Monday, November 30, 2009

kisah sebatang pen

Bismillah..

Sebelum tdur, saya nak share sesuatu utk diri saya dan sahabat2..
Analogi sebatang pen..

Katakan la kita ada sebatang pen. Then kita nak gunakan pen itu utk gamtung frame gambar kat dinding. kiTa pon dengan penuh usaha dang semangat nye ketuk pen tue kat dinding. Apa agknya akn terjadi pada pen tersebut?? tentulah pen tue akn rosak kan.. bila da rosak mesti la kita buang pen tue dalam tong sampah kan.. Bila pen tue da dibuang dalam tong sampah, pen tue bukan lagi pen, tapi kita panggil sampah. Btol x?

Begitu lah jugak kehidupan kita.

Pen itu dicipta ats dasar satu tugas khas. Berkhidmat utk menulis. Tapi kalau kita salah gunakan pen tersebut pen tue jadi sampah.

Allah ciptakan kita semua ats satu tugas khas. Ingat lagi x ap tugas kita tue??
jadi kalau kita salah gunakan hidup kita, memesongkan matlamat awal hidup kita, nnt hidup kita jadi x berguna. Xnk jadi sampah masyarakat kan??

Atiqah,
Juga semua pembaca,
Renungkan kembali apa sebenarnya matlamat hidup kita.
Moga Allah berikan kita hidayah petunjuk bagi membezakan yang hak dan yang batil~
.:aminN:.

Saturday, November 28, 2009

Hikari

Bismillah..

Ukhti,MySpace

Mari kita petik kata-kata Imam Syahid Al-Banna;

"Di setiap kota itu ada penjana tenaga elektrik, Para pegawai memamsang kabel dan pencawang di seluruh kota, dan setelah itu aliran elektrik itu dialirkan ke setiap rumah dan setiap kawasan. Jika aliran itu kita hentikan dari pusat janaannya, niscaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita. Sedangkan sebenarnya ketika tenaga elektrik itu ada, ada sahaja tenaga yang disia-siakan. "

Demikian juga Firman Allah;

"Sesunggubnya telah datang kepada kalian cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keridhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itupula) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus."

(Al-Maidah: 15-16)





Al-quran adalah pembangkit tenaga kita orang muslim.
Dan tugas Pegawai elektrik itu adalah tugas kita sebagai daie, memastikan kekuatan dari sumber itu sampai kepada setiap hati-hati agar cahaya Nya akan terus bersinar dan menerangi kawasan sekitarnya.

Untuk memiliki cahaya itu, berusahalah ukhti.

Sumbernya sudah terang dan nyata. Capailah bintangmu itu.MySpace

Atiqah,
Pujuklah hatimu agar sentiasa dekat dengan Nya. Kuatkan hati mu dengan ayat-ayatNya. Ingat pada janji-janji Nya.

Hanya Dia lah sumber kekuatan kita
♥♥♥

MySpace
Selamat malam Atiqah. Selamat malam semua. Semoga esok datang dengan cahaya yang terus bersinar.

Friday, November 27, 2009

Muhasabah cintaku

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


ku korbankan cinta ku demi mengejar CINTA MU

Selamat hari Raya Aidil Adha buat keluarga di Malaysia, teman-teman sahabat handai, serta seluruh muslimin dan muslimat.
Teruslah berkorban demi cinta yang hakiki itu..

~kejor Yob KeJor~

Tuesday, November 24, 2009

Apa kata hati

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman - dalam Hadis Qudsi: "Barangsiapa yang
memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahukan padanya bahawa ia akan Kuperangi -
Kumusuhi. Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan sesuatu yang amat
Kucintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Kuwajibkan padanya.
Tidaklah seseorang hambaKu itu mendekat padaKu dengan melakukan hal-hal yang sunnah,
sehingga akhirnya Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah
telinganya yang ia pakai untuk mendengarkan, Akulah matanya yang ia pakai untuk melihat,
Akulah tangannya yang ia pakai untuk mengambil dan Aku pulalah kakinya yang ia pakai
untuk berjalan. Jikalau ia meminta sesuatu padaKu, pasti Kuberi dan jikalau ia mohon
perlindungan padaKu, pasti Kulindungi." (Riwayat Imam Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Jikalau Allah Ta'ala itu mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril untuk
memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu - hai Jibril - si
Fulan itu. Jibril lalu mencintainya, kemudian ia mengundang kepada seluruh penghuni langit
memberitahukan bahawa Allah mencintai si Fulan, maka cintailah olehmu semua - hai
penghuni-penghuni langit - si Fulan itu. Para penghuni langitpun lalu mencintainya. Setelah
itu diletakkanlah penerimaan baginya - yang dimaksudkan ialah kecintaan padanya - di
kalangan penghuni bumi."

Semoga kita sama-sama dapat mencari cintaNya. cinta yang tidak bersyarat tetapi masin berbalas.

Thursday, November 19, 2009

Darul Taqwa

Bismillah~
Ada sebuah kisah untuk dikongsikan
moga mimpi ini menjadi nyata..
kerana dari mimpi lahirnya harapan..
Dan dari harapan lahirnya tindakan..
insyaAllah..


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr. Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.

Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum… .Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal. Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…"

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas …Lega. Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangny a. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…"

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah…. " Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.

