Sunday, October 31, 2010

Mimpi sang puteri


Termenung sang puteri di jendala

Setia menanti kehadiran sang putera

Ke gerbang cinta yang menjanjikan bahagia

happily ever after


oh! itulah dongengan sang puteri

Namun puteri yang satu ini lain benar mimpinya

Dia berlari meredah duri demi mengejar CINTAnya

Sujudnya pada sepertiga malam

Setia menanti CINTA dari Tuhannya


Dalam sujud itu dia mencari kekuatan

Buat bekal pengembaraannya esok hari

Meneruskan pencarian tanpa henti

Berbekal secangkir doa

dan setitis harapan



Sang puteri terus bermimpi

Ditemukan dengan CINTA ABADI


Adakalanya

Dia merenung langit di balik jendela

Merasai cinta dalam senyuman

Ditemani deru ombak di pantai
Menikmati nikmat dari TuhanNya



Adakalanya

Sang puteri ini menangis sendiri

Menyesali hitamnya semalam


Sang puteri ini punya satu cita yang tinggi

Disaat dia dijemput kembali menemui Tuhannya

Dia pingin benar merasai berada dalam CINTA

CINTA yang sebenar cinta

Bukan dongengan

Bukan juga sandiwara



Allah

Moga sang puteri ini

Diberikan pengakhiran yang baik

Dalam catatan singkatnya di dunia

Amin~
Ada kalanya cinta itu sukar untuk diluah. Walau bukan dengan kata cukuplah ku luahkan dalam setiap doaku padaNya. Hanya Dia sahaja yang mengetahui betapa hati ini sayang. Tapi biarlah cinta itu beku dalam bisuku. Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya. Dan untuk mereka.....

Friday, October 29, 2010

Reset mode

Moga dugaan hari ini membersihkan titik hitam semalam.

Allah
Hanya padamu ku memohon
Kurniakan diri ini
Setitis semangat dan selembar kekuatan
Agar hamba mampu terus melangkah.

Bertahanlah sayang.
Kerna syurga itu mahal harganya.


Muhasabah mode:

Atiqah
Pejam matamu
Tarik nafas panjang
Luruskan niat
Lapangkan hati
Dan
Terus melangkah.

Luv,
Atie

Thursday, October 28, 2010

Meniti hari mencari cinta (BAB 3)

Hikmah sebuah pertemuan

Setelah sekian lama kami tidak bersua, akhirnya hari itu Allah telah mengatur pertemuan antara kami semua. Pertemuan yang hambar bagiku. Bukan kerana kasih itu sudah tiada buat mereka. Dan bukan juga kerana aku tak sayang. Cuma aku buntu waktu. Waktu buatku menilai kembali hitamnya semalam agar aku dapat bangkit membina esok yang ceria.

Tapi sungguh Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Dan disepanjang pertemuan itu sedayaku aku cuba mnegukirkan sekilas senyuman. Walau aku sedar hambarnya dapat dihidu sebahagian antara mereka, tetapi aku tetap diam membisu. Kerna aku kira itu yang terbaik saat itu. Andai aku bersuara, sudah pasti air mata itu akan berjujuran lagi. Aku tak mahu sesiapa risau akan keadaanku. Makanya aku tetap diam.

Pertanyaan demi pertanyaan datang menerpa. Semuanya ku balas dengan senyuman. Dengan harapan senyuman itu sedikit sebanya dapat meredakan kebimbangan di hati mereka.

"kakak, maafkan saya...."

Bisik hati kecilku.

Bila saat perpisahan tiba, aku dapat merasai dakapan erat mereka yang aku rindui. Hampir saja getaran di dalam hati itu mengalirkan titis jernih dimata. Cepat air mata itu aku seka. Sengaja tak mahu aku tonjolkan kesedihan itu pada sesiapa. Biarlah hanya hati ini yang menangis sendiri. Dakapan erat mereka x mampu ku balas. Sekali lagi hati kecilku berbisik.

"kakak, maafkan saya...."

Melihat himmah sahabat lain yang membara mendukung perjalanan dakwah di sini. Sungguh aku cemburu. Namun aku redha dengan ketentuanNya. Kerna aku percaya dan aku pasti pasti ada hikmah disebalik yang terjadi. Dan aku masih mencari dimana hikmahnya.

