Friday, January 15, 2010

DI MANA AKU?



Hari ini ada orang sibuk menyebut tentang agenda yahudi, israel. Boikot sana sini. Bakar sana sini. Menunding jari ke sana sini. Itu x kena. Ini salah.


Tapi x ramai yang melihat pada diri sendiri....

Apa salah nya kita berhenti sejenak menilai orang lain. Lihat pada diri kita. Apa yang telah kita sumbangkan untuk ISLAM. Adakah hanya sekadar nama.
Sebelum pergi lebih jauh. Lihat dalam diri kita. Tegak kah KALIMAH ISLAM itu dalam diri kita.

Pakaian kita. Bahasa kita. Akhlak kita. ISLAM kah kita?

Kalau benar kita mahu menghapuskan agenda mereka menjatuhkan ISLAM, tegakkan ISLAM itu dalam diri kita dahulu. Bermula dengan diri sendiri.

Memetik kata-Kata seorang missionari dalam perhimpunan Missionaris Sedunia, 'Kerja kita hari ini bukan mengkristiankan umat Islam, tetapi jauhkan mereka dari Al-Quran dan Sunnah. Jadikan mereka tidak bangga dengan Nabi Muhammad. Dan jauhkan mereka dari sejarah Islam, jadikan mereka malu mengakui keIslamannya, buatlah mereka jauh dari ulama-ulama mereka.'

Andai mereka sedar di mana kekuatan kita kenapa kita masih lagi belum sedar.

Semak balik diri kita:
-Berapa helai helaian AL-QURAN yang kita baca sepanjang kita hidup?
-Berapa jam masa yang kita luangkan untuk majlis ilmu?
-Berapa ringgit yang kita belanjakan untuk jalan dakwah?
-Berapa lama masa yang kita luangkan untuk mengingati ALLAH?

Ya Allah,
Betapa aku malu,
Sungguh aku ini terlalu banyak leka dengan dunia nie,
Tunjukkan aku jalan Ya Allah,
Tunjukkan aku jalan untuk keluar dari kehitaman ini,
Ringankan hatiku menunaikan solat mengingatiMu,
Ringankan lidahku membaca kalimah-kalimah agung Mu,
Ringankan langkahku menuju jalan Mu,
Kerana bukan syurga yang aku harapkan,
Hanya redha Mu yang ku danba~

~ini harta kita~

Wahai saudaraku semua~
Bersatu lah tegakkan ISLAM dalam diri.
Dekatkan diri kita dengan AL-QURAN.
Didalam dunia ini hanya ada dua jalan. Jalan hitam dan putih.
Pilihlah arah mana yang kalian tuju. Kerna tiada yang diantara kedua nya.

hikari004