Friday, November 30, 2012

Motivation Up!

words for myself

natsukashii desu ne~
mukashi ha...
sou iu koto wo yoko yatterun desu ne..

jibun ha jibunwo hagemasu

mata yarimashou ka!

ganbare! 
........Atie.......










Selongkar buku-buku lama mencari inspirasi nampaknya..
Maa.. ada banyak lagi.. tapi xleh publish di sini.. :p
catatan lucu yang ntah pape.. hihi
terhibur baca catatan zaman kanak-kanak..

yosh!

...aratamete...
bismillahirrahmanirrahim
Pernah tak rasa stress sampai sakit gigi?? 
Hikhikhik

Tangan buat A.
Otak fikir B.
Hati dok sibuk melayan rasa C.

Kanzen ni tsukareta~

konban mo mata namidano naka ni ka?
Itsuka kono jiki owaru deshou
.......kono namida ha kitto kireina kawani kawaru.......


tq my little baby
itsumo soba ni ite kurete
arigatou!

Thursday, November 29, 2012

Jalan kami

Aku hanya manusia biasa. Dan adakalanya aku cemburu melihat mereka. Bahagia. Lapang. Seronok membina kehidupan. Aku cemburu melihat tawa riang mereka menikmati dunia. Ya! Aku cemburu! 

Dan dalam jatuh naik iman itu aku terus memujuk diriku. Kerna saat pertama kali aku memutuskan untuk memilih jalan ini, Aku tahu aku tidak memilih untuk hidup senang. 

Saat aku menyatakan ini pada dia, dia ceritakan padaku kisah pemilik istana senget di syurga. Sahabat juga pernah punya rasa ragu untuk syahid tetapi keimanan mereka mengatasi segalanya. Dek kerana keraguannya itu istananya condong sebelah. 

Tetapi ya kawan, dia masih punya istana di dalam syurga. Dapat memasuki syuga sahaja sudah cukup buat aku teruja apatah lagi berangan untuk ada istana di dalamnya. Oh alangkah indahnya! Bagi aku cukuplah Allah mengampuni segala kelalaian, kesalahan, dan dosa-dosa yang sekian lama menjadi rahsia hanya antara aku dan Dia. Dalam sujudku aku masih terus memohon Allah putuskan kecintaanku pada dunia hingga aku benar-benar rindu untuk terus sujud padaNya. Ya. Memohon dan terus berdoa. Moga-moga~

Dan dia berpesan lagi. Katanya saat aku mula merasa ragu, resah dan gelisah, banyakkan istighfar moga-moga Allah ampunkan kita atas lintasan hati kita yang masih cinta pada dunia.

Dan aku terus terkulat disitu. Ya masih ada rasa cinta dalam hatiku pada Dunia. Mereka menampakkan dunia terlalu indah. Tetapi hakikatnya dunia hanya persinggahan yang cuma sementara. Entah esok entah lusa kita akan dibawa menghadapNya dengan amal kita dari dunia. Saat itu beruntunglah mereka yang punya ladang amal yang subur dunia. Dan rugilah mereka yang tidak bercucuk tanam dengan amal yang melayakkan mereka ke syurga. Moga aku tidak terkulat saat aku perlu menyerahkan catatan amalanku padaNya. Allah... Moga-moga~

Makanya aku memilih untuk terus berada di atas jalan ini.

Dari dahulu hingga saat ini, telah banyak keinginan, kesukaan yang aku tinggalkan untuk terus berada disini. Jujurnya aku tidak punya simpanan kerana tiada apa yang mampu aku simpan. Dulu pernah ada yang mempersoalkan tentang duit yang mengalir itu, namun aku yakin rezeki itu dari Allah. Jika dibelanjakan untuk Allah, pasti Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Dan saat-saat pedih ketika aku harus memilih untuk tidak memilih dia sebagai pendampingku. Saat aku bersengkang mata, berkejar kesana kemari semata-mata memenuhi tuntutan dan amanah. Tiada siapa yang akan menilai semua ini kecuali Allah. Allah...

