Thursday, July 29, 2010

Atiqah..
Pujuklah hati mu
..Kembalilah sayang..

Wednesday, July 28, 2010

Lelah

.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.
Bertahan Atiqah!
..Perjuangan belum selesai lagi..
Next is


Yosh!!

::lagu tema malam nie::



Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah
duri jadi mawar
cuka jadi anggur
sedih jadi riang
amarah jadi ramah
musibah jadi muhibah
.
.
.
itulah cinta

"quoted dr akk harimau kumbang"

(^_^)

mari teruskan perjalanan Atiqah!



Sunday, July 25, 2010

Langkah melangkah

Allah..
Sungguh hamba tak tahu
Apa yang tertulis untuk hamba
Sungguh hamba tak tahu
Langkah mana yang menjadi pilihan hamba
Tapi hamba percaya
Dan hamba redha
atas setiap apa yang tertulis buat hamba

Bersama-sama redha itu
Hamba kepilkan secebis kekuatan yang ada
Kekuatan anugerah Mu itu
Menemani setiap langkah hamba menuju Mu
Bersama-sama redha itu
Hamba titipkan sebuah keringat
Sedaya hamba, hamba akan terus melangkah
untuk Mu
kepada Mu
dan
Kerna Mu

Allah..
Andai tiba waktu itu
Titipkanlah semangat buat hamba
Tiupkanlah kesedaran dalam hati hamba
Kerna pahitnya semalam tak mahu hamba ulang
Kerna duka semalam telah hamba tinggalkan

Allah
Dalam setiap langkah hamba
Yang hamba harapkan hanyalah redha Mu
Yang hamba pohon hanyalah keampunan Mu

Hamba tak tahu pada siapa harus hamba luahkan. Tapi hamba percaya. Kau akan datangkan pertolongan itu dari jalan yang tak hamba duga. Hanya Allah sebaik-baik penjaga, sebaik baik pelindung.

Catatan memori al-fil

Thursday, July 22, 2010

Jangan Bersedih

Tadi masa dalam kelas statistic saya susun jadual untuk 2 minggu nie. Subhanallah. Mohon Allah permudahkan untuk saya, dan untuk kami.
(T_T)

Lepas habis kelas, melangkah keluar lemah. Menuju "kereta spot" silver milik saya. Sebelum kayuhan itu saya mulakan, pasang ipod cadangnya nak dengar sambil memandu. :p
.
.
.
PLAY



*****************************************
Dunia ini masih seluas yang kau impikan
Tak perlu kau simpan luka itu
Sedalam yang kau rasa

Memang ada waktu
Agar kau bisa kembali semula
Percayalah padaku
Kita kan bisa melewatinya

Jangan bersedih oh kawanku
Aku masih ada di sini
Semua pasti kan berlalu
Aku kan selalu bersamamu

Jalan hidup tak selamanya indah
Ada suka ada duka
Jalani semua yang kau rasakan
kita pasti bisa

********************************

Yes atiqah! Jangan bersedih ye. I'll always be there for you. Zutto kokoni iru kara, daijoubu! Saya sentiasa akan ada diri saya untuk support saya.

Terima Kasih Allah
(^_^)

Tuesday, July 20, 2010

terus melangkah

Adik,


مَنْ يُرِدِ اللّهُ بِهِ خَيْراً يُفَقّهْهُ فِي الدّينِ

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”


teruskan langkahmu sayang
mencari apa yang adik cari
kerna kakak yakin
kamu akan ketemu CAHAYA itu
Pabila tiba masanya nanti


“Allahumma nawwir qulubana binuri hidayatik, kama nawwartal Ardha binurisy syamsik, abadan, abada birahmatika ya Arhamar Rahimin…..”

Ya Allah terangilah hati-hati kami ini dengan cahaya hidayahMu
seperti Engkau terangi dunia ini dengan cahaya matahariMu
buat selama-lamanya dengan rahmatMu
Wahai Pengasih paling mengasihani antara semua pengasih…


Semoga Allah menyayangimu sayang



salam sayang fillah,
-k.AtiEq-

試験だ!!shiken ! !

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, hamba mula menghitung hari untuk kembali ke tanah air. Oh x sabarnya! hihi.. Terasa rindu benar pada kanak-kanak riang kat rumah tu. Tapi sebelum hamba pulang ke tanah air, hamba ada perjuangan yang lebih besar lagi di bumi sakura ini. Berpedangkan dengan pen dan marker milik hamba, ber"bullet"kan dangan kata-kata hamba. Walaupon bullet x berapa power. Maklumla bahasa jepon msh merangkak. huhu..