Ternyata aturan Allah itu adalah yang terbaik. Walau hambarnya pertemuan yang aku rasai, tetapi ada semangat mereka yang sempat aku curi dan ku bawa pulang. Agar aku dapat terus meneruskan perjalananku mencari cinta, dan mengharap maghfirah dari Murabbi Teragung.

"..... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah Maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Al-baqarah,2:216

Jatuh cinta di traffic light


Untuk saya ke sekolah saya akan melintasi 3 traffic light dan setiap kali saya melintasi setiap satu antaranya saya jatuh cinta dengan susunan Allah. huhu.. terasa sangat sweet. Walaupon basikal saya buat ke sekelian kalinya melesap, Allah ubat dengan lampu hijau. hihi

Dan saya jatuh cinta dengan susunan Allah di traffic light itu.

love,
-atie-

keranamu palestina

Bismillahirrahmanirrahim..

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.

(Riwayat Bukhari)

***

KERANAMU PALESTINA diari sebuah perjalanan Poster1

Menyelusuri memori perjalanan berdarah para pejuang yang tak gentar seribu gertakan,

Menyelami coretan suka duka pelayaran membawa seribu harapan,

Dalam hujan peluru dan kepungan rejim zionis angkuh menafikan satu perjuangan.

Buat julung kalinya Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) Jepun bersama Aqsa Syarif membawa anda secara terus menyelami dan menghayati detik-detik pelayaran Mavi Marmara bersama Pengerusi pertubuhan pembelaan Palestin Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yusuf.
Beliau merupakan salah seorang daripada puluhan aktivis-aktivis Mavi Marmara yang utuh memperjuangkan misi kemanusiaan LL4G(Lifeline for Gaza). Beliau juga merupakan saksi lagak angkuh rejim laknatullah zionis tatkala kapal yang dinaiki beliau diserang di tengah-tengah perairan antaranbangsa, di mana sebilangan krew terkorban serta cedera.

Ayuh, selami sendiri

dan hayati perjuangan mereka.

Secara “live” kami bawakan kepada anda

KERANAMU PALESTINA

-diari sebuah perjalanan-

3 November 2010

bertempat di PLAZA WEST, SAITAMA

〒338-0835
さいたま市桜区道場4-3-1
プラザウエスト
さくらホール
access : 2 laluan bas
1. Dari Minami Yono Eki→Saitama Univ→Jalan kaki ke Plaza West.(10minit+15minit)
2. Dari Urawa Eki→Plaza West(20minit)
Cenderamata berupa produk dari Aqsa Syarif menanti anda bagi sesiapa yang mendaftar.
p/s: bagi mereka yang duduk jauh dari Tokyo, jika ingin menaiki kapal terbang, kami mengesyorkan kepada anda untuk mencuba perkhidmatan http://www.skymark.co.jp/ja/

sumber: http://iniceritakita.wordpress.com/

Tuesday, October 26, 2010

Meniti hari mencari cinta (BAB 2)



Epilog



Rindu tenangnya semalam



Menanti cahaya


Ada kalanya ku rebah dalam menanti cahaya. Cahaya itu seolah-olah tidak kunjung tiba. Sebenarnya aku lupa menggerakkan langkah kaki ini menuju cahaya itu. Pengharapan itu takkan sempurna selagi kaki tidak melangkah. Makanya ku katakan pada diriku,


Nur,
Ayunkan langkah kakimu
Teguhkan tumuhatmu


"... Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya. dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah."

Ar Ra'd,13:11

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahanmu."

Asy Syuura,42:30

Di saat itu aku menadah tangan ke langit ilahi.

"Allah..
Hamba redha atas apa yang telah berlaku. Hamba redha jika begini tulisan hidup hamba. Namun hamba pohon Ya Rabb, ampunkanlah hamba. Berikan hamba kesempatan untuk menunaikan janji-janji hamba pada Mu. Lembutkanlah hati hamba ya Allah. Tunjukkan hamba jalan kembali. Hanya pada Mu hamba meminta. Sungguh hanya Engkau yang Maha Mengetahui, yang memegang seisi langit dan bumi dan yang berada di antaranya. Hamba pohon dengan sangat Allah. Ampunilah hamba."