Dan ya dihadapan sana masih banyak yang menanti. Semoga Allah berikan kekuatan untuk terus berdiri, andai tidak mampu memacu laju cukup bertatih hingga tiba di destinasi. Dan destinasi penghujung antara dua, dan yang diidamkan manusia seluruhnya hanya satu. Syurga abadi yang dibawahnya mengalir sungai-sungai indah.

Allah telah membeli dari org mukin itu hartanya, bahkan jiwanya. Dan Allah membelinya dengan syurga. Transaksi ini terlalu besar untuk difahami oleh jiwa yang kecil. Makanya hanya jiwa yang besar sahaja mengerti erti dan nilai sebenar transaksi ini. Aku yakin janji Allah itu pasti. Makanya meski dalam naik turun iman itu aku sentiasa mahu tetap thabat disini. Menjadi seorang daei berjiwa besar yang sentiasa mahu mengimpikan syurga bukan dunia yang fana.

Dan semakin aku diuji, semakin itu aku percaya. Pergantungan itu hanya pada Allah. Dan Allah semata-mata.

Jalan ini bukanlah jalan yang terbentang permadani merah. Bukan juga jalan yang ditaburi bunga-bunga mawar yang berbau bungi. Ia tidak menjanjikan glamor hingga bermandi lampu-lampu cahaya lensa. Jalan ini sifatnya jauh, payah. Makanya seorang daei itu nafasnya harus panjanggggg. Ya! Panjang benar.

Gambar nie hadiah dari bidadari kecil saya di kyoto! Wah! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya merindui tanah itu. Moga mereka yang saya tinggalkan di sana akan terus menyuburkan tanah disana sementara saya terus berjuang disini!

Dan beruntunglah mereka yang berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita, dan benarlah Allah dan RasulNya." Dan itu ternyata menambahkan keimanan dan keislaman mereka. Dan di antara mereka ada yang telah menepati janji mereka kepada Allah. Dan diantara mereka ada yang gugur dan ada yang menunggu-nunggu. Dan mereka tidak sedikit pon mengubah janji mereka. Semoga kita tergolong diantara mereka.

Allah
Sungguh sekarang kami benar-benar diuji
Tetapkanlah hati kami
Hingga kami benar-benar beriman
Percaya tanpa ragu

Sungguh hanya Engkaulah yang memegang hati kami
Tetapkan hati kami dalam agamamu~

Wednesday, November 14, 2012

Bahaya bila atiqah sudah mula menulis
Dia tidak lagi bisa berkata-kata

hikhik
yurushite kudasai!

Monday, November 12, 2012

ganbatteru yo!

最近、雨が降ることが多いな〜季節変わるのかねぇ。心の中でも季節が変わりそうで怖いですねぇ。頑張ってるところは十分分かってるけどなんか足りないよ。雨とともに止んでくれるのかなぁ〜

Setiap kali musim bertukar musim, hujang pasti jadi perantara diantara keduanya. 

Dan sepertimana hujan membersihkan daun luruh sebelum salji tiba. Hujan juga membasuh salji yang keras membeku sebelum sakura mengeluarkan putiknya. Kelopak sakura berguguran bersama hujan bagi memberi ruang kepada mentari menyinari daun hijau pada musim panas. Tak lama selepas itu, hujan sekali lagi datang membawa kepanasan pergi digantikan dengan angin dingin. Dan hujan menyaksikan daun kembali menguning. Dan begitulah proses itu berulang. Dan terus berulang. 

Seperti itulah yang berlaku dalam hidupku. 

Perubahan fasa demi fasa dibersihkan oleh hujan yang menghujani hati. Meski tak siapa tahu. Sungguh Allah tahu setiap yang tersembunyi. Sama ada terlafaz oleh kata atau tersimpan seribu bahasa. Dan betapa aku sangat mengerti akan hakikat ini. Namun entah mengapa kesakitan kali ini luar biasa. Mungkin kerana fasa berikutnya akan menyaksikan lebih banyak pergolakan dan cabaran. Sudahkah aku bersedia? 

Aku tahu aku harus bertahan dalam hujan. Kerana hanya tak lama lagi. Hujan itu pasti berhenti. Dan mentari akan terus menyinar. 

