Bismillah~
Sudah lama ruangan ini ku tinggalkan. Mungkin kerana kesibukkan sebagai seorang siswi. Tapi lebih tepat lagi kerana aku mahu menyendiri. Menyelongkar kembali hati yang penuh debu-debu jahiliyyah itu. Agar dapat aku bersihkan.
Cuti fuyu sudah pon berlalu. Semoga yuki yg turun memutih dapat menyucikan hati ini. (walaupon chiba x turun yuki lagi...) (-_-) Yang terlalu jauh hanyut. Yang terlalu ingin kembali. Macam-macam telah berlaku. Dan segala yang berlaku ini pasti ader sesuatu disebaliknya. Aku telah bersedia. Bersedia untuk di uji. Kerna aku yakin inilah jalan nya. Kerna hati ini ingin benar dekat dengan Nya. Aku yakin janji itu pasti.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
Allah berfirman:
Apabila dia mengingati-Ku dalam dirinya, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam Diri-Ku.
Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka.
Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinyadengan jarak sedepa.
Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari.”
[HR Muslim]
nota kaki:
fuyu=winter
yuki=salji