Wednesday, April 7, 2010

sepintas haru yasumi

terbang dari Chiba ke London::Ireland

Perjalanan itu bukan perjalanan biasa
Disebaliknya ada sesuatu yang berat untuk ditanggung
Kerana perjalan itu adalah perjalanan mencari CINTA

...dan...

Walaupon hati itu berat
Tekad telah dipasang
Hati ku kuat menyatakan itu yang terbaik
Langkah itu tetap ku teruskan

Ya Allah..

Terima Kasih kerana memilih hambaMu yang hina ini
Walaupon diri ini penuh dosa
Walaupon hamba hina
Kau tunjukkan hamba jalan
Kau kurniakan hamba teman
Mereka pimpin hamba bangun semula
Mereka tunjukkan hamba di mana cahaya
Ya Allah
Kekalkan ikatan ukhwah kami
Kerna kami sefikrah
Kami ada misi yang sama

Titipan ini istimewa buat teman-teman sejaulah
Dapat mengenali kalian adalah yang terbaik
Terima kasih atas kekuatan
Terima kasih atas sokongan
Terima kasih atas senyuman itu

Walaupon lepas nie da jarang2 dapat ddk bersama
Semoga kita manfaat apa yang kita ada
Untuk menghidupkan nafas CINTA AGUNG itu di bumi sakura ini

insyaAllah







Model kasut (^_^)



Angsa-angsa Dublin



Tenang langit Dublin

Katakanlah, "Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah memulai penciptaan makhlukkemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh Allah maha berkuasa atas segala sesuatu."