Benarlah ini yang aku pinta. Aku cuma perlu sedikit kekuatan untuk mengatasi segalanya. Dan pemilik seluruh kekuatan itu pastinya yang memilik bumi dan langit serta segala isinya. Juga apa yang tersembunyi di bawah bumi dan di atas langit sana. 

Berjalan dan terus berjalan. Dan aku sedar aku tidak sekuat mana. Hanya punya Allah sebagai sandaran. Untuk menyubur kembali harapan. Allah tahu yang terbaik bukan.

(plis end this entry with something that can cheer u up my dear!)

Yes! Begitulah kehidupan. Tidak mudah. Tetapi tidak mustahil. Aku tidak meminta kesenangan dalam hidupku. Cukuplah Allah bekalkan dengan kekuatan kesabaran dan kecukupan. Merasa cukup atas segalanya. Kerana perasaan cukup itu ajaib yang mengakibatkan keajaiban. それはよくわかるけどねぇ〜じゃあ、だから頑張って!2度目はないかもねぇ〜ファイチング!!!

love senget itu seni! :p


Allah
I am fighting so hard with myself
Please ease everything for me Allah
Especially in that thing
I have no one but u


Dalam naik turun iman, jangan sampai terkorban. Definitely not!

Sunday, November 11, 2012

cerita kita


Duhai angin
Sampaikan khabar cinta ini pada mereka
Biar cinta ini terus tersenyum
Biar cinta ini terus berlagu
Biar cinta ini terus mekar mewangi seharumnya
bak bunga yang mekar ditaman
Kan ku kenang cinta kita
sayangku
Kalian kekuatanku
Kalian Semangatku
Redha Allah impian kita
Hati ini disatukanNya
Aku ingin
Aku ingin
Menyulam cinta
Menjahit Rindu
Walau secangkir kasih

Thursday, November 8, 2012

jiwa kena besarrr beb!


Atiqah..
merangkak dalam menyusun semula langkah dalam kehidupan
ya sayang
segalanya memang tidak mudah
tetapi begitulah Allah mengajar kamu untuk berdikari
bangkit dari kekalahan

seorang daei harus besar jiwanya sayang

tidak mahukah kamu menjadi daei yang berjiwa besar?

*********************************************************

Sememangnya kita manusia yang tidak lepas dari sifat manusiawinya kita. Tetapi itu bukan alasan untuk kita selalu beremosi. Di sana dan di sini. Kerana emosi itu harusnya dipandu oleh iman bukannya nafsu yang meronta. Ya sayang Iman. Bagaimana imanmu sayang. Qiammu telah kau bangunkan? Taubatmu telah terlaksana?

Menjadi daei berjiwa besar. Yang tidak cepat melatah kerana emosinya. Yang tidak cepat kecewa lantas kasihnya tidak berbalas. Yang tidak cepat suguh bila ditimpa kegagalan. Yang tidak akan putus asa kerana dia percaya masih ada harapan. Kerana dia membalikkan semuanya pada tuhan.

Saikin aku belajar. 

Daei memang perlu berjiwa besar. 

Bagaimana perlu menghandle emosiku dengan baik. 

Saat otak bercelaru. Masuliyah yang menunggu. Menjadi kakak kepada adik-adiknya. Semuanya menuntut aku untuk deal dengan baik dengan perasaanku.

Dan tanpa sedar, erti hidup pada memberi. Semakin aku hayati. Aku gembira menghibur hatiku begini. Walaupon memang kantoi bagi mesej yang sama pada semua. Siap instagram berturut. Waaaa.. Maafkanlah kakakmu ini yang kekurangan kata. hihihi. Tapi percayalah sayang. Itu ikhlas dariku saat itu untuk kamu semuanya~ 

**********************************************************

hanya Allah yang tahu
apa yang aku hadapi saat ini
dan hanya padanya aku pohon kekuatan
kerana aku percaya
Allah pasti telah susunkan yang terbaik di hadapan sana

**********************************************************

Benar aku tidak kuat
Kerna yang menggerakkan segalanya hanya Dia
Aku bukan siapa-siapa
Semuanya milik Allah
Sedang aku tak punya apa-apa

aku hanya hamba
yang belayar mencari cintaNya
yang baru mengorak langkah untuk kembali memperbaharui cinta


