Wednesday, April 14, 2010

Adikku sayang

Adik,
Kakak tahu kamu rindu
Sebab kakak rasa apa yang kamu rasa
Senyuman dia
Telatah dia
Kenakalan dia
Tapi ingatlah sayang,
Kamu perlu kuat
Sbb yg pergi xkn kembali
Dia pergi tglkn seribu pengajaran buat kita yg msih didunia ini
Bahawasanya maut itu x mengenal usia
Jadikanlah setiap detik itu lebih bermakna
Sbg bekal buat kita disana nanti
Setiap kali rindu itu datang
Titipkanlah doa buatnya sayang
Semoga dia tenang
Semoga dia bahagia
Di alam sana
Kerana kita juga bakal menyusulinya
Hanya x tau bila masa nya akan tiba

Adik,
Bersama-sama ini kakak titipkan kekuatan buatmu
Jaga adk2 yg lain

Ya Allah
Berikan kekuatan padaNya
Jagalah mereka
Pegang hati mereka
Agar mereka sentiasa dekat padamu
Sayangi mereka
Kerana hanya Kau sebaik-baik penjaga.