Saturday, June 12, 2010

Erti hidup pada memberi

Assalamualaikum..

Buat hati yang ada di dalam dada..

Sungguh aku tak ingin sekali menzalimi mu dengan mengisi mu dengan apa yang bukan dari fitrah mu.
Kerna aku tahu benda yang bukan dari fitrah mu itu akan membunuh mu..

Wahai hati,
Renungkanlah
Sejauh mana keikhlasan mu..

::muhasabah mode::

erti hidup itu pada memberi

kerana setiap nilai yang kita terima adalah amanah
dalam setiap nikmat yang kita terima ada hak mereka

kalau hari ini kita diberi nikmat kesenangan
dalam setiap nilai kesenangan itu ada hak mereka yang memerlukan
kerana Adilnya Allah
Kebaikan buat mereka yang kaya apabila mereka bersyukur dan memberi
Kebaikan buat mereka yang miskin adalah ketika mereka bersabar dengan dugaan itu

ingatlah nanti
di satu masa
tatkala mulut itu dikunci
kita akan ditanya tentang setiap $$$ yang kita gunakan

mungkin ada orang yang high-maintenance
Barang perlu ada brand
X main la cap ayam
Baju perlu cantik
X pakai la baju-baju lama
sehingga dia lupa setiap satunya itu akan disoal di akhirat nanti

tatkala itu
mungkin beg LV nya itu yang akan memberatkan neraca kirinya
Disebabkan bongkaknya hati
mungkin baju beribu-ribu nya itu yang akan membakar jasadnya
Disebabkan x cukup syarat utk menutup hijab

kerana erti hidup itu pada memberi

tunaikan hak mereka yang berada dalam setiap nikmat yang kamu terima
kerana itu adalah amanah.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
al-kahfi:46

Nanti pada satu masa
Masa yang pasti akan tiba
tatkala itu semua harta dan kesenangan itu akan ditinggalkan
sekujur tubuh akan menghadap Yang Esa
tatkala itu
Apa Nak Jawab pada Allah??

Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Sekiranya anak cucu Adam memiliki dua lembah emas nescaya dia tetap masih menginginkan lembah emas yang ketiga, dan sekali-kali tidak akan penuh mulut anak cucu Adam kecuali tanah,dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat”.

(Hadis Riwayat: .Bukhari-Muslim)

Tepuk dada
Tanyalah hati