proses membawa manusia kepada Allah itu perlu bermula dari bawah
kerana tanpa tunjang tauhid yang kukuh
imannya kelak pasti goyah
prosesnya panjang, lama, dan penuh onak ranjau dan cabaran
perlu dimulai dengan titik permulaan yang betul
kerana jika salah langkah bermula destinasi akhirnya pasti beda
ya benar
jalannya memang banyak
tetapi dalam setiap wasilah yang kita pilih
ukur dengan iman
jangan ikut kesukaan
ingat
nilai dengan iman
bukan ketaksuban
manusia
sesiapa pon melakukan kesalahan
tetapi beruntunglah orang yang salah
lantas dia istighfar kembali pada tuhan
tetapi ramai yang salah
sombong dalam kesamaran
lupa balik pada tuhan
untung jadi orang beriman
yang mana dia ada Allah sebagai tempat rujukan
Allah
tuntun langkah kami ke jalan yang lurus
jalan orang yang engkau redhai
dan bukan jalan orang yang sesat