Wednesday, January 20, 2010
(^_~)/
Tuesday, January 19, 2010
Istimewa buat ayahanda tersayang
Friday, January 15, 2010
DI MANA AKU?
Apa salah nya kita berhenti sejenak menilai orang lain. Lihat pada diri kita. Apa yang telah kita sumbangkan untuk ISLAM. Adakah hanya sekadar nama.
Sebelum pergi lebih jauh. Lihat dalam diri kita. Tegak kah KALIMAH ISLAM itu dalam diri kita.
Pakaian kita. Bahasa kita. Akhlak kita. ISLAM kah kita?
Kalau benar kita mahu menghapuskan agenda mereka menjatuhkan ISLAM, tegakkan ISLAM itu dalam diri kita dahulu. Bermula dengan diri sendiri.
Memetik kata-Kata seorang missionari dalam perhimpunan Missionaris Sedunia, 'Kerja kita hari ini bukan mengkristiankan umat Islam, tetapi jauhkan mereka dari Al-Quran dan Sunnah. Jadikan mereka tidak bangga dengan Nabi Muhammad. Dan jauhkan mereka dari sejarah Islam, jadikan mereka malu mengakui keIslamannya, buatlah mereka jauh dari ulama-ulama mereka.'
Andai mereka sedar di mana kekuatan kita kenapa kita masih lagi belum sedar.
Semak balik diri kita:
-Berapa helai helaian AL-QURAN yang kita baca sepanjang kita hidup?
-Berapa jam masa yang kita luangkan untuk majlis ilmu?
-Berapa ringgit yang kita belanjakan untuk jalan dakwah?
-Berapa lama masa yang kita luangkan untuk mengingati ALLAH?
Ya Allah,
Betapa aku malu,
Sungguh aku ini terlalu banyak leka dengan dunia nie,
Tunjukkan aku jalan Ya Allah,
Tunjukkan aku jalan untuk keluar dari kehitaman ini,
Ringankan hatiku menunaikan solat mengingatiMu,
Ringankan lidahku membaca kalimah-kalimah agung Mu,
Ringankan langkahku menuju jalan Mu,
Kerana bukan syurga yang aku harapkan,
Hanya redha Mu yang ku danba~
Dekatkan diri kita dengan AL-QURAN.
Didalam dunia ini hanya ada dua jalan. Jalan hitam dan putih.
Pilihlah arah mana yang kalian tuju. Kerna tiada yang diantara kedua nya.
hikari004
Tuesday, January 12, 2010
fuyu part3
Destinasi berikutnya~
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan
Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi
Monday, January 11, 2010
KEMBALI
Saturday, January 9, 2010
M.A.A.F
Buat teman-teman tersayang..Maaf andai membuat kalian risau..Tidak membalas mail mahu pon ym..Cuma..Saya mahu menyendiri untuk seketika..Berikan masa untuk diri ini..Memperbetulkan apa yang salah..Menyusun semula langkah..Biar diri ini sendirian seketika..Agar diri ini kembali tenang..Maaf atas kekasaran..Maaf atas kesalahan..Maaf atas ketelanjuran..Berikan diri ini sedikit ruang dan waktu..Maaf semua~
Friday, January 8, 2010
Biarkan air mata itu mengalir tenang,Kerana aku tahu hati ini sedang di uji.Kuatlah wahai hati~
fuyu part2
Thursday, January 7, 2010
fuyu part1
Bismillah~
Sudah lama ruangan ini ku tinggalkan. Mungkin kerana kesibukkan sebagai seorang siswi. Tapi lebih tepat lagi kerana aku mahu menyendiri. Menyelongkar kembali hati yang penuh debu-debu jahiliyyah itu. Agar dapat aku bersihkan.
Cuti fuyu sudah pon berlalu. Semoga yuki yg turun memutih dapat menyucikan hati ini. (walaupon chiba x turun yuki lagi...) (-_-) Yang terlalu jauh hanyut. Yang terlalu ingin kembali. Macam-macam telah berlaku. Dan segala yang berlaku ini pasti ader sesuatu disebaliknya. Aku telah bersedia. Bersedia untuk di uji. Kerna aku yakin inilah jalan nya. Kerna hati ini ingin benar dekat dengan Nya. Aku yakin janji itu pasti.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.
Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinyadengan jarak sedepa.
Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.”
[HR Muslim]
nota kaki:
fuyu=winter
yuki=salji