Di antara ini
dan ini
apa kata anda...?
Duduk bersama akhwat tersayang dan tiba-tiba lagu ini berkumandang dari list playlist dan sudah tentu playlist itu playlist sy. Hihi. Kerna saya memang gemar mendengar. Kerna itu saya memang pendengar yang setia (ops! haha). Oh bukan di situ point nya. Balik kepada hanashi lagu tadi. Ramai yang meluahkan rasa kurang enak dengan lagu versi melayu. Aku? Hanya senyum tanpa kata. Kerna bagiku lagu itu sangat amat terasa dekat dihati ku. kerna ia mengingatkan aku pada saat itu. Saat aku terkapai-kapai melepaskan cinta. Saat aku terkapai-kapai mencari CINTA.
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insya Allah
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Setiap antara kita punya tulisan cinta yang berbeza. Dan begitu juga aku.
Semalam ku dipenuhi air mata. Mencari jalan keluar dari jahiliyah yang membelenggu hati. Melepaskan diri dari rantai yang menghalang aku untuk terus berlari. Dan aku tersungkur disitu dalam perjalananku mencari cinta yang abadi. Menangis ku sendiri. Dan doaku hanya satu,
"Hamba tak tahu pada siapa harus hamba luahkan. Tapi hamba percaya. Kau akan datangkan pertolongan itu dari jalan yang tak hamba duga. Hanya Allah sebaik-baik penjaga, sebaik baik pelindung."
Kerna dosa itu terlalu berat untuk ku pikul. Namun aku yakin. Telah disediakan jalan untukku. Andai bukan sekarang suatu hari nanti. Pasti ada. Dan aku akan terus melangkah mencari dimana jalannya.
Dan disini aku coretkan sebuah coretan ku diruang peribadi ku. Bukan mahu membuka pekung didada, hanya berharap agar ini bisa menunjukkan jalan pada si dia yang mencari jalan seperti ku dulu.
aidil adha
Kalau dulu pada tarikh ini Ibrahim mengorbankan anak kesayangannya demi membuktikan keimananan dan keyakinannya pada Allah.Kalau dulu pada tarikh ini pengorbanan Siti Hajar terlakar dari safa ke marwah berlari anak sehingga pecah kaki demi seteguk air untuk anaknya.Dan hari ini pada tarikh ini aku memutuskan untuk meninggalkan cinta itu demi satu cinta yang abadi
Aku mungkin tidak setegar Ismail menerima arahan dari Tuhannya tanpa sebarang keraguan. Aku juga tidak sekuat Ibrahim mengorbankan anaknya yang dikasihi. Juga tidak semulia Siti Hajar menyerahkan pergantungan tanpa belah bagi pada Allah.
Aku hanya Atiqah yang tenggelam dalam dosa. Aku hanya Atiqah yang mencari keampunan dari Penciptanya. Aku hanya Atiqah yang kembara ku terus mencari cinta.
Kerna hidup ini butuhkan pengorbanan. Dan kerna pengorbanan itulah manifestasi ketaqwaan. Makanya aku korbankan rasa yang satu itu dan meletakkan sandaran penuhku pada Tuhanku.
Aku yakin semua ini takkan sia-sia. Aku pon tak pasti sama ada semua ini layak untuk digelar pengorbanan atau pon tidak. Kerna nilainya terlalu kecil nak dibandingkan dengan nikmat yang aku peroleh dariNya. Terlalu kecil nilainya kalau nak dibandingkan dengan nikmat kefahaman yang aku peroleh sekarang. Nikmat berada bersama yang lain dalam jalan dakwah ini. Nikmat kehidupan di dunia.
Makanya hari ini akukorbankantinggalkan cinta itu. Demi cinta yang lebih BESAR harganya.
Untuk hari-hari yang telah berlalu, aku redha dengan tulisan hidupku. Kerna dosa itu aku kenal cahaya. Walaupon terlalu pahit untuk ditelan tapi aku percaya jika tidak kerana hitamnya semalam aku tak mungkin mampu berdiri disini.
Kerna bagiku cukuplah Allah. Kerna aku yakin Allah sentiasa ada mendengar permintaan hambaNya. Andai hendak ku harap pada manusia hayat manusia tak kekal lama. Nak ku harap pada bulan bintang kala mendung ia hilang. Nak ku harap pada mentari hari tak selalunya cerah. Hanya ada Allah yang Maha Kekal, Maha Memiliki segala yang ada di langit, di bumi dan diantaranya, Yang mengatur alam semesta, yang berhak menjadi sandaran sekalian alam. Cukuplah Allah bagiku.
Hidup ini adalah untuk Allah. Langkah ini demi jalan juang agama Allah. Dan semoga mati nanti aku berada dalam redha Allah.
AllahAku berdosa menzalimi diriku sendiri dengan tangankuAmpunilah aku ya Allahkerna andai Kau tak ampuni tiada lagi tempat buatkuDunia ini milikMuYang setiap inchinya segalanya milikMuSemoga aku termasuk dalam hambaMu yang bertaubatkerna dosa ini terlalu berat untuk dipikul hingga saat bertemu MuAllahAmpunkanlah hambamu iniKerna Aku lemah tanpaMuPimpinlah aku dalam jalan juang menegakkan agamaMuDan matikanlah aku pada syahid dijalanMuEsok belum tentu milikkuAndai esok bukan milikku lagiHingga saat itu tibaIzinkan aku merasai setiap helaan nafas ini hanya untukMu
Ini kisah hidupku. Aku dan kamu. Kisah kita mungkin berbeza. Tapi matlamat kita tetap sama.
Semoga yang terbaik untukmu.
kamu pasti tahu siapa kamu
(^_^)//