Sunday, July 25, 2010

Langkah melangkah

Allah..
Sungguh hamba tak tahu
Apa yang tertulis untuk hamba
Sungguh hamba tak tahu
Langkah mana yang menjadi pilihan hamba
Tapi hamba percaya
Dan hamba redha
atas setiap apa yang tertulis buat hamba

Bersama-sama redha itu
Hamba kepilkan secebis kekuatan yang ada
Kekuatan anugerah Mu itu
Menemani setiap langkah hamba menuju Mu
Bersama-sama redha itu
Hamba titipkan sebuah keringat
Sedaya hamba, hamba akan terus melangkah
untuk Mu
kepada Mu
dan
Kerna Mu

Allah..
Andai tiba waktu itu
Titipkanlah semangat buat hamba
Tiupkanlah kesedaran dalam hati hamba
Kerna pahitnya semalam tak mahu hamba ulang
Kerna duka semalam telah hamba tinggalkan

Allah
Dalam setiap langkah hamba
Yang hamba harapkan hanyalah redha Mu
Yang hamba pohon hanyalah keampunan Mu

Hamba tak tahu pada siapa harus hamba luahkan. Tapi hamba percaya. Kau akan datangkan pertolongan itu dari jalan yang tak hamba duga. Hanya Allah sebaik-baik penjaga, sebaik baik pelindung.

Catatan memori al-fil