Wednesday, October 21, 2009

Ubat hati yang gelisah


Pada suatu ketika

seorang pemuda yang tertekan jiwa nya

telah datang menemui Sufian As-Sauri R.A

pemuda itu lalu bertanya kepada Sufian


"wahai Sufian, aku menderita penyakit keluh kesah

terasa jauh dari Allah Taala. Berikan aku ubat penyembuhnya wahai Sufian".




Sufian dengan tenang telah berkata kepada si pemuda,


"wahai saudaraku, hendaklah engkau mengambil

beberapa batang keikhlasan, beberapa helai daun-daunan kesabaran,

dan perahan kerendahan hati. Letakkan semuanya

kedalam wadah ketaqwaan, lalu tuangkan ke dalam cairan rasa takut.

Kemudian adunlah dengan api kesedihan. Saringlah dengan saringan kewaspadaan.

Dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran.

Lalu minumlah dari gelas istighfar.

Yang telah dicampurkan dengan air kesolehan.

Sesudah itu, jauhkanlah dirimu dari rakus dan serakah.

InsyaAllahu Taala dengan izin Tuhan yang Maha Kuasa

engkau akan sembuh daripada penyakitmu itu.



video