Friday, December 11, 2009

Kerana dirimu istimewa.:Atiqah:.

Kisah ini terlalu istimewa.
Kisah ini mengajar ku apa erti pengorbanan sebenar.
kisah ini membuka hati ku untuk menjadi manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya.
kisah ini adalah tanda kasih. Kisah ini menyimpan seribu rahsia.
Kisah ini membuatkan aku lebih kuat.
kisah ini adalah tentang dia.
Atiqah binti Zaid bin Amru bin Nufail al-Quraisyiah.
Dia padalah adik kepada Said bin Zaid iaitu suami Fatimah binti al-Khattab. Fatimah binti al-Khattab pula ialah adik Ummar bin al-Khattab. Seperti juga abangnya Said, Atiqah termasuk di kalangan
yang awal memeluk Islam. Dia beruntung kerana terdidik dalam suasaan Islam pada usia yang masih remaja. Maruahnya terpelihara berbanding dengan remaja jahiliyah seusia dengannya.Disamping ketaqwaan yang tinggi, Atiqah memiliki berbagai keistimewaan yang jarang-jarang dimiliki oleh gadis lain se zamannya. Dia dikurniakan Allah kecantikan yang menawan. Disertai
kepetahan menyusun bait-bait syair. Keistimewaan ini telah membuatkan ramai pemuda
tergila-gilakan Atiqah. Paduan antara kejelitaan, kebijaksanaan dan ketaqwaan telah mendorong
beberapa pemuda ayng bertaqwa melamar Atiqah, termasuklah Abdullah bin Abu Bakar.

Setiap yang berlaku di alam semesta ini adalah dengan qada' dan qadar Allah SWT. Atiqah juga
tidak mampu menjangkakan apakah yang akan berlaku pada hari-hari mendatang. Dalam usia
yang masih muda Atiqah telah menerima lamaran Abdullah bin Abu Bakar as-Siddiq. Dia
merasa inilah sebaik-baik keputusan dengan harapan Abdullah bin Abu Bakar akan menjadi penunjuk ajar serta pembimbing sepanjang hayatnya. Dia sungguh-sungguh berazam ingin
menjadi isteri yang sentiasa menghibur dan menyenangkan hati suaminya.
Sedangkan di pihak Abdullah pula, terlalu terpikat dan terpegun atas kejelitaan Atiqah sehingga melalaikan ibadahnya. Untuk berenggang sebentar dari Atiqah tidak sanggup dilakukannya.
Perlahan-lahan imannya kian kendur, hingga dia mula meninggalkan sembahyang berjaamah di masjid, tidak seperti sebelum berkahwin.
Suatu hari, dalam perjalanan ke masjid Abu Bakar melintasi rumah Abdullah. Terdengar
Abdullah sedang berbual mesra dan bergurau senda dengan Atiqah. Beliau berlalu ke masjid. Setelah selesai solat Saydina Abu Bakar melintasi rumah Abdullah sekali lagi. Kedengaran Abdullah masih bergurau senda dengan Atiqah. Sedangkan waktu sembahyang telah lama berlalu. Abu Bakar lantas memanggil Abdullah;
"Wahai Abdullah, apakah kamu telah sembahyang? Barulah Abdullah menyedari kesalahannya, melalaikan sembahyang hingga liput waktu. Abu Bakar telah berkata lagi; "Atiqah telah melalaikan kamu daripada kewajipan, malah dia melalaikan kamu dari bersolat. Ceraikan dia!"
Begitu tegas sikap dan pribadi Saydina Abu Bakar as-Siddiq dalam soal ibadah. baru terhalang dari menunaikan solat berjamaah di masjid, sudah disuruh menceraikan isteri. Saydina Abu
Bakar sememang teliti dalam mematuhi perintah Allah. Kerana itu beliau merasa wajar dia bertindak tegas terhadap anaknya. Beliau tidak mahu anaknya dipersoalkan di akhirat dan disiksa kerana isterinya. Lebih baik anaknya menerima hukuman di dunia daripada menerima hukuman di akhirat kelak. Abdullah bin Abu Bakar sememangnya anak yang taat dan patuh kepada orang tuanya. Meskipun hatinya merasa keberatan untuk menceraikan Atiqah, tetapi disebabkan ketaatannya,
Abdullah tetap menceraikan Atiqah. Ini bertujuan untuk menyedarkannya terhadap dosa yang dilakukan. Ujian ini memang sangat berat bagi Atiqah dan Abdullah melaluinya. Mereka baru
saja berkahwin dan dalam keadaan saling menyayangi.
Sehinggalah ke waktu hampir berakhir iddah penceraian mereka, kedua-duanya saling
menginsafi dosa masing. Kedengaran kepada Saydina Abu Bakar akan rintihan-rintihan anaknya
Abdullah. Sememangnya dia tahu penanggungan hati anaknya Abdullah. Tapi hukuman itu diperintahkan bagi menyedarkan kedua-duanya. Setelah keduanya bertaubat dan benar-benar
insaf, mereka dibenarkan rujuk semula.

Setelah peristiwa itu kembalilah mereka berdua menjadi suami-isteri. Mereka sama-sama gigih
bertaubat dan beribadat. Kedua-duanya saling ingat-mengingatkan terhadap tanggungjawab mereka. Begitulah hanya iman yang mendalam yang dapat memampukan wanita Islam
berhadapan dengan apa jua bentuk ujian dan musibah.

Di samping itu wanita Islam mesti menyedari peranannya membantu kaum lelaki mentaati Allah SWT dalam semua keadaan. Juga
sedaya upaya berusaha untuk mengelakkan diri daripada menjadi alat yang menjerumuskan orang lain kepada kemungkaran.

Dia mengorbankan cintanya
~Demi cintaNYa~

n to all sisters.. perkongsian ini utk semua..
bak kate kak mah dari akhwat utk akhwat
kredit to kak tiqa 9shu.. :)