Tuesday, February 15, 2011

Apabila susu dibalas tuba


Assalamualaikum wbt..

Dari tingkap jendela, jelas terpancar satu cahaya. Indah. Terang. Bintang itu istimewa. Bayu sejuk terus menyapa. Dalam kegelapan malam. Bintang itu terus berseri. Subhanallah. Cantiknya malam lukisan Allah. Dan hamba kerdil ini masih disini. Duduk merenung bintang. 

Lama hamba biarkan medan ini kaku disini. Mungkin kerana sibuk dengan urusan itu dan ini. Atau itu  dan ini itu mungkin hanya alasan ketiadaan hamba disini. Dan yang benarnya hamba sengaja membisu kaku. Melayan perasaan melayang-layang.

Ya. Semenjak dua ini terlalu banyak yang telah berlaku. Tarbiyah dari Allah yang tak pernah henti. Banyak yang Dia ajarkan pada hamba. Untuk lebih sabar sabar dan sabar.Untuk lebih kuat kuat dan kuat.

Subhanallah..

Cantikknya susunan Allah. Seindah taburan bintang di angkasa, sebegitulah aturanNya pada hidup hamba. 

Mencari hikmah disebalik perjalanan. Menyingkap erti memberi pada kehidupan. 

Ya. Erti hidup itu pada memberi. Namun adakalanya susu itu dibalas tuba. Dan disitu, pahit yang disangka tuba bukan lah tuba. Sebaliknya ia adalah penawar kepada segala kesakitan. Tuba pada pandangan mata manusia biasa. Subhanallah. Sangat pahit untuk ditelan, tetapi tulisan Allah itu, itulah yang terbaik. 

Dan yang pahit itu bukan TUBA. Tetapi itulah penawar kiriman Yang Esa untukmu. Jangan memandang TUBA pada kelemahan manusia, sebaliknya nilaikan PENAWAR itu sebagai ANUGERAH yang Esa. Disitu ada tarbiyah dariNya untuk mu. Disitu ada nilai kesabaran yang Dia kira. Disitu ada peluang menggugurkan dosa. Makanya bersabarlah dengan kesabaran yang baik. Dan SABAR itu lebih baik bagimu jika kamu mengerti. 

Dan pokoknya, hubungan antara kamu dan DIA. Jagalah! Jagalah! Jagalah! 

Ya muqallibal qulub. thabbit qulubana 'ala dinik.
 
Tiada TUBA bagi hamba. Yang ada hanyalah PENAWAR yang membuatkan hidupku lebih matang menilai dunia. Dan di situlah DIA ajarkan hamba betapa "Erti hidup itu pada memberi".