Tuesday, January 19, 2010

Istimewa buat ayahanda tersayang


Selamat Hari Lahir abah~
Terima Kasih kerana membesarkan anak mu ini dengan penuh kasih sayang. Terima Kasih atas didikan mu selama ini. Banyak yang abah korbankan untuk membesarkan kami adik-beradik. InsyaAllah satu hari nanti ingin benar kubalas jasa baik Abah. Walaupon anak mu ini tahu takkan terbalas jasa-jasamu membesarkan kami, setidak-tidaknya anakmu ini mau mencuba yang terbaik menjadi anak yang solehah untuk mu.

Abah,
Maafkan lah anakmu ini atas segala kesalahan dan ketelanjuran anakmu ini. Maafkan anakmu ini atas segala dosa-dosa nya selama ini.

Ya Allah,
Kau panjangkan umur Ayahku,
Kau murahkan rezekinya,
Kau permudahkan urusannya,
Sayangi die sebagaimana die menyayangi kami~
Ya Allah jadikan kami anak-anak yang soleh,
supaya mereka tenang memiliki kami.