Kelihatan mereka menyeka air mata
Kelihatan nafas seakan sesak
dan Aku
Memandang dari jauh tanpa sebarang kata
Allah
Aku tiada apa (ayat scholar x masuk2.. hikhik)
Yang aku punya hanya doa dan cinta
Maka rabitah hati ini untuk mereka
Kerana aku sayang mereka
Aku sayang mereka kerana Allah
Ini
Benar-benar untuk kamu
Biar dada sesak sukar bernafas
Biar badan lemah tidak mampu bertatih
Esok masih ada harapan
Itu pasti
Mimpi kita besar
Makanya kita diuji
Mimpi kita benar
Janji Allah pasti!
Aku pernah kesal kerana tidak pernah mengungkapkan kata sayang pada dia..
hingga dia pergi meninggalkan aku..
untuk selamanya..
sayang itu terlalu sakit untuk aku telan
lantas aku titipkan sayang itu padanya
hanya dalam bait doa
moga dia tenang dalam alam sana
makanya
Lahirlah atiqah yang hari ini
Bukan aku mudah mengungkap sayang
Kerana aku sentiasa takut
Tiada yang kedua untukku
Seperti hari itu
Ya
Semoga kamu terus kuat di sana