Monday, August 2, 2010

Celupan Allah

Assalamualaikum WBT,

Semalam masa nak alihkan kipas tiba-tiba tangan tercedera la pulak. Oh sakit memang sakit. Tapi xde la pape sangat.hihi Cumanya masa darah itu mengalir, tiba-tiba teringat perbualan dengan kakak X semalam. Sahabat-sahabat dulu sangat tersibghah dengan agama Allah sampaikan kalau dipotong urat-urat badan mereka, sibghah Allah tue terpamer pada darah-darah yang mengalir. Tapi, darah yang mengalir semalam bagaimana? Celupan apa yang terpamer.

(T_T)

.
.
.

::muhasabah mode::

Hebatnya sahabat-sahabat. Sampai tiap kali membaca kisah mereka, bergenang air mata. Kisah hidup mereka penuh makna. Kisah hidup mereka mampu menggegarkan hati. Kerana hidup mereka adalah dari celupan terbaik.

Firman Allah,

"Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah."

Shibghah Allah, celupan Allah itu bukanlah celupan biasa. Bukanlah ibarat biskut yang tercelup pada coklat. Menyaluti hanya di luar. Sebaliknya ibarat air nila, yang membirukan baju, dan air perahannnya tetap biru.
Biru lagi membirukan.

Begitulah yang sepatutnya atiqah. Islam itu bukan sekadar bertudung, belajar serba-sedikit tentang agama, sebaliknya pengamalan islam itu sendiri dalam setiap aspek kehidupan mu. Sebagaimana para sahabat dulu, sehinggakan setiap titis darah mereka dikorbankan untuk Allah SWT.

Hati, perasaan dan tingkah laku semuanya perlu berada dalam celupan Allah. Kalau benar kamu katakan hidupmu untuk Allah, kenapa tidak untuk kamu korbankan perasaan itu kerana Allah. Sebagaimana sahabat-sahabat dahulu, perasaan, harta semuanya mereka korbankan untuk Allah. Bahkan sampai seluruh kesakitan mereka itu untuk Allah.

Sebagaimana sahabat-sahabat dulu menyerahkan 100% hidup mereka untuk Allah. Begitulah juga sepatutnya kita. Tapi, berapa percent hidup kita nie untuk Allah? Setiap langkah yang diatur, setiap kata yang diungkap, setiap butir beras yang dihadamkan, sudah cukupkan penyerahan kita untukNya.

Oh benar! Kata itu mudah untuk diungkapkan sukar untuk dikotakan.
Bersedialah untuk berkorban dan terkorban kerna sesungguhnya hidup ini memang menuntut pengorbanan.

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.
Ali-Imran 3:169

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
As-saff 61:10~12