Sunday, July 26, 2009

RaMa-rAmA


__________________________________________________________


Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat beluncas.Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya. Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas satu tempoh,lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya.Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik,dan daripada ulat beluncas yang terselindung,telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

Cara Allah sentiasanya cara terbaik,walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah,percayalah! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan.Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan anda,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.




Duri hari ini…adalah bunga hari esok !
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.