Thursday, November 8, 2012

jiwa kena besarrr beb!


Atiqah..
merangkak dalam menyusun semula langkah dalam kehidupan
ya sayang
segalanya memang tidak mudah
tetapi begitulah Allah mengajar kamu untuk berdikari
bangkit dari kekalahan

seorang daei harus besar jiwanya sayang

tidak mahukah kamu menjadi daei yang berjiwa besar?

*********************************************************

Sememangnya kita manusia yang tidak lepas dari sifat manusiawinya kita. Tetapi itu bukan alasan untuk kita selalu beremosi. Di sana dan di sini. Kerana emosi itu harusnya dipandu oleh iman bukannya nafsu yang meronta. Ya sayang Iman. Bagaimana imanmu sayang. Qiammu telah kau bangunkan? Taubatmu telah terlaksana?

Menjadi daei berjiwa besar. Yang tidak cepat melatah kerana emosinya. Yang tidak cepat kecewa lantas kasihnya tidak berbalas. Yang tidak cepat suguh bila ditimpa kegagalan. Yang tidak akan putus asa kerana dia percaya masih ada harapan. Kerana dia membalikkan semuanya pada tuhan.

Saikin aku belajar. 

Daei memang perlu berjiwa besar. 

Bagaimana perlu menghandle emosiku dengan baik. 

Saat otak bercelaru. Masuliyah yang menunggu. Menjadi kakak kepada adik-adiknya. Semuanya menuntut aku untuk deal dengan baik dengan perasaanku.

Dan tanpa sedar, erti hidup pada memberi. Semakin aku hayati. Aku gembira menghibur hatiku begini. Walaupon memang kantoi bagi mesej yang sama pada semua. Siap instagram berturut. Waaaa.. Maafkanlah kakakmu ini yang kekurangan kata. hihihi. Tapi percayalah sayang. Itu ikhlas dariku saat itu untuk kamu semuanya~ 

**********************************************************

hanya Allah yang tahu
apa yang aku hadapi saat ini
dan hanya padanya aku pohon kekuatan
kerana aku percaya
Allah pasti telah susunkan yang terbaik di hadapan sana

**********************************************************

Benar aku tidak kuat
Kerna yang menggerakkan segalanya hanya Dia
Aku bukan siapa-siapa
Semuanya milik Allah
Sedang aku tak punya apa-apa

aku hanya hamba
yang belayar mencari cintaNya
yang baru mengorak langkah untuk kembali memperbaharui cinta


**********************************************************


p/s: moral of the story hari nie... jangan tdur dgn handphone di tangan. nanti terhantar msj yang x sepatutnya dihantar... cuakkk okkey!! huhuhu

ciao~

membebel x tentu hala