Monday, November 2, 2009

Kisah tukang gunting rambut

Pada suatu hari, seorang pemuda bergi ke kedai gunting rambut. Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu tentang banyak perkara dan tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.

“Saya tidak percaya kewujudan tuhan.” Kata tukang gunting rambut.

“Kenapa awak kata begitu?” Tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.

“Mudah saja. Saudara keluar dari kedai ini, perhatikan di jalan dan saudara bersetuju dengan saya. Sekiranya Tuhan wujud, kenapa ada orang yang sakit? Kenapa ada anak-anak yang terbiar? Sekiranya benar Tuhan wujud, pasti tidak ada kesengsaraan. Saya yakin Tuhan tidak membiarkan sahaja perkara sedemikian.”

Pemuda itu senyap sahaja kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.

Selepas itu, pemuda itu meninggalkan kedai gunting rambut. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki di jalanan yang kusut masai. Rambutnya panjang dan tidak terurus.

Pemuda itu kembali masuk ke kedai gunting rambut tadi. “Awak tahu sesuatu? Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!”

“Eh, bagaimana pula?” Tanya tukang gunting rambut itu. “Saya seorang tukang gunting rambut dan saya ada di sini!”

“Tidak! Mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud, sudah tentu tidak ada manusia yang berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu.”

“Ah, begitu rupanya. Habis, mereka tidak dating mencari saya.”

“Tepat sekali!” jawab pemuda itu dengan senyuman. “Tuhan memang wujud cuma manusia yang tidak berusaha mencari Nya. Sebab itulah wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ini.”

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

10:44