Friday, November 26, 2010

Wahai pemuda

Kalau kamu mahu melihat dunia pada masa hadapan, pandanglah pada pemuda yg bakal mewarisi dunia ini kerna pemuda adalah tunggak penggerak yang mencorak masa hadapan. 

Wahai pemuda,

Kalau kamu mahu jadi pemuda kamu harus teguh dengan pendirianmu. Jangan layu dengan kritikan. Anggaplah ia teguran dari Tuhanmu. Agar dapat kau betulkan di mana silapnya kamu. Tidak kiralah teguran itu datang dalam bentuk apa sekalipon. Teguh berdiri atas apa yang kamu percaya! Yakin melangkah menjadi apa yang kamu mahu! kerna perlunya pemuda seperti itu. Yang tidak goyah dilanda badai. Tidak hanyut dibawa ombak.

Ikhlaskan hatimu dalam setiap langkah. Kerna sudah fitrahnya jalan ini memang payah. Tidak dihias kapet merah mahupon ditabur bunga-bunga indah. Sebaliknya perjalanan ini penuh duri yang harus dilalui dengan hati-hati. Suluhlah dengan cahaya keimanan dan keyakinan pada Tuhan yang mencipta. Dalam mencari dimana letaknya ikhlas di hatimu, dahulukan dengan niat. Niat yang menentukan langkah. Niat yang menunjuk arah. Layarkan niatmu mencari redha Allah. 

Harus juga disertakan dengan himmah. Himmah yang menggerakkan setiap perbuatan. Himmah itu adalah semangat yang menyala, menyuluh yang lainnya. Tanpa himmah kehidupan tidak bermakna. Himmah yang melahirkan tumuhat. Himmah yang menggerakkan jasad ke arah mimpinya. Orang yang tidak bersemangat tidak akan mampu untuk bermimpi kerna mimpi hanya boleh dicipta oleh orang yang berani merealisasikan mimpinya. 

Dan perjalanan ini menuntut pengorbanan darimu. Berkorban apa sahaja yang ada padamu hatta jiwa dan ragamu. Dan berkorban itu tidak susah. Jika kamu punya cinta dan keyakinan dengan apa yang kemu percaya. Berkorban itu mudah jika hati kamu ikhlas dan kamu jelas dengan dengan hala tujumu. Mengapa kamu disini. Untuk apa kamu disini. Ikhlas melangkah semata-mata mengharapkan redha Allah. Ya! berkorban itu tidah susah jika jiwamu dibakar dengan tumuhat yang menjulang ke langit. 

Dan jadilah pemuda yang dapat mendukung apa yang dia percaya. Kerna jalan yang benar itu hanya ada satu. Kerna tiada kelabu.

Yakinlah
Janji Allah itu pasti

Allah
Halakan hati ini padaMu
ikhlaskan hati ini untukMu
.....Allah....

P/s: i'm in love

p/s lagi : melihat pemuda hari ini, bagaimana dunia pada masa hadapan. melihat aku hari ini, bagaimana bisa ku corakkan dunia di hari muka.

p/s lagi lagi: melihat kamu hari ini, aku pasti kamu pasti dapat menggegar dunia masa hadapan. membawa sinar baru di bumi sakura ini. mode kandou melihat akhawat nihon yg sungguh ada sesuatu pada mereka. mode rindu pada semua. mode KT.