Sunday, February 7, 2010

負けないで。。。

Istimewa buat insan yang teristimewa,

Perjuangan kita masih jauh. Perjalanan kita masih panjang. Sejak sampai di bumi sakura ini aku tahu pelbagai dugaan telah kau tempuh. Hati mu pernah kecewa. Kau pernah gagal. Air matamu juga pernah jatuh. Tapi kau sentisa tabah. Sentiasa kuat dalam mengahurungi segalanya. Tanpa pernah kalah.

Untuk kali ini, aku tahu kau mampu mengahurunginya. Tabahlah! Semoga kasihNya sentiasa bersama mu. Hati ini sentiasa mengingati mu dalam doa ku.

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

And I know u’ll be ok

負けないで。。。

頑張って!!!