Wednesday, April 7, 2010

Happy Birthday to me


Dearie my self,
5 April 2010
Kini genaplah 21tahun usia mu,
Segalanya telah kau tempuh,
Berbekal secebis kekuatan dari Nya

moga dengan bertambah nya usia
membuat kau bertambah matang menilai dunia
menjadikan kau lebih kuat menempuhi dugaan
memberikan satu inspirasi baru dalam menyumbang untuk Islam

moga dengan bertambahnya usia
kau lebih gigih dalah beribadah padaNya
kau lebih berusahan dalam pelajaran
kau lebih ceria dalam senyuman
kau lebih tenang mengharungi cabaran

tetapi ingatlah sayang,
bertambahnya usia mendekat kamu pada suatu yang pasti
pengakhiran yang kita sendiri tak tahu bagaimana
tetapi segalanya pasti berlaku

Ya Allah,
Dengan rendah diri
Hamba memohon padaMu
Kau berkatilah usia ku yang telah lalu,
Kau berkatilah usia ku yang mensisa,
Kau ampunkanlah kesalahan ku yang telah lalu,
Kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk ku,
Kerna yang ku cari dalam hidup ini,
Hanya keredhaan dariMu
Kerana Kau sebaik-baik sandaran
Sebaik-baik Pelindung......