Bezanya hamba dengan sahabat-sahabat hamba di sini, medan hamba lebih kepada presentation dan projek. Kalau sahabat-sahabat lain sibuk menelaah dimeja masing-masing, hamba juga tidak ketinggalan sibuk melakar itu dan ini. Perjuangan pertama hamba akan bermula x lama lagi.
بسم الله الرحمن الرحيم
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, Dan mudahkanlah bagiku, tugasku, Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku"
( Surah Taha : 25 -27 )


Salam imtihan buat sahabat-sahabat yang akan menempuh peperiksaan. Moga Allah berkati dan meredhai usaha kita. Kerna bukan kejayaan dunia yang kita cari. Kita ada impian yang lebih besar kan. (^_^)

Suka hamba memetik kata-kata Syeikh Abu Said al-Kharraz ini. "Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu adalah sikap yang bodoh dan terpedaya. Menyerah kpd Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal saleh."

"Pengharapan tanpa usaha itu adalah angan-angan kosong"
(^_^)

頑張りましょう!!

Monday, July 19, 2010

Kayuh petang

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Hari ini sekali lagi hamba membawa langkah hamba menuju ke taman. Entah kenapa hamba suka bersendirian ditaman. Melihat langit biru. Disapa similir angin lalu. Hamba rasa lebih dekat dengan Nya. Duduk dikerusi itu bertemankan ais krim dan ipod. Sengaja hamba biarkan lagu itu berputar dalam mode shuffle. Biar lagu itu berputar bukan atas ketentuan hamba.

Petang itu hamba biarkan diri hamba dibawa semilir angin. Ke satu daerah dimana hanya ada hamba. Hamba biarkan diri hamba bersatu dengan lagu-lagu itu. Petang itu. Hamba rasa begitu sayu. Bait-bait kata dalam lagu itu begitu menyentuh hati hamba.

Allah..

Biarlah hanya lagu itu yang menzahirkan tiap suara hati hamba. Kerna jika ingin diluah pon tidak ada kata yang dapat hamba ungkapkan. Biarlah air mata itu jadi saksi betapa hamba sangat berharap.

Hamba mendamba cinta Mu tapi terkadang hamba tidak setia.
Hamba memohon keampunan Mu tapi hamba kerap kali memungkiri janji hamba.

Allah...



****************************

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah Mu

*****************************************



**********************************

Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

******************************************
Langit semakin merah memaksa hamba pulang. Kayuh hamba perlahan.



..Allah..

Sunday, July 18, 2010

pelayaran

Andai laut itu hilang geloranya,

pelayaran kita juga akan terhenti,

makanya belayarlah meskipon dalam gelora itu.

jalan itu panjang lagi berduri,

tapi disana ada syurga menanti.

harus kuat!

coretan hamba



Semakin waktu itu berlalu
Masanya semakin tiba
Tiap kali mata ini terjaga dari tidur
Tiap kali itu hamba berharap
Dititipkan Kekuatan
Ditetapkan hati atas kebenaran

Ya Allah
Bantulah hamba
Tunjuki hamba jalan keluar
Hamba terlalu lemah

Hari itu pasti tiba
Sama ada menang atau tewas
Hamba juga x pasti
Dada hamba sakit menahan sebak
Air mata itu tetap mengalir memohon kekuatan
Hamba mengangkat tangan menadah harap
Memohon bantuan mu Ya Rab

Kerna di situ
Hamba pertaruhkan langkah hamba selepas ini

takkan hamba mengalah sebelum berjuang
Selagi daya akan hamba pertahankan

Ya Allah
Hanya padaMu hamba mengadu

Mungkinkah hamba akan terus melangkah di sini
Hamba juga x pasti



"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi" (surah ali-Imran : 8)


Thursday, July 15, 2010

senyumlah


Ajarkan saya senyum
....
....
....
kerna hidup ini menuntut pengorbanan dan saya sudah bersedia untuk berkorban dan terkorban

Wednesday, July 14, 2010

Kembara hamba

Hamba menulis disini bukan untuk sesiapa
Tiap bait hanya sekadar untuk mengingatkan diri hamba semata-mata

Pada diri hamba ada satu perjuangan yang besar
Pada diri hamba ada satu impian

Hamba hanyalah insan yang lemah
Yang terlalu sering terleka
Terlalu mudah terngadah

Hamba bukan insan terbaik
Untuk mengarah itu ini kepada sesiapa
Hamba juga tidak betah
Mengatakan itu benar dan ini salah

Di sini tempat hamba melakar memori
Di sini tempat hamba meluah rasa
Di sini tempat hamba mencari cinta
Saat hamba menangis
Hamba biarkan air mata itu membanjiri ruang ini
Saat tawa menemani hamba
Hamba hiasi ruang ini dengan bunga-bunga

Andai ada lakaran di sini yang mengguris sesiapa
Sungguh hamba pohon kemaafan atas sgl kelemahan

Hamba masih bertatih
Mencari pegangan memulakan langkah
Membasuh titik-titik jahil
Menanam benih-benih iman
Menyiram bunga-bunga amal

Terkadang hamba jatuh
Pimpin hamba
Bangun kembali

Kadang kala langkah hamba pincang
Tegur hamba
Bawa hamba kembali padaNya

Ada kalanya luka lama berdarah kembali
Ubati hamba dengan ayat-ayatNya
Yakinkan hamba pada janji-janjiNya

