Tuesday, July 20, 2010

試験だ!!shiken ! !

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, hamba mula menghitung hari untuk kembali ke tanah air. Oh x sabarnya! hihi.. Terasa rindu benar pada kanak-kanak riang kat rumah tu. Tapi sebelum hamba pulang ke tanah air, hamba ada perjuangan yang lebih besar lagi di bumi sakura ini. Berpedangkan dengan pen dan marker milik hamba, ber"bullet"kan dangan kata-kata hamba. Walaupon bullet x berapa power. Maklumla bahasa jepon msh merangkak. huhu..

Bezanya hamba dengan sahabat-sahabat hamba di sini, medan hamba lebih kepada presentation dan projek. Kalau sahabat-sahabat lain sibuk menelaah dimeja masing-masing, hamba juga tidak ketinggalan sibuk melakar itu dan ini. Perjuangan pertama hamba akan bermula x lama lagi.
بسم الله الرحمن الرحيم
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي


"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, Dan mudahkanlah bagiku, tugasku, Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku"
( Surah Taha : 25 -27 )


Salam imtihan buat sahabat-sahabat yang akan menempuh peperiksaan. Moga Allah berkati dan meredhai usaha kita. Kerna bukan kejayaan dunia yang kita cari. Kita ada impian yang lebih besar kan. (^_^)

Suka hamba memetik kata-kata Syeikh Abu Said al-Kharraz ini. "Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu adalah sikap yang bodoh dan terpedaya. Menyerah kpd Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal saleh."

"Pengharapan tanpa usaha itu adalah angan-angan kosong"
(^_^)

頑張りましょう!!