Monday, November 12, 2012

ganbatteru yo!

最近、雨が降ることが多いな〜季節変わるのかねぇ。心の中でも季節が変わりそうで怖いですねぇ。頑張ってるところは十分分かってるけどなんか足りないよ。雨とともに止んでくれるのかなぁ〜

Setiap kali musim bertukar musim, hujang pasti jadi perantara diantara keduanya. 

Dan sepertimana hujan membersihkan daun luruh sebelum salji tiba. Hujan juga membasuh salji yang keras membeku sebelum sakura mengeluarkan putiknya. Kelopak sakura berguguran bersama hujan bagi memberi ruang kepada mentari menyinari daun hijau pada musim panas. Tak lama selepas itu, hujan sekali lagi datang membawa kepanasan pergi digantikan dengan angin dingin. Dan hujan menyaksikan daun kembali menguning. Dan begitulah proses itu berulang. Dan terus berulang. 

Seperti itulah yang berlaku dalam hidupku. 

Perubahan fasa demi fasa dibersihkan oleh hujan yang menghujani hati. Meski tak siapa tahu. Sungguh Allah tahu setiap yang tersembunyi. Sama ada terlafaz oleh kata atau tersimpan seribu bahasa. Dan betapa aku sangat mengerti akan hakikat ini. Namun entah mengapa kesakitan kali ini luar biasa. Mungkin kerana fasa berikutnya akan menyaksikan lebih banyak pergolakan dan cabaran. Sudahkah aku bersedia? 

Aku tahu aku harus bertahan dalam hujan. Kerana hanya tak lama lagi. Hujan itu pasti berhenti. Dan mentari akan terus menyinar. 

Benarlah ini yang aku pinta. Aku cuma perlu sedikit kekuatan untuk mengatasi segalanya. Dan pemilik seluruh kekuatan itu pastinya yang memilik bumi dan langit serta segala isinya. Juga apa yang tersembunyi di bawah bumi dan di atas langit sana. 

Berjalan dan terus berjalan. Dan aku sedar aku tidak sekuat mana. Hanya punya Allah sebagai sandaran. Untuk menyubur kembali harapan. Allah tahu yang terbaik bukan.

(plis end this entry with something that can cheer u up my dear!)

Yes! Begitulah kehidupan. Tidak mudah. Tetapi tidak mustahil. Aku tidak meminta kesenangan dalam hidupku. Cukuplah Allah bekalkan dengan kekuatan kesabaran dan kecukupan. Merasa cukup atas segalanya. Kerana perasaan cukup itu ajaib yang mengakibatkan keajaiban. それはよくわかるけどねぇ〜じゃあ、だから頑張って!2度目はないかもねぇ〜ファイチング!!!

love senget itu seni! :p


Allah
I am fighting so hard with myself
Please ease everything for me Allah
Especially in that thing
I have no one but u


Dalam naik turun iman, jangan sampai terkorban. Definitely not!