Dalam tenangnya nafas hari ini
Hamba panjatkan kesyukuran padaMu Rab
Atas limpah kasih sayang Mu
sekali lagi hamba dapat merasai tenangnya hari ini
setelah semalam dibasahi hujan
sekali lagi dapat hamba rasai semilir angin menyapa pagi
setelah semalam ribut melanda hati
Allah
atas segala limpah nikmat permberianMu
hamba bersyukur
Kau tunjukkan hamba jalan
Walau sudah terlalu jauh hamba kesesatan
Kau titipkan buat hamba kekuatan
Disaat hanya tinggal setitis harapan
Dan nikmat ini tak mungkin akan hamba persiakan
Setelah lelah menepuh badai
Mengah dilambung ombak
Dan akhirnya arus kian tenang
Dan hamba tahu
tidak selamanya laut ini akan tenang
kerana gelora pasti datang
Allah
Hingga saat gelora itu datang menerpa
Tetapkan hati hamba pada jalanMu
Tuntuni langkah hamba untuk memperjuangkan agamaMu
Matikan hamba dalam titis darah kernaMu
Kerna semalam telah berlalu
Hari ini hamba memohon
Esok akan berlalu ceria
Tenang dalam dakap kasih Agung Mu
Hidup untukMu
Mati keranaMu
Menuju redhaMu
...Oo Allah...