pg...
yEah! ad eXam 哲学、線形代数、微分積分、and last but not least 日本語。。
sO mLm niE.. sTudY!!!!!



MySpace


AtiQah.. gudlaks dEar! gRab ur sTarS..

mOga hAti yAng kErdiL ini tAbaH..
mOga tuBuh yG LeMah ini kUat meNempuh..
mOga jaLan yAng diLaLui iNi daLam rEdhA Nya...

dOakAn sAya~ (^_^)

Tuesday, July 21, 2009

MatlAmat hidupku pArT 2

Bismillah~
DeaR aTiqAh,



51:55~60


[55]
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
[56]
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
[57]
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
[58]
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
[59]
(Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.
[60]
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

maTlamAt hiduP kiTa uTk bEribAdaH

kAdaNg kaLa diRi ini luPa, kEraP kaLi diRi ini aLpa. Lupa akAn 2 mAtLamAt bEsaR hiduP ini.
segaLanya dah TeRseDia. NikmaT Nya meliMpah ruaH di dePan maTa. bErsyukurkAh aku~

kAt jEpun ni BasikAl pAling sinonim dgN hiduP kiTer kn. SePanJang hAyaT basikAl tue haNya meMbaWa tuAnnya. mAsa muLa2 daPaT basikAl baru tue, mesTi ad mAcam2 bEnde kiTa x tau. mAcam mnE nk gne gEar ke, bila kne pam taYar ke, so kte pon tny la owNer kdi bAsikal tmpt kte bLi basikaL tue. x pon bAceR jEr bukU manuAl bAsikaL tue. dAn ada Satu masA biLa kiTa terLangGar pakuとかobjek tajam laen ke, pAnciTla basikaL tue kan. so, kaLau nk bTol kan bAsikAl yaNg panCit tue kiTa poN usuNg laA basiKal tue pEgi kEdai bAsikaL uTk dipErbetuLkan. waLaupon x lanGgar pape bEnde tAjam, basikaL kiTa jgk bLey pAncit kn.. biLa kiTa x pNah paM taYar diE waLaupon dah kempes~

bEgitu juGak manuSia. Allah ciptakAn kita kaT ats muka buMi nie uTk jadi kHalifah dan BeribaDat kPd Nya.kAlau kiTa x bAca mAnual hidup kiTa (Al-Quran) kiTa mEsti x tau mcm mne kita sepaTutnya gunEkan diRi kiTer nie. DaLam 7:179 firman Allah yang maksudnya :

"
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. "

biLa aD keRosaKan dAlamAn pLak, kiTa cAri tEmpaT utk Baiki. daN ingAtLah Allah adalah sebaik2 TemPat mEngadu. bErtemuLah Allah di dLm soLat mu.seLain tue, teringat firman Allah daLam 10:57 maksudnya:

"
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. "

kAlau kiTer jAraNg servis iMan kiTeR, sedikit2 CahAya itu AkaN jadi mAlap~
jAdi, seLalu la sERvis iMan kiTa suPaya caHaya nyEr mEneraNgi hiDup kiTa daN pErsekiTaraN kiTa..





daLam dodoian duniawi akU seLalu lupA uTk mEn`servis' iManku..

SaHabAt 達、
InGatkAn biLa sAya luPa~



Monday, July 20, 2009

MatlAmat hidupku pArT 1

Bismillah~




2:30~33

maksudnya:

[30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
[31]
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
[32]
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
[33]
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan".


maTlamAt hiduP kiTa seBagai kHalifaH



bErikan akU kekuAtan ya Allah
dALam meLaksanAkan mAtlamat hidupku



kUatKah aku~

kAdAng kAla
tIka diRi dIuji...
tErlamPau mUdah Hati iNi mEnyeraH...
Dek tEbAl nya hiTam dosa Di dAlam Hati..
Tuhanku..
MasIhkh ada Ruang bUat ku di DalaM sYurga Mu yg MeNjadi idAman pEjuaNg Mu
maSih kah diRi inI dIteriMa di Sisi Mu..
tAtkaLa aku diHukum dek KesiLaPan laLu..
aKu Menangis SendirIan
TaNpa SesiaPa disIsi…
SaAt iTu akU sEdar..
bEtaPa hIdup iNi hAnya Satu perSingGahAn
memOhon kEkUatan
kEampunAn
darI Yang Esa…
Ya Allah..
kUatkah aku..
mEnempuh dUgaan Mu ini…

Sunday, July 19, 2009

aPpLe..

cEritA niE pnAh baCa kAt saTu bLog tyMe zAman sEkolaH duLu...
sAngAt suKe cEritA dan MesEJ yang diBawA...!!! fav!!

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang
kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok
epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi
selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.

Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia,
datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya,
aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku
tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa
penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR
TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL
YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP.

KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.

Bonda



anak ku...
walau ke mana anak mama ni merantau
jangan lupa solat 5 waktu
dengan rakaat 24434
yang telah jadi amalan dan pegangan kita orang islam
kerna
bila kamu lupa
bermakna kamu lupa pd pencipta kamu
jangan hairanlah jika Dia juga akan lupakan kamu
solat itu adalah satu2 nya waktu yang paling peribadi
antara kita dengan Pencipta kita
kalau kamu rasa rindu pada Allah
dia juga amat merindu pada kamu
jadi bertemu lah kamu dengan Allah
salam solatmu

pergimu cucuku
sebagai syahid penuntut ilmu
pulangmu pula
pulanglah sebagai pejuang agama dan pencinta Allah
moga kita bertemu lagi
walau di hujung nyawa nenda mu ini..

from:inspirasi bonda tv9

Bismillah~



dEnGan namA mu ya Allah..
Langkah ini ku mulakan..
HadiRnya sekaDar mEngingaT diri..
yang kian hanYut di Bawa aRus duniAwi..
Ya Allah...
jAngan kEluarkan aku dAri nikmat imanmu...
TetapkAnlah hAtiku dalam jaLanmu yaAllah...
Hamba saNgat Lemah~