Dalam sendu itu segera kucapai ipod milikku. Sejurus butang play itu ku pasang, lagu "Jika terakhir buatku" nyanyian kumpulan Saujana itu berkumandang.

Jika Terakhir Buatku

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

Setiap bait-bait liriknya menusuk ke kalbuku. Subhanallah. Betapa cantiknya susunan Allah itu.
"Cahaya itu takkan datang pada hati yang tidak mencarinya. Makanya jangan berhenti sayang."

Dengan izin Allah, hati ini masih dahagakan kebenaran. Alhamdulillah..

".. Barang siapa yang menghendaki kebaikan bagi dirinyatentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. Tetapi kamu tidak mampu menempuhi jalan itu kecuali apabila dikehendaki Allah.Sungguh Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana. Dia memasukkan siapa pun yang Dia kehendaki ke dalam rahmatNya. Adapun bagi orang yang zalim disediakanNya azab yang pedih."

Al-Insan, 76:29~30

Monday, October 25, 2010

Langit Biru


wahai langit,

biar aku ceritakan semuanya padamu,

birumu memberi ketenangan untukku,

luasmu melapang dadaku yang sesak,

indahmu menceriakan helaku,

kerna padamu tertulis

tanda kebesaran Ilahi,

tanda kasih sayangNya yang tak terhingga

memayungi seluruh penghuni bumi

menaungi apa yang ada dilangit

dan

meredupkan apa yang ada diantaranya


terima kasih Allah

(^_^)


 sayang,
pandanglah ke langit ilahi
kerna walau dimanapon kita berada
kita tetap dinaungi langit yang sama
Membawa fikrah yang sama
Menuju hala yang sama
Mencari cinta Dia
dan
hanya Dia
Yang Maha Kuasa

Allah,
~Ampunkanlah hamba~

Saturday, October 23, 2010

kes dera

*********
mode kene dera dengan sensei
*************


hihi

oh! perjuangan baru bermula.
Too many things to think!

oh kairo!
kairo=litar

programing

studio set


tapi masih sempat tilawah bersama dan yakiniku!

ready...

adik nakal kami!
get set..

go!!

go lagi!
stew terbaik kak emi!


alhamdulillah~

wink! wink!


Atiqah,
dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi
jangan bersedih hati sayang~

Meniti hari mencari cinta (BAB 1)



Epilog

Rindu tenangnya semalam


Jauh ku merenung ke langit ilahi. Mengenang indahnya semalam. Tidak semena-mena air jernih membasahi pipi. Ya Allah, sudah jauh aku meninggalkan tenangnya semalam. Iphone milikku pula tidak berhenti berbunyi. Mesej dan panggilan dari akhwat-akhwat tersayang sengaja aku biar tanpa balasan. Aku buntu masa buat ku denganNya. Harap-harap mereka mengerti. Dan aku terus merenung ke langit.

Sekali lagi telefonku berbunyi.
Untuk mengelakkan mereka risau panggilan itu ku terima.

"Assalamualaikum nur!"

"Waalaikumsalam akak. Akak apa khabar?"
Jawabku berbasa basi.

Dan perbualan ku teruskan seperti biasa. Gurau senda ku tetap begitu. Cuma mungkin bunyinya sedikit hambar dari biasa.

Aku pingin jadi mentari yang terus menyinar. Biarlah mentari itu menyinar tanpa siapa tahu gelora didalamnya. Kerna semua gelora itu adalah rahsia antara aku dengan Yang Esa. Kerna Dia Maha Mengetahui tanpa ku menzahirkan segalanya.

Thursday, October 21, 2010

Meniti hari mencari cinta (EPILOG)

Semalam hidayahNya pernah menyentuh hatiku. Hingga saat itu tiada lagi air mata yang hendak ditangisi. Getaran dihati hingga menggegarkan seluruh jasad. Membuat langkah penuh himmah. Madah penuh hikmah.

