Tuesday, February 22, 2011

Dia

Dia 
Seorang murabbi
Kasihnya telus buat semua
Memberi walau menyedari seribu satu kekurangan diri
Memberi walau adakalanya dia disakiti
Memberi dan terus memberi
Tanpa mengharapkan apa-apa
Kerna dia sangat menyayangi
sangat mengasihi

Walau dia tidak pernah melafazkan dengan mulut
Tapi terpancar jelas kasih itu pada tindak tanduknya

Senyumnya paling manis tatkala menerima msj dari mereka
Raut wajahnya berubah tatkala ada yang menyakiti mereka
Sentiasa mahu bersua muka dengan mereka
Merindui mereka tatkala berjauhan
Dan dibibirnya
Hanya nama mereka yang jadi bualan

Sentiasa cuba memberi yang terbaik
Menjadi kekuatan untuk semua

Dia 
Terus mendidik
Walau dengan seribu satu kekurangan yang ada padanya

dialah bintang
yang menyinar menerangi anak-anaknya
dialah mentari
yang menceriakan anak-anaknya
dialah bulan
yang menenangkan mereka yang bersamanya

Allah
Kasihilah dia
Sayangilah dia
Sebagaimana dia menyayangi kami

Terima kasih
untuk setiap satu
.........dan segalanya.......