Sunday, August 5, 2012

istikharah ramadhanku


Ya Allah, 
aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu 
dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu 
dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. 

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa 
sedangkan aku tidak berkuasa 
Engkau Maha Mengetahui 
sedangkan aku tidak mengetahui 
Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. 

Ya Allah, 

seandainya Engkau mengetahui bahawasanya ini adalah baik bagiku 
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, 

takdirkanlah ia bagiku 
dan permudahkanlah 
serta berkatlah bagiku padanya 

Seandainya Engkau mengetahui bahawa ini mendatangkan keburukan bagiku 
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, 

maka jauhkanlah aku daripadanya 
dan takdirkanlah kebaikan untukku 
dalam sebarang keadaan sekalipun 
kemudian redhailah aku dengannya

~istikharah ramadhan, mencari titik jawapan dalam kehidupan~