"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.

"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang?" tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr. Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.

Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit …malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana" Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita….Oh…" keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya… . saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.
"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan … berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….," kata pelayan itu lagi.

"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri?

Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.

"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya… .."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.

"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma."

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA. Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.

Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr. Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.

"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit anak-anak muda sekarang…"

"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a… "Eh …ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema
…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta…….
stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …"

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan `MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar.

"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya…"

"Habis, mereka mahu apa?"

"Mereka mahu Islam, Datuk!"

"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

wallahualam~

Tuesday, November 17, 2009

S.A.B.A.R.

Bismillah~



"Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kepadamu semua, sehingga Kami dapat mengetahui siapa di antara engkau semua itu yang benar-benar berjihad dan siapa pula orang-orang yang bersabar."

(Muhammad: 31)


Hati yang sedang di uji ini sedang rindu. Rindu pada kelapangan.

Ya ALlah, berikan hati ini kekuatan untuk melaksanakan tugas ku sebagai siswi juga tugas utama ku sebagai hamba kepada Mu. Sesungguhnya hati ini amat lemah. Kerana dalam kesibukan itu aku sering lupa.


PRESENTATION!! YOSH!! 頑張ります


"Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.”


Semoga Allah permudahkan perjalananmu Atiqah!

Wednesday, November 11, 2009

sampaikanlah...


visit here...
http://www.isuramu.com/

「私たちは、創造主ゆえに全ての創造されたものを愛する。」


Monday, November 2, 2009

Kisah tukang gunting rambut

Pada suatu hari, seorang pemuda bergi ke kedai gunting rambut. Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu tentang banyak perkara dan tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.

“Saya tidak percaya kewujudan tuhan.” Kata tukang gunting rambut.

“Kenapa awak kata begitu?” Tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.

“Mudah saja. Saudara keluar dari kedai ini, perhatikan di jalan dan saudara bersetuju dengan saya. Sekiranya Tuhan wujud, kenapa ada orang yang sakit? Kenapa ada anak-anak yang terbiar? Sekiranya benar Tuhan wujud, pasti tidak ada kesengsaraan. Saya yakin Tuhan tidak membiarkan sahaja perkara sedemikian.”

Pemuda itu senyap sahaja kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.

Selepas itu, pemuda itu meninggalkan kedai gunting rambut. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki di jalanan yang kusut masai. Rambutnya panjang dan tidak terurus.

Pemuda itu kembali masuk ke kedai gunting rambut tadi. “Awak tahu sesuatu? Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!”

“Eh, bagaimana pula?” Tanya tukang gunting rambut itu. “Saya seorang tukang gunting rambut dan saya ada di sini!”

“Tidak! Mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud, sudah tentu tidak ada manusia yang berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu.”

“Ah, begitu rupanya. Habis, mereka tidak dating mencari saya.”

“Tepat sekali!” jawab pemuda itu dengan senyuman. “Tuhan memang wujud cuma manusia yang tidak berusaha mencari Nya. Sebab itulah wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ini.”

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

10:44

Man ana


Man arafa nafsahu, faqad arafa rabbuhu.
Siapa yang kenal dirinya akan kenal Tuhannya.

::you are never alone::

Aku dan Design

Assalamualaikum..

waA.. da lama saya tinggalkan blog nie.. semenjak dua nie agk sibuk skit.. x sempat nk memegang lap top kesayangan nie..

Next week ader mid term presentation utk product design.. berdebar2? x jugak... cuma x bersedia... mungkin ada org kater.. amik design senang nak pass.. x banyak exam.. just presentation jer.. lukis2... huhu.. dengar org laen cakap macam tue.. barat sungguh raser di hati.. selama nie... bergelen2 air mata ini jatuh setiap kali nk menyiapkan setiap tugasan yang sensei bagi.. "dah nama pon belajar.. pasti banyak rintangan nye.. keep going dear!"bisik hati ini menguatkan hati yang semakin layu...

dan setiap kali semangat itu hilang, ayt2 dari Nya menguatkan hati ini utk terus berjuang.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) Nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Design x semudah yang difikirkan.. Design perlukan imaginasi, ilham, dan kasih sayang... Imaginasi utk membentuk dunia bagaimana yang kita inginkan... ilham itu pula datang dari Allah.. ilaham itu adalah petunjuk yang membawa perubahan pada hidup kita... dan kasih sayang.. tindakan tanpa kasih sayang akn menyebabkan kemusnahan..

Ramai yang bertanya.. "kenapa amik design? minat? ader kerja ke nanti? Nie mesti pandai lukis nie..." huh.. itu bukan soalnya kenapa saya amik course nie.. just following my heart.. n keep following my heart.. saya percaya dan sentiasa berdoa Allah kurniakan yang terbaik untuk saya.. saya hidup atas kasih sayang Nya..

Dan atas kasih sayang itu saya akan terus hidup melakar jejak kasih sayang itu di atas bumi ini.. Memandang ke langit mencari inspirasi untuk terus mendesign. Menyerakkan kasih sayang Nya itu disebalik setiap lakaran... Dan saya akan terus berjuang...


My eyes couldn't see You

but

My heart could feel Your love

My breath could sense Your care

::Thank you Allah::


..Keep following my heart..