Sunday, November 21, 2010

cukuplah Allah bagiku


Dalam sujud ini
Aku mencari kerehatan dalam hiduku
Allah
putuskan aku dengan dunia
hadirkan hati ini 
dalam sujudku padaMu

Cukup Allah bagiku. Kerna aku yakin Allah sentiasa ada mendengar permintaan hambaNya. Andai hendak ku harap pada manusia hayat manusia tak kekal lama. Nak ku harap pada bulan bintang kala mendung ia hilang. Nak ku harap pada mentari hari tak selalunya cerah. Hanya ada Allah yang Maha Kekal, Maha Memiliki segala yang ada di langit, di bumi dan diantaranya, Yang mengatur alam semesta, yang berhak menjadi sandaran sekalian alam. Dan bagiku. Cukuplah Allah.

 "Barangsiapa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala disisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
Al-Baqarah, 2:112

Ayat inilah yang sering mengubat hati ini. Benar! Segala yang terjadi hatta sehelai daun yang gugur dari pokoknya juga adalah aturan Allah. Tulisan yang penuh hikmah. Perancangan yang Maha Sempurna. Mengapa perlu sedih andai masalah menerpa. Bangun dan hadapinya dengan berani. Kerana Allah kan ada. (^_^)

"........Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya....."
Athh-Thalaq, 65:3

kecukupan. Kecukupan yang sering disalah erti. Bukan bilangan yang menetukan kecukupan itu. Bukan juga kejayaan yang menentukan kebahagiaan. Apatah lagi harta yang sering dibanggakan. Sebaliknya semuanya berbalik kepada Tuhan yang menciptakan. Barakah. Keredhaan. Kecukupan. Percayalah hidup kita ini sentiasa cukup. Dan letakkan pergantungan penuh pada Allah dalam apa jua keadaan sekali pon.

Tawakal itu ibadah hati, tidak terkait oleh anggota. Hati yang benar-benar punya rasa tawakal akan mengatur perjalanan anggotanya sebaiknya kerana tanpa usaha sunnatullah tetap sama. Allah tak mahu kita duduk diam sahaja, Allah mahu kita melakukan sesuatu! Melakukan sesuatu untuk diri kita, kerana Allah. Dan beranilah bila melangkah kerna Allah kan ada. (^_^)

Sekali Atiqah melangkah dia pasti tidak akan berundur!
Kerna dia tahu apa yang dia lakukan
dan 
dia pasti!
"Ya Allah berilah aku cintaMu, dan cinta orang yang cintanya memberi kebaikan padaku disisiMu. Ya Allah, apa yang Kau berikan padaku dan aku senangi, maka jadikanlah itu kekuatan bagiku untuk melakukan apa yang Kau sukai. Ya Allah apa yang kau jauhkan dariku dari apa yang aku senangi, maka jadikanlah itu kelapangan dari apa yang Kau sukai."
 Kerna cukuplah bagiku ALLAH