Monday, July 12, 2010

when i get older

Kakak
Jangan kau risau
Adikmu ini x pape

Terkadang apa yang bersarang dihati sukar diungkaikan
Namun jangan kau gundah
Kerana adikmu ini sedang belajar menjadi lebih dewasa
Membesar dalam cinta
Yang Maha Pengasih
Yang Maha Penyayang
Membesar dalam kasihmu
adikmu ini akan terus melangkah
kerna dia yakin
Allah telah hantarkan kepada
seorang murabbi terbaik untuknya
dan dengan itu
dia akan terus melangkah


When i get older
I will be strongger

(^_^)//


MySpace

.
.
.

Ada satu kisah,

Dimana seorang isteri yang sarat mengandung menghantar msj kpd suaminya berbunyi.


"Doakan saya selamat melahirkan yer."

tapi,

suaminya membalas

"Tidak. Mintalah terus pada Allah."

Dan diakhir tulisannya suaminya itu dia menyatakan, dia mahu isterinya meminta terus kepadaNYA, meletakkan sepenuh pergantungan pada Yang Maha Esa.
dan katanya lagi, tak mungkin seorang suami tidak berdoa untuk isterinya.

eh??!!
kenapa tiba-tiba masuk cerita suami isteri nie?
.
.
.
.

Entah kenapa artikel itu begitu bermakna buat saya.
Kebergantungan hati pada Allah.
Kenapa masih perlu disandarkan pada makhluk
sedangkan Allah itu Maha Pemurah
Mintalah pada Dia Atiqah
Kamu takkan kecewa.

"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir" (surah Yusuf :87)

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi" (surah ali-Imran : 8)