Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha

Kalau dulu pada tarikh ini Ibrahim mengorbankan anak kesayangannya demi membuktikan keimananan dan keyakinannya pada Allah.

Kalau dulu pada tarikh ini pengorbanan Siti Hajar terlakar dari safa ke marwah berlari anak sehingga pecah kaki demi seteguk air untuk anaknya.

Tetapi hari ini pada tarikh ini aku tekad memutuskan SESUATU demi satu cinta yang abadi


Sesuatu yang belum layak pon dipanggil pengorbanan. Kerna nilainya terlalu kecil nak dibandingkan dengan nikmat yang aku peroleh dariNya. Terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan nikmat ISLAM yang aku peroleh sekarang. Nikmat berada bersama yang lain dalam jalan ini. 


Aidil Adha kali ini sangat bermakna buatku.
salam aidil adha semua! Moga aidil adha kali ini memberi sinar baru untuk anda semua juga. Menelusuri seerah mentafsirkan aidil adha bukan sekadar pengorbanan yang biasa. Tetapi dimana letakknya pergantungan seorang hamba pada Tuannya. 

Dan untukku, cukup bagiku Allah.

Ibnu Abbas berkata, "Ketika aku masih kecil, Nabi S.A.W. berkata padaku, "Wahai ghulam, aku akan mengajarkan padamu beberapa kata: Jagalah Allah, maka dia akn menjagamu; jagalah Allah, maka kau akan dapatkan Dia dihadapanmu; jika kau meminta,mintalah kepada Allah; jika kau minta pertolongan, mintalah pertolongan pada Allah.Ketahuilah sekiranya satu ummat berkumpul ingin memberi manfaat, mereka tidak akan memberi manfaat kecuali telah Allah tulis untukmu. Demikian pula sekiranya mereka berkumpul ingin mencelakakanmu, mereka tidak akan mencelakakanmukecuali dengan apa yang telah Allah tulis untukmu. Pena telah terangkat dan kertas telah kering."

HR. At-Turmudzi dan Imam Ahmad



selamat hari raya aidil adha!!
(^_^)