Thursday, November 29, 2012

Jalan kami

Aku hanya manusia biasa. Dan adakalanya aku cemburu melihat mereka. Bahagia. Lapang. Seronok membina kehidupan. Aku cemburu melihat tawa riang mereka menikmati dunia. Ya! Aku cemburu! 

Dan dalam jatuh naik iman itu aku terus memujuk diriku. Kerna saat pertama kali aku memutuskan untuk memilih jalan ini, Aku tahu aku tidak memilih untuk hidup senang. 

Saat aku menyatakan ini pada dia, dia ceritakan padaku kisah pemilik istana senget di syurga. Sahabat juga pernah punya rasa ragu untuk syahid tetapi keimanan mereka mengatasi segalanya. Dek kerana keraguannya itu istananya condong sebelah. 

Tetapi ya kawan, dia masih punya istana di dalam syurga. Dapat memasuki syuga sahaja sudah cukup buat aku teruja apatah lagi berangan untuk ada istana di dalamnya. Oh alangkah indahnya! Bagi aku cukuplah Allah mengampuni segala kelalaian, kesalahan, dan dosa-dosa yang sekian lama menjadi rahsia hanya antara aku dan Dia. Dalam sujudku aku masih terus memohon Allah putuskan kecintaanku pada dunia hingga aku benar-benar rindu untuk terus sujud padaNya. Ya. Memohon dan terus berdoa. Moga-moga~

Dan dia berpesan lagi. Katanya saat aku mula merasa ragu, resah dan gelisah, banyakkan istighfar moga-moga Allah ampunkan kita atas lintasan hati kita yang masih cinta pada dunia.

Dan aku terus terkulat disitu. Ya masih ada rasa cinta dalam hatiku pada Dunia. Mereka menampakkan dunia terlalu indah. Tetapi hakikatnya dunia hanya persinggahan yang cuma sementara. Entah esok entah lusa kita akan dibawa menghadapNya dengan amal kita dari dunia. Saat itu beruntunglah mereka yang punya ladang amal yang subur dunia. Dan rugilah mereka yang tidak bercucuk tanam dengan amal yang melayakkan mereka ke syurga. Moga aku tidak terkulat saat aku perlu menyerahkan catatan amalanku padaNya. Allah... Moga-moga~

Makanya aku memilih untuk terus berada di atas jalan ini.

Dari dahulu hingga saat ini, telah banyak keinginan, kesukaan yang aku tinggalkan untuk terus berada disini. Jujurnya aku tidak punya simpanan kerana tiada apa yang mampu aku simpan. Dulu pernah ada yang mempersoalkan tentang duit yang mengalir itu, namun aku yakin rezeki itu dari Allah. Jika dibelanjakan untuk Allah, pasti Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Dan saat-saat pedih ketika aku harus memilih untuk tidak memilih dia sebagai pendampingku. Saat aku bersengkang mata, berkejar kesana kemari semata-mata memenuhi tuntutan dan amanah. Tiada siapa yang akan menilai semua ini kecuali Allah. Allah...

Dan ya dihadapan sana masih banyak yang menanti. Semoga Allah berikan kekuatan untuk terus berdiri, andai tidak mampu memacu laju cukup bertatih hingga tiba di destinasi. Dan destinasi penghujung antara dua, dan yang diidamkan manusia seluruhnya hanya satu. Syurga abadi yang dibawahnya mengalir sungai-sungai indah.

Allah telah membeli dari org mukin itu hartanya, bahkan jiwanya. Dan Allah membelinya dengan syurga. Transaksi ini terlalu besar untuk difahami oleh jiwa yang kecil. Makanya hanya jiwa yang besar sahaja mengerti erti dan nilai sebenar transaksi ini. Aku yakin janji Allah itu pasti. Makanya meski dalam naik turun iman itu aku sentiasa mahu tetap thabat disini. Menjadi seorang daei berjiwa besar yang sentiasa mahu mengimpikan syurga bukan dunia yang fana.

Dan semakin aku diuji, semakin itu aku percaya. Pergantungan itu hanya pada Allah. Dan Allah semata-mata.

Jalan ini bukanlah jalan yang terbentang permadani merah. Bukan juga jalan yang ditaburi bunga-bunga mawar yang berbau bungi. Ia tidak menjanjikan glamor hingga bermandi lampu-lampu cahaya lensa. Jalan ini sifatnya jauh, payah. Makanya seorang daei itu nafasnya harus panjanggggg. Ya! Panjang benar.

Gambar nie hadiah dari bidadari kecil saya di kyoto! Wah! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya merindui tanah itu. Moga mereka yang saya tinggalkan di sana akan terus menyuburkan tanah disana sementara saya terus berjuang disini!

Dan beruntunglah mereka yang berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita, dan benarlah Allah dan RasulNya." Dan itu ternyata menambahkan keimanan dan keislaman mereka. Dan di antara mereka ada yang telah menepati janji mereka kepada Allah. Dan diantara mereka ada yang gugur dan ada yang menunggu-nunggu. Dan mereka tidak sedikit pon mengubah janji mereka. Semoga kita tergolong diantara mereka.

Allah
Sungguh sekarang kami benar-benar diuji
Tetapkanlah hati kami
Hingga kami benar-benar beriman
Percaya tanpa ragu

Sungguh hanya Engkaulah yang memegang hati kami
Tetapkan hati kami dalam agamamu~