Adikku sayang...
Allah akan sentiasa menguji keikhlasan kita atas jalan ini
Hingga hati kita bersih hanya kerana Allah
Akan tiba satu masa
Ukhuwah itu hilang manisnya
Ketahuilah bahawa
Allah sedang membersihkan hatimu
Akan tiba satu masa
Kasih yang disemai terasa sunyi
Ingatlah Allah sedang menguji keikhlasanmu
Akan tiba satu masa
Jalan ini terasa sunyi sendiri
Saat itu Allah menguji kebergantunganmu padaNya
Berjalanlah kepada Allah
Hanya kerana Allah Untuk Allah
Keperitan
Kesunyian
Kepahitan
Semuanya akan hilang
Saat kau serahkan segalanya
Hanya pada Allah
Ujian itu akan terus datang
Sehingga hati itu hanya untuk Allah
-hikari-