Friday, April 30, 2010

Dearie,

Atiqah,
Ingat tau,

"sesungguhnya engkau akn mendapati rasa berat hati dalam ketaatan kepada Allah pada pertama kalinya. maka pikullah beban berat ini, dan bersabarlah padanya. sampai ketaatan tersebut engkau rasakan menjadi rutin yang dapat dijinakkan. Kerana dalam ketaatan kepada Allah itu ada kelazatan dan kebahagiaan."

MySpace

Saturday, April 17, 2010

Rindu Bersama


Ku rindukan kasihmu kekanda
Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh pun terasa pilu
Tiupan angin kedengaran
Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mempu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari
Kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda
Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agaman setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu
Akanku turuti nasihatmu
Inginku contohi dirimu oh kekanda Pasti kau kecapi bahagia di hari muka
Jasamu kekanda mustahil kulupakan
Dulu, kini hingga ke akhirnya
Dirimu bertakhta di kalbu

kakak....
(T_T)
Doakan adikmu kuat di sini
いろいろありがとう!
Ya Allah..
Aku bersyukur
Mereka adalah hadiah istimewa dariMu
dan keranaMu
Aku sayangkan mereka!


Wednesday, April 14, 2010

Adikku sayang

Adik,
Kakak tahu kamu rindu
Sebab kakak rasa apa yang kamu rasa
Senyuman dia
Telatah dia
Kenakalan dia
Tapi ingatlah sayang,
Kamu perlu kuat
Sbb yg pergi xkn kembali
Dia pergi tglkn seribu pengajaran buat kita yg msih didunia ini
Bahawasanya maut itu x mengenal usia
Jadikanlah setiap detik itu lebih bermakna
Sbg bekal buat kita disana nanti
Setiap kali rindu itu datang
Titipkanlah doa buatnya sayang
Semoga dia tenang
Semoga dia bahagia
Di alam sana
Kerana kita juga bakal menyusulinya
Hanya x tau bila masa nya akan tiba

Adik,
Bersama-sama ini kakak titipkan kekuatan buatmu
Jaga adk2 yg lain

Ya Allah
Berikan kekuatan padaNya
Jagalah mereka
Pegang hati mereka
Agar mereka sentiasa dekat padamu
Sayangi mereka
Kerana hanya Kau sebaik-baik penjaga.

Friday, April 9, 2010

Bersangka baik itu lebih baik

Atiqah,

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu)
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…



(^_^)

Thursday, April 8, 2010

Cahaya Cinta


Paling indah bila orang yang kita sayang juga CINTA pada Allah.

Terima kasih Ya Allah.

Dan kerana itulah

CAHAYA itu buat hati saya berbunga-bunga...
(^_^)



Rasulullah S.A.W bersabda,"Diantara doa Nabi Daud A.S. ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepadaMu cintaMu, dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantar ku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih ku cintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin." Dan bila Rasulullah S.A.W mengingati Nabi Daud A.S. beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.
(Hadith Tirmidzi 3412)

MySpace
Oyasumi!

Wednesday, April 7, 2010

Happy Birthday to me


Dearie my self,
5 April 2010
Kini genaplah 21tahun usia mu,
Segalanya telah kau tempuh,
Berbekal secebis kekuatan dari Nya

moga dengan bertambah nya usia
membuat kau bertambah matang menilai dunia
menjadikan kau lebih kuat menempuhi dugaan
memberikan satu inspirasi baru dalam menyumbang untuk Islam

moga dengan bertambahnya usia
kau lebih gigih dalah beribadah padaNya
kau lebih berusahan dalam pelajaran
kau lebih ceria dalam senyuman
kau lebih tenang mengharungi cabaran

tetapi ingatlah sayang,
bertambahnya usia mendekat kamu pada suatu yang pasti
pengakhiran yang kita sendiri tak tahu bagaimana
tetapi segalanya pasti berlaku

Ya Allah,
Dengan rendah diri
Hamba memohon padaMu
Kau berkatilah usia ku yang telah lalu,
Kau berkatilah usia ku yang mensisa,
Kau ampunkanlah kesalahan ku yang telah lalu,
Kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk ku,
Kerna yang ku cari dalam hidup ini,
Hanya keredhaan dariMu
Kerana Kau sebaik-baik sandaran
Sebaik-baik Pelindung......





Hanami itu tengok bunga

eh ni bukan sakura!


haA.. ni la sakura



kembang sakura menceriakan hari-hari ku!
MySpace




santek kan..
subhanallah.. subhanallah.. subhanallah..

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapa di antaranya yang lebih baik amalnya.
al-kahfi:7

Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
al-qasas:77

Menempuh hidup ni ibarat merentas sebatang sungai,
Ada batu yang nampak stabil,
tapi sebenarnya batu itu licin,
so berhati-hatilah!

(^_^)
apakah? layankan sajer... ngeE~





salam sayang dari bumi sakuraMySpace

sepintas haru yasumi

terbang dari Chiba ke London::Ireland

Perjalanan itu bukan perjalanan biasa
Disebaliknya ada sesuatu yang berat untuk ditanggung
Kerana perjalan itu adalah perjalanan mencari CINTA

...dan...

Walaupon hati itu berat
Tekad telah dipasang
Hati ku kuat menyatakan itu yang terbaik
Langkah itu tetap ku teruskan

Ya Allah..

Terima Kasih kerana memilih hambaMu yang hina ini
Walaupon diri ini penuh dosa
Walaupon hamba hina
Kau tunjukkan hamba jalan
Kau kurniakan hamba teman
Mereka pimpin hamba bangun semula
Mereka tunjukkan hamba di mana cahaya
Ya Allah
Kekalkan ikatan ukhwah kami
Kerna kami sefikrah
Kami ada misi yang sama

Titipan ini istimewa buat teman-teman sejaulah
Dapat mengenali kalian adalah yang terbaik
Terima kasih atas kekuatan
Terima kasih atas sokongan
Terima kasih atas senyuman itu

Walaupon lepas nie da jarang2 dapat ddk bersama
Semoga kita manfaat apa yang kita ada
Untuk menghidupkan nafas CINTA AGUNG itu di bumi sakura ini

insyaAllah







Model kasut (^_^)



Angsa-angsa Dublin



Tenang langit Dublin

Katakanlah, "Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah memulai penciptaan makhlukkemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh Allah maha berkuasa atas segala sesuatu."

Sepintas haru yasumi

Dari chiba ke kumamoto




pergi memetik ichigo(strawberi) ditaman..
bak kate org terbaik dari ladang!!
Y(><)/






menawan puncak Aso
(^_^)/






Rasulullah bersabda ” Tatkala Allah menciptakan bumi,ia bergoyang dan menyentak,lalu Allah menstabilkannya dengan gunung ”
( H.R Ahmad )

..sekian, part 1..