Tapi sungai itu tak selalunya tenang. Saat ini aku diuji. Rintangan yang membuatkan aku jatuh tersungkur. Namun, Perlahan aku mendongak kembali ke langit. Air mataku masih mengalir deras. Longlai seluruh tubuh. Tiada lagi kekuatan yang tinggal. Yang ada hanyalah setitis harapan. Diberi kesudahan yang baik dan pengampunan dari Yang Maha Mengetahui. Dan dengan sedikit kekuatan yang ada. Aku tempuh hari demi hari yang mendatang.

Wednesday, October 20, 2010

emo~



Hari itu

sungguh hati kecil saya menangis

perasaan itu meronta-ronta minta dibebaskan

tapi lidah saya kelu

bibir tetap mengukirkan senyuman

tingkah saya masih begitu


sebolehnya semua ingin saya sembunyikan

kerna melihat riak air muka mereka

terpancar kesedihan

saya pingin jadi matahari yang menyinar ceria

meskipon hati saya bercucuran air mata



Wahai hati

bertahanlah sayang

Andai diizinkan Allah untuk kamu terus disini

Pasti kamu akan terus disini

Andai ditakdirkan langkah kamu tertingkah pada saat itu

Berhentilah seketika

helakan nafas panjangmu

Agar hilang sebak didada

titipkan rintihan mu pada Yang Esa

Kerna sungguh Dia dekat

Wednesday, October 13, 2010

Shhh~

Semenjak dua ni terlalu kerap saya diajukan persoalan ini. "Kenapa senyap je nie. tak sihat ke?" "Kenapa x dengar pon suara atie..?" Dan balasan saya mudah, "saya memang pendiam orangnya. :)

Ya! Saya memang agak pendiam orangnya. X banyak bercakap. Dan kurang bijak dalam bergaul. Saya memang lebih gemar menyendiri. Memang saya betah begitu.

Bila saya diam, mungkin ada sesuatu yang saya fikirkan. PASTI ada sesuatu yang saya fikirkan. :))

Subhanallah.
Kasih Allah itu terlalu besar buat saya. Adakalanya himmah ini jatuh ke paras negatif, namun setiap kali itu Dia anugerahkan saya pelbagai idea untuk jalan dakwah ini buat saya tidak betah duduk diam sendiri. Namun saya tidak nafikan saya masih mencari saya masih menyeru semangat di dalam diri. Mencari dahan buat berpaut. Dimana hati saya. Di mana iman saya. Dimana langkah saya. Dalam diam itu saya terus meminta. Dengan serendah-rendah hati, mengangkat tangan memohon diberi kekuatan.

Ya!
Saya diam bukan bererti saya kalah. Tapi adakalanya manusia buntu waktu buat dia menilai kembali semalam dan membina hari esok.
dan begitu juga saya.

Tuesday, October 5, 2010

Pulau cinta

Perjalanan hidup ini ibarat sebuah pelayaran. Dan dalam x sedar rupanya kapal yang aku naik musnah dilambung ombak. Kini hanya sepotong papan kecil menyelamatkanku. Dan.. Disana aku nampak sebuah pulau. Pulau yang penuh dengan keindahan. Penuh dengan kedamaian. Walaupon perjalanan menuju ke pulau itu masih jauh, aku dapat merasai betapa tenangnya pulau itu. Makanya, aku terus berkayuh menuju ke pulau itu. Semakin lama semakin aku pasti disana ruang yang selamat untukku. Aku lihat rakan-rakan ku juga ada yang telah sampai disitu. Muka mereka tenang. Dan aku lihat keliling, masih ramai juga yang tidak sedar kapal mereka semakin karam. Dan ada juga yang seperti ku, mendayung ke pantai. Semakin aku cuba untuk berenang ke tepian, ombak di muara semakin kuat. Menyebabkan aku kembali jatuh. Hampir lemas. Nasib baik aku sempat berpaut pada kayu-kayu kecil. Nafasku semakin lemah. Kakiku sudah tidak daya berenang. Sayup-sayup, terdengar suara mereka memanggil dari pantai itu. Namun, diri ini semakin tak berdaya....

Allah,
Berikan hamba kesempatan
Merasai tenangnya berada di pulau cinta Mu

********************************************************

Jika Terakhir Buatku

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba