Ku terkenangkan semalam
Biarlah yang gelap itu hanya semalam
Kerana semalam telah berlalu
Ya Allah,
Semalam ku meniti jalan yang suram
Aku tenggelam dalam kelam
Tapi ya Allah
Kasih sayang Mu menyelamatkan aku dari kelemasan itu
Cukuplah hanya semalam yang gelap itu Ya Rab
Ya Allah
Ampunkan dosa-dosa ku
Ku pohon dari Mu kekuatan ya Allah
Semoga hari esok ku lebih sempurna dalam cinta Mu
Kerana semalam telah ku tinggalkan