**********************************************************


p/s: moral of the story hari nie... jangan tdur dgn handphone di tangan. nanti terhantar msj yang x sepatutnya dihantar... cuakkk okkey!! huhuhu

ciao~

membebel x tentu hala

Wednesday, November 7, 2012

Suatu masa dulu aku tulis ini untuk dia.
tapi kini..
ini juga adalah kekuatan ku

Dan Allah Maha Tahu
Cara aku menghibur hatiku~




***********************************************************************
INFITAH - Merindukan Jalan Dakwah

Mulailah dengan membaca bismillah
Antara aku, kau dan mereka
Bgai merka yang tengah mengawali aktivitas dakwah
Jangan takut, hilangkan rasa minder
atau canggung sekalipon
karena aku datang untukmu
bagi mereka yang menikmati jalan dakwah
teruskan, teruskan, genggam tanganmu
acungkan keatas ucapkan Allahu akbar!
karena aku selalu bersamamu

Bagi mereka yang lagi lesu berdakwah, iangatlah rehatmu dijalan ini dakwah, maka tetaplah dijalan dakwah, karena the power is you, engkau adalah kekuatan dakwah kami, enkau aset dakwah kami yang paling berharga. Usir iblis kelesuan dari dirimu. 

Bagi mereka yang futur dari jalan dakwah, sebabnya bisa macam-macam, tapi kawan.... masih ada kesempatan kedua, jangan kau sia-siakan. Allah masih mengampuni dosa-dosamu, mungkin kau hanya merasa kelelahan, belum bertemunya kenyataan dan harapan atau lantaran kecewa. Itu semua soal biasa kawan. Kita semua manusia sehingga masih mungkin melakukan salah dan dosa. Jika kesempatan pertama engkau futur, maka masih ada kesempatan kedua. 

tulisan ini untuk kita semua. Aku, kau dan mereka.



***********************************************************************

jalan mana yang kau pilih?

Sesungguhnya hidup manusia berada di persimpangan, yakni jalan kebenaran yang mengantarkan perjumpaannya dengan Sang Maha Pencipta. Adapun Jalan kedua, jalan kesesatan yang akan menjerumuskan ke lubang kesengsaraan, yakni masuk ke neraka. Keduanya ibarat air dan minyak, yang tidak bisa disatukan lagi. 

Sepanjang apa pon perjalanan hidup ini dan seberat apa pun ujian hambatan yang kita lalui, kita harus menegaskan pilihan langkah yang akan ditempuh. Sebagai orang yang beriman tentu dalam mengayuh kehidupan ini tidak melepaskan diri dari skenario perpindahan yang harus kita jalani. Perpindahan dari tradisi jahiliyah menuju treadisi islam. Perpindahan dari maksiat menuju taat. Perpindahan dari belum baik menjadi lebih baik. Kita harus faham tabiat jalan yang akan kita pilih. Kita harus faham juga kemana arah yang paling tepat untuk sampai kepada tujuan. Kita juga harus mengerti sepenuh hati sarana apa yang paling baik, yang membawa kita kepada tujuan perjalanan ini. Tak ada jalan yang plaing tepat untuk ini semua, kecuali jalan dakwah.

Jalan dakwah itu tidak pernah dihadiahkan. Ia diperoleh lantaran ia direbut. Berlomba antara sisi kegagalan dan kesuksesan di jalan dakwah, bak dua mata uang yang saling melengkapi. Mestinya seorang mukmin tidak akan jatuh kedalam lubang yang sama untuk kedua kalinya. Maka kegagalan yang berulang akan mengubah hidup seseorang bila ia bangkit kembali meninggalkan kegagalan menjadi kesuksesan. Mengambil hikmah kegagalan menjadi sarana kesuksesan. Untuk kembali menyusuri jalan dakwah setelah mengenyam masa jahiliyah.

"Barang siapa dianugerahi ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak"
2:169

Lantas, kenapa harus memilih jalan dakwah?

