Wednesday, October 12, 2011

pantai itu tempatku

Saat nafas tidak mampu lagi dihela...
Saat seluruh tubuh longlai...
Lemah tidak bermaya...

Atiqah bangkit dan terus melangkah menuju pantai itu. (tipu!! naik basikal okey!) Pantai di mana dulu dia ketemu dengan ketenangan. Dan sekali lagi dia melangkah ke daerah itu mencari ketenangan.



***************************
"sayang, 
  hidup ini tidak mudah
  今まで色々なことを乗り越えたから、
  ここまで頑張っていたから、
  あきらめないで、
  頑張って!!
  前を進みましょう。。"

***************************

Melangkah menuju pantai itu dengan penuh debaran dan harapan. Dan apabila Atiqah bertemu pantai, sesak didada serta merta hilang. Senyum mula terukir. Senyumnya pada pantai yang menyambut mesra. 

Duduk termenung merenung pantai. Muhasabah diri atas apa yang telah terjadi.

Ya,
Ada kalanya hidup ini tidak seindah yang digambarkan.
Yang manis tidak selalunya akan manis. 
Yang pahit takkan kekal pahit.

Kapal tidak selamanya belayar pada laut tenang.
Adakalanya gelora turut melanda.

Hari tidak selalunya cerah.
Adakalanya hujan datang menimpa bumi.

Aku. Kamu. Kita semua pasti akan diuji. Kesusuhan itu ujian. Kesenangan juga ujian. Dan dugaan itulah pemanis dalam kehidupan.

Deru ombak memukul pantai terus-terusan.
Memerhati pada mentari yang semakin tenggelam.
Menikmati bayu yang menyapa mesra.
Indahnya alam.

Oo Allah.
ini sangat indah!

Kesedihan datang bila kita ditimpa masalah. Dan adakalanya masalah itu bukan masalah. Apabila kita memandangnya dari sudut yang berbeza. Ambil masa. Lihat alam. Dan saat itu titik pandanganmu akan berubah. Betapa kecilnya ujian. Betapa besarnya nikmat. Bersyukurlah!

***************************



dussh... dussh... dussh... (bunyi ombak... =p)

Tak puas hati melihat puing-puing buih kecil bermain di persisir pantai, Atiqah juga mahu turut sama bermain.

Berjalan menulisuri pantai. Membiarkan kaki dibasahi ombak lalu. Dan adakalanya dia berlari mengejar puing-puing kecil itu.

Melompat gembira!

Oh indahnya!

Setelah penat berlari ke sana ke mari, dia duduk sebentar disisi pantai.

Memejamkan mata menghayati deru ombak.

***************************

tiba-tiba...

"alamak!!!!"

Atiqah bingkas bangun. Ombak mahu turut sama menyapa. Nasib baik tak basah kuyup. hoho

Bangun dan ketawa.
Dan terus berlari di persisir pantai itu. 


Terus berlari hingga penat. Dan basah. =p
Lalu duduk di kerusi. Memerhati dan menilai ibrah disebalik kehidupan bersama pantai.

Hidup ini ibarat meniti pesisir pantai. Semakin waktu menghampiri malam, deru ombak makin kuat menghempas pantai.  Semakin usia kita dimamah waktu, semakin besar ujian yang kita terima. Deru ombak hingga adakalanya air naik hingga paras yang tidak kita duga. Hingga kita sendiri basah dengar air mata. Lantas kita berlari menjauhi pantai. Agar tidak terus basah. Saat itu bayu pula datang menyapa hingga kita kesejukan.

Namun,

Tanpa kita sedar, kebasahan itulah yang mencuci kotor pada kaki kita. Dan bayu itu bertandang untuk lebih cepat mengeringkan basah kita. Ujian itu datang untuk membersihkan kesalahan waktu silam kita. Dan adakalanya ujian datang bertimpa, supaya kita lebih cepat dewasa melewati ujian yang dilewati. 

Begitulah. Apabila kanak-kanak riang bertemu pantai.




indahnya pantai itu.

-hikari-