Hamba insan yang penuh kekhilafan
Kembara hamba baru bermula
Kembara hamba mencari cinta
Mengharap redha yang Esa

-hikari-

Tuesday, July 13, 2010

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
42:30

Ya Allah,
Tunjukkan atiqah jalannya,
Ampunkan dosaku ya rabb
hanya Engkau Maha yang Mengetahui

Monday, July 12, 2010

when i get older

Kakak
Jangan kau risau
Adikmu ini x pape

Terkadang apa yang bersarang dihati sukar diungkaikan
Namun jangan kau gundah
Kerana adikmu ini sedang belajar menjadi lebih dewasa
Membesar dalam cinta
Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Membesar dalam kasihmu
adikmu ini akan terus melangkah
kerna dia yakin
Allah telah hantarkan kepada
seorang murabbi terbaik untuknya
dan dengan itu
dia akan terus melangkah


When i get older
I will be strongger

(^_^)//


MySpace

.
.
.

Ada satu kisah,

Dimana seorang isteri yang sarat mengandung menghantar msj kpd suaminya berbunyi.


"Doakan saya selamat melahirkan yer."

tapi,

suaminya membalas

"Tidak. Mintalah terus pada Allah."

Dan diakhir tulisannya suaminya itu dia menyatakan, dia mahu isterinya meminta terus kepadaNYA, meletakkan sepenuh pergantungan pada Yang Maha Esa.
dan katanya lagi, tak mungkin seorang suami tidak berdoa untuk isterinya.

eh??!!
kenapa tiba-tiba masuk cerita suami isteri nie?
.
.
.
.

Entah kenapa artikel itu begitu bermakna buat saya.
Kebergantungan hati pada Allah.
Kenapa masih perlu disandarkan pada makhluk
sedangkan Allah itu Maha Pemurah
Mintalah pada Dia Atiqah
Kamu takkan kecewa.

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir" (surah Yusuf :87)

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi" (surah ali-Imran : 8)

Saturday, July 10, 2010



Kecintaan pada Allah itu terwujud pada seorang hamba yg meninggalkan hawa nafsu, ia berhubungan dgn zikir pada Tuhannya, ia memandang Allah dgn hatinya. Apabila ia berbicara, maka ia berbicara dgn Allah. Apabila ia berbincang, ia berbincang tentang Allah. Apabila ia bergerak, maka ia bergerak kerana perintah Allah. Apabila ia diam, maka ia diam bersama Allah. Jadi, dia DENGAN ALLAH, UNTUK ALLAH dan BERSAMA ALLAH.”
-al-Junaid al-Baghdadi

wahai hati, jangan tunduk pada amarah mu, Allah bersama2 org yg sabar (^_^)

Tuesday, July 6, 2010

RINDU MODE

Manisnya ukhwah bila kita sandarkan cinta itu keranaNya


Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan diantara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

8:63

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


p/s: akhirnya.. dapat gak makan laksa!! haha.. walaupon x sesedap air tgn ibu, jadi laA.. (^_^)//

Mengomel sendiri

Kakak,
Sebenarnya dalam hati ini
Ada sesuatu yang ingin diluah

Namun rasa itu tak terluah dengan kata-kata

Dibahu ini ada beban yang tak tertanggung

Dalam hati puas bicara sendiri

Apa yang harus ku lakukan

Ingin benar ku luah padamu

Namun perasaan itu terhenti

Tatkala aku melihat mereka

Mereka lebih memerlukanmu

Riak wajah mereka yang mendanbakan kasihmu

Lalu ku putuskan untuk memendamkannya

Dan ku berdoa pada yang Esa


Ya Allah,

Berikan Atiqah kekuatan

Berikan Atiqah jalan keluar

Dorongkan hati ini ke jalanNya yang sebenar


Walaupon berat

Demi CINTA itu sanggup ku pikul

Walaupon sukar

Demi CINTA itu pasti ku tempuh



Kerana aku sudah tidak mahu menangisi dosa yang sama buat kesekian kalinya


Ya Allah

Berikan Atiqah kekuatan

Friday, July 2, 2010

Puteri tersayang

Mereka adlh kekasih hati saya
(^_^)


Kami memohon kepada Pemegang hati
Sentuhlah hati dengan cahayaMu
Hiaskan talian hati kami
Tuntun hati kami dalam jalanMu.


Thursday, July 1, 2010

awak....

Awak,

Sebenarnye kan awak,
Bila Allah tarik satu kasih sayang dari kita
.
.
.
Kita x sedar
.
.
.
Sebenarnya dia kurniakan kita beribu-ribu hati lain yang menyayangi kita

La Tahzan ya ukhti

Kami ada di sini untuk mu

*************************

Hidup adalah satu ujian
Setiap kesukaran yang dihadapi dengan tabah
Akan melayakkan diri untuk semakin hampir kepada Allah swt

“ dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : "Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung". (at-taubah:128~129)