Sesungguhnya jalan-jalan kebaikan yang telah dijalani oleh para salafussaleh itulah jawapannya. Jalan para nabi, yakni menyeru pada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ia adalah satu kewajiban. Kerana tanpanya kewajiban yang ada takkan sempurna. tulah jalan dakwah.


***********************************************************************

Dalam perjalanan dakwah rasulullah, baginda menhadapi masa ujian yang banyak ragamnya. Sejak kecil yatim piatu. Menginjak dewasa, ujian bertambah silih berganti. Satu persatu meninggal dunia. Saat yang sama dalam mengemban dakwah, beliau menghadapi beratnya hambatan, pengingkaran pelecehan, dan kekerasan fisik. Belum lagi ujian dan siksaan kepada pengikutnya dengan berbagai macam bentuknya. Tapi, semua itu tidak pernah mengendor dan membuat ia menarik kakinya dari medan dakwah ini. 

Itulah kesabaran. Kesabaran di jalan dakwah. Sebagaimana kesabaran yang dicontohkan pendahulu Ulul 'Azmi dan para nabi lainnya.

Syeikh al-Mujahid Abu Mush'ab az-Zarqawi berkata tentang keniscayaan meneladani fisabilillah para nabi dan orang-orang saleh, "Kepada semua umat Islam sedarilah... bala ujian adalah sejarah dan kisah yang terus terjadi sejak diturunkannya kalimah la ilaha illallah ke muka bumi. Para nabi dan orang yang jujur imannya silih berganti menerima bala ujian. Demikian juga para pemimpin yang memegang panji-panji tauhid. Siapa saja yang mengkhusyukkan dirinya secara tulus untuk memikul kalimah la ilaha illallah dan membela, serta ingin menegakkannya di muka bumi, ia harus mau menebus status mulia ini dengan mananggung beban-beban berat, iaitu kesusahpayahan, keletihan, dan bala ujian."

Pertanyaannya di mana posisi kita.

Jalan ini adalah jalan yang Nabi Adam AS dan para pewarisnya yang harus menanggung kelelahan dalam menempuhnya. Karena jalan ini pula, Nabi Nuh AS mengisi hidupnya penuh derai air mata. Disebabkan jalan ini al-Kahlil, Ibrahim AS dilemparkan kedalam api. Nabi Ismail AS harus rela ditelentangkan untuk disembelih. Nabi Yusuf As rela dijual sebagai budak dengan harga murah dan mendekam di penjara bertahun-tahun. Nabi Zakaria AS digergaji tubuhnya. Nabi Yahya AS disembelih. Nabi Ayyub AS mengulat melawan penyakit. Nabi Dawud AS menangis melebihi kebiasaan manusia biasa. Nabi Isa AS dipaksa hidup dalam keterasingan. Dan Nabu Muhammad SAW sendiri harus hidup akrab dengan kemiskinan, penindasan, dan berbagai intimidasi. Sementara, apakah engkau akan bersenang lenang dalam kelalaian dan senda gurau?!



***********************************************************************

ganbarimashou!!!

Allah pasti telah menulis yang terbaik untuk kita

Pena telah diangkat

Dakwat telah pon kering

Walau apa pon terjadi

Ayuh balikkan pada Allah

"Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah bersar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak akan menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka dijalan Allah, dan tidak akan lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar." 3:146


***********************************************************************

Tuesday, November 6, 2012


Aku mencari kerehatan dalam sujudku padaMu.
Allah
Putuskan aku dari dunia dalam sujudku padaMu.
Satukan aku dengan solatku
Mencari redhaMu
itsu made naite ii nano

kokoro ittai

ittakatta

tsuyokunaiyo watashi

demo ganbarimasu~

naiteitemo

arukimasu~

......Allah.....
Allah

Make me strong

Cinderella mission complete!

Now

Seorang adik harus membesar menjadi seorang kakak

berdiri di atas kakinya sendiri

bukan bererti mereka tak sayang

tapi hidup memang begini

Yosh!

Bismillahirrahmanirrahim

mulakan langkah

******************************************

tak selamanya bahasa bisa bercerita

adakalanya sepi lebih memahami

masa

bawa aku pergi

*******************************************

i've choose my way!

semoga Allah redha

bukan